🌺 - Bab 59

226 21 1
                                    

Selepas membayar semua barang yang dibeli, mereka terus pergi ke arah kereta, sambil memasukkan barang ke dalam kereta, Ellyna membebel dekat Emylia, Emylia ni jenis yang tak suka dengar orang berceramah bagai. Dia hanya buat-buat dengar.

"Lia tahu tak Lia dah memalukan mama! Perangai budak-budak sangat padahal umur dah 20 tahun. Ubah lah perangai tu, ingat 8 tahun lagi ke? Kenapa pergi marah budak yang tak bersalah tu?"

"Semua salah mama!" Jawab Emylia bersahaja.

"Kenapa salah mama pulak?" - Ellyna

"Salah mama lah, Lia nak pergi dekat mama lepastu Lia lari lah sebab nak cepat lepastu budak tu datang. Orang nak lari dia pun sibuk nak lari!" Balas Emylia menyampah sambil memeluk tubuh.

"Tapi tak payah lah cakap macam tu, dia budakkan. Yang nak kena marah dia kenapa? Suka ke bila mama cakap Lia ni ada masalah mental dekat semua orang macam tu?" - Ellyna

"Lia tak patut tau marah budak kecil tu. Dia taktahu apa lagi, kalau tengok saiz badan pun, mama rasa dia tak pandai nak bercakap lagi" - Karina

Emylia buat buat tak dengar. Dia memandang ke dalam kereta. Emysha, Kaisara dan Danisya awal awal lagi sudah berada dalam kereta, cuma dia je yang kena membebel tak tentu pasal, nak masuk dalam mereka dilarang oleh mama.

"Nasib baiklah mak budak tu tak marah. Kalau dia marah padan muka Lia. Mama tak nak tanggung langsung, mama buat buat tak kenal Lia. Yang mama tak puas hati ni, kenapa Lia hentak hentak kaki macam tu?" - Ellyna

"Yelah Lia, patutnya yang buat budak tu. Bukan Lia, Lia dah besar dan kolej dah pun. Dekat nak kerja dah takkan tak boleh fikir kut" balas Darwina.

Macam ni lah. Kalau mama mereka bising. Boleh menanah telinga Emylia dibuatnya. Dia malas nak dengar semua bebelan mamanya. Matanya memandang tempat lain sambil bersandar ke kereta tersebut.

"Mama, rasa memang patut pun mama hantar Lia dekat pusat penjagaan. Lia ni macam ada problem betul betul lah" - Ellyna.

Emylia memandang mamanya tajam tapi tiada suara yang keluar. Selepas itu, dijelingnya mama sendiri. Benci betul lah! Ingat ada dekat masjid ke nak bagi ceramah macam ni?

"Kenapa diam? Selalunya banyak mulut?" - Karina

"Mulut orang, suka hati oranglah!" -Balas Emylia.

Darwina, Ellyna dan Karina masih lagi belum selesai masukkan barang ke dalam kereta mereka, lambat sikit kerana nak susun. Emylia pula yang melihat, nak sangat beli barang dapur dekat rumah dia, angkatlah sendiri.

"Kalau mak budak tu saman macam mana?" Belum habis lagi rupanya Ellyna ni.

"Mama bayarlah!" Jawab Emylia selamba.

"Jangan harap! Lia tu bukannya ada duit pun, harap duit bisnes mama je, patutnya Lia yang bagi mama duit bukan mama yang bagi Lia duit" - Ellyna.

"Sebab tu lah Lia suruh mama doakan Lia ni jadi jutawan terkaya di malaysia tanpa belajar langsung! Kalau nak senang, sumpah Lia jadi kaya dalam sekelip mata sahaja, sumpah seorang ibu akan jadi kenyaatan! So easy"

"Senangnya Lia cakap kan"

"Of course lah!" - Emylia sambil membeli kukunya.

"Mama nak tanya ni. Memang kalau orang langgar Lia, Lia akan marah ke? Kenapa tak cakap elok elok je dengan budak tadi? Masih kecil kut budak tu" Darwina menyambung cerita asal

"Of course I would be mad at them. Takkan nak biar orang main langgar langgar kita je, diorang ingat kita ni apa? Batu tepi jalan ke nak hentak diri sendiri?!" Emylia bengang sedikit, bila mamanya seperti menyokong budak itu.

"Diorang bukan sengaja. Takkan diorang nak langgar diri sendiri dekat orang yang tak kenal kut, tahun lepas. Ada orang langgar Lia pun Lia marah dia walaupun dah berjuta juta perkataan maaf yang keluar dari mulut diorang but you're still angry at them" - Ellyna

"Kenapa susah sangat nak cakap cara baik, tegur elok elok.. ni sengaja nak malukan diri sendiri. Apa nak jadi dengan korang berempat ni? Kalau mama tahu dari dulu lagi mama suruh arwah papa korang ni pergi hantar korang dekat asrama. Baru tahu pasal agama" - Darwina pula.

"Kenapa susah sangat nak maafkan orang? Suka sangat marah diorang balik. Perkataan maaf macam tersangkut nak masuk terus ke dalan telinga korang, sebab tu tak dengar diorang dah minta maaf banyak kali kan?" - Karina

"Mesti macam macam masalah dah korang timbulkan, kan dekat kolej tu? Ada ke tak ada?" - Darwina

"Masalah apa pulak korang buat kali ni?" - Ellyna

Emylia makin lama makin rimas bila Ellyna, Karina dan Darwina membebel tak berhenti. Emylia mengambil sesuatu di dalam handbeg-nya dan dipakai ditelinga. Aman sedikit bila dengar lagu.

Emylia bangun dari sandar dekat kereta tersebut. Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa memperdulikan kata-kata mamanya. Bila kaki dah jejak masuk dalam kereta, dia buka semula earphone di telinganya. Baik tak payah pakai! Bertuah punya anak!






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now