🌺 - Bab 73

206 19 2
                                    

Kaisara yang separuh sedar itu terus membuka mata dengan luas. Dia memerhatikan sekeliling kawasan tersebut, ni bukan bilik aku ni. Kenapa aku boleh ada dekat sini? Kaisara terasa tangannya seperti sakit sedikit terus dia melihat tangan sendiri.

Tangannya dibalut dibahagian lengan kiri, dia sedikit pelik kenapa dan apa yang sudah berlaku apabila melihat lengan kanan, lengan itu seperti ada jarum yang mencucuk. Melihat benda tersebut, baru dia tahu yang dia sebenarnya berada di hospital.

Tetapi Kaisara tidak ingat apa yang sudah berlaku, yang dia ingat, Danisya dengan Faizal berperang dan dia pula sakit kepala. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hospital. Kerana susah nak percaya apa yang berlaku, dia memegang kelapanya. Terkejut apabila dia rasa ada balutan disitu.

Kelapa dia juga kena balut tetapi kenapa dia tak rasa sakit dibahagian kepala? Mungkin luka kecil sahaja di dahinya bisik hati Kaisara lagi. Dia memandang sebelahnya, kelihatan mamanya sedang menemani dia

Berapa hari dia tidak sedar? Dahi dia pun dah tak rasa sakit. Tangannya kurang rasa sakit. Lama ke ke dia tidak sedarkan diri? Dia cuba ingat apa yang sudah berlaku ke atas dirinya.

Pagi esok, Karina memberi Kaisara makan kerana anaknya sudah sedarkan diri. Sudah 3 hari Kaisara tidak sedar, bukannya cedera sangat pun. Malam hari ketiga baru Kaisara sedar.

Doktor memberitahu bahawa Kaisara sudah boleh pulang kerana dia semakin sembuh. Selepas bersiap memakai bajunya barulah Kaisara mula makan dan ditemani oleh mama-mama dia.

Mama mereka ada tetapi yang tiada disitu, Emysha, Emylia dan Danisya sahaja. Dia juga tertanya-tanya dia mana mereka di dalam hati, diorang tak datang melawat dia ke di hospital itu.

"Mama, mana Sha, Lia dengan Nisya?" Tanya Kaisara yang duduk bersila di atas katil tersebut sambil mengunyah makanan.

"Taktahu lah, Kai. Pagi-pagi dah hilang" jawab Ellyna.

"Diorang pergi mana?" Tanya Kaisara ingin tahu. Rasa kecewa bila kawan baik sendiri tak dapat semasa di sakit.

Memang diorang tak datang ke semasa Kaisara masih terbaring diatas katil hospital itu? Jahat betul diorang tak datang melawat aku dekat sini bisik hati Kaisara kecewa tetapi dia berpura-pura happy.

"Mama pun tak tahu. Ketuk bilik diorang, semua dah hilang awal-awal lagi" balas Ellyna jujur.

Kaisara rasa sedih bila sahabat dia tidak datang melawat dia tetapi dia pura-pura senyum dihadapan mamanya. Dia dah boleh pulang, tak akan lah diorang nak jumpa Kaisara masa Kaisara dah balik. Kenapa tak datang melawat di hospital sahaja?

Pelbagai soalan yang tertanya-tanya di dalam hati Kaisara tetapi Kaisara hanya berfikir positif kepada sahabatnya. Mungkin mereka sibuk dengan kolej semasa dia berada di hospital, dan hari ni pun masih. ada kelas. Diorang pergi kelas kut, tapi pelik, diorang tak ada datang kolej kalau tidak dipaksa oleh mama. Ni mama pun tak tahu diorang pergi mana, diorang sengaja taknak melawat aku ke?

Semasa dia tengah makan pintu wad dibuka di dari luar, Kaisara mula nak senyum semula apabila ingat itu Emysha, Emylia dan Kaisara tetapi tidak. Nurse datang untuk membuka jarum ditangannya.

Beberapa kali pintu dibuka dan Kaisara tidak habis habis ingat itu sahabatnya, tengok-tengok bukan. Nurse dan cleaner je yang masuk tak henti-henti, Nurse datang chek tu, bersihkan tu.

Beberapa minit kemudian, pintu dibuka lagi. Kali ini, Kaisara tidak menoleh ke arah pintu tersebut, letih nak tengok. Tunggu orang lain, orang lain yang datang. Yang ini, barulah Emysha, Emylia dan Kaisara sudah datang. Mereka balik dulu sebenarnya untuk menukar pakaian.

"Kai?! Kau dah sedar?!" Suara happy Danisya muncul tiba-tiba.

Kaisara yang bermain handphone itu terus menoleh belakang. Macam tak percaya sahaja itu sahabatnya, tetapi Kaisara tidak membalas, dia kembali bermain handphone-nya.

"Hugggg lah sikitttt!" Danisya memeluk Kaisara tetapi Kaisara tidak membalas pelukan tersebut. Merajuklah kononnye!

"Kai, bila kau sedar?" Tanya Emylia pula.

"Entah" jawab Kaisara bersahaja.

Emysha, Emylia, Danisya sedikit pelik. Mengapa Kaisara jawab sebegitu, macam suara orang merajuk je. Baru Emylia nak bersuara, mereka terdengar suara yang dikenali menegur mereka.

"Haa! Korang.. pergi mana ah? Kenapa mama pergi bilik korang pagi-pagi korang tak ada dekat bilik? Satu rumah mama cari tak jumpa. Korang pergi mana?" Tanya Darwina tiba tiba.

Kerana terkejut dengan suara tersebut, mereka menoleh ke arah suara itu. Kelihatan mama mereka tengah duduk di sofa yang tersedia dalam wad itu. Danisya dan Emylia memandang satu sama lain.

"Korang pergi mana ni? Korang curi-curi keluar kan?"








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersOnde histórias criam vida. Descubra agora