🌺 - Bab 103

194 16 4
                                    

Suasa dihalaman rumah mereka sangat tenang. Kerana tidak mahu duduk bersama dengan Mak Tom yang berada di sofa depan itu, mereka terus keluar dan duduk diluar. Nasib baiklah Kaisara ni bijak juga suruh letak meja sebagai hiasan dekat halaman rumah mereka.

Amymas memperbetulkan kedudukan mereka dan sempat lagi menjeling Mak Tom di pintu selindur itu. Menyampah plus mereka dibuatnya, kelihatan Mak Tok tengah makan sambil sandar di sofa tersebut. Yang paling Amymas tidak puas hati apabila makanan itu adalah milik mereka!

"Orang tua ni kan.. aku rasa macam nak maki depan-depan je. Tak pasal jadi mayat hidup!" Danisya menahan marah sambil memandang Mak Tom menggunakan ekor mata.

Kebetulan masa itu, Sufiah tiada. Dia pergi mencari kerja. Dekat mana? Lantak dia lah, malas Amymas nak ambil tahu. Patutnya mak dengan abang kau yang ambik tahu pasal hal kau.

"Danisya.. Danisya.. Danisya.." panggil Kaisara

"Apa?!" Tegas suaranya kelihatan bengang.

"MashaAllah. Ingat tuhan, dia dah tua. Berubahlah wahai anak muda. Kita ni bertaubat sebelum terlambat. Dia tu dah tua-tua tak taubat lagi, so? Please hormat orang tua.. MashaAllah" tegur Kaisara sambil menggeleng kepalanya.

Danisya memandang semua yang berada didepannya. Dia seperti tidak sedar apa yang dikatakan oleh dirinya sendiri. Terus dia memegang dadanya sambil memandang rakannya saling berganti.

"AstagfirulallahAlhazim. Kenapa dengan aku ni? MasyaAllah" Danisya bertanya kepada diri sendiri dan kembali memandang mereka "Kita dah taubat kan?"

Emysha mengulingkan mata

"Ya lerrr!" Jawab Kaisara.

Suasana tiba-tiba sahaja diam, lebih dari seminit mereka berempat tidak bersuara langsung. Mereka hanya memandang keluar kawasan rumah tersebut, ada yang bermain dengan kuku sendiri. Hampir dua minit tidak bersuara terus Emylia bersuara.

"Aku rindu papa" katanya perlahan.

Kata-kata Emylia membuatkan semua mata memandang mereka dengan pantas. Emylia perasan pandangan mereka, tidak kisah apa? Yang Emylia tahu dia rindu dengan papa mereka.

"Kau janganlah cakap pasal papa. Aku tak boleh ah" Emysha memegang kepalanya yang terasa pening tiba-tiba sahaja.

"Aku nak pergi melawat kubur arwah papa"

"Lia kau stoplah cakap pasal papa" tegur Emysha

"Kenapa? Aku rindu papa je" kata Emylia tegas.

"Kau ingat kau je ke rindu papa? Please jangan cakap pasal papa. Aku tak boleh, bila kau cakap pasal papa, aku taktahu kenapa aku jadi lemah tiba-tiba" tegas sahaja suara Emysha menegur adiknya.

"Aku nak cakap pasal papa pun tak boleh ke? Kau nak marah kenapa? Aku rindu dia! Aku nak dia! Kau macam tak sayang papa kau tahu tak?! Suka tegur bila aku soalkan pasal papa kita!"

"Aku malas nak ingatkan orang yang aku sayang dah tinggalkan aku. Tu je.. so please, Lia!" Tegur Emysha dengan suara yang agak lemah.

"Kau ni kenapa ah? Aku just say yang aku rindukan papa je. Yang kau nak halang aku cakap macam tu dari dulu lagi sampai sekarang kenapa?" Emylia

Kaisara dan Danisya hanya dengar sahaja.

"Sha, Nisya, Kai. Jomlah kita balik kampung. Aku rindu papaa.. Please Sha! Kita pergi balik kampung, melawak kubur papa. Sha.." rengek Emylia seperti budak kecil.

"Bila ingat semula papa kena serangan jantung time drive. Aku rasa lain macam.. aku rasa ada yang tak kena" Danisya memperbetulkan kedudukannya "Entahlah beb.. aku.. aku rasa macam nak.. nak balas dendam dekat siapa yang buat papa macam tu"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now