🌺 - Bab 85

209 20 0
                                    

Kereta telah pun diparking dihadapan rumah Emysha dan Emylia. Tanpa rasa gementar mereka terus keluar dari kereta dan mengambil beg pakaian mereka. Amymas pergi ke rumah masing-masing.

Emysha dan Emylia membuka kasut, kaki perlahan-lahan mendekati pintu masuk, rumah itu boleh dengat suara berbual ataupun bersembang. Emysha dan Emylia pandang satu sama lain, siapa pula yang datang? Mereka memberanikan diri masuk ke dalam rumah sambil memberi salam.

Emysha mencari kelibat mama mereka, diruang tamu tiada. Mereka menuju ke arah dapur dan mereka nampak Ellyna, Darwina, Karina termasuklah Sufiah tengah berbual di meja makan. Apa betina ni buat dekat sini?

"Assalammualaikum" Emysha memberi salam lagi sekali apabila mereka tidak perasaan kehadiran si kembar itu.

Darwina dan Karina ada disini, mesti Danisya dan Kaisara datang rumah mama mereka sebentar saja lagi. Si sekumpulan mak-mak termasuk si Sufiah memandang ke arah Emysha dan Emylia.

"Wslm" jawab Sufiah apabila mama mereka terdiam memandang kehadiran mereka secara mengejut itu.

Emylia memandang Sufiah.

"Siapa bagi salam dekat kau?" Soal Emylia kasar, Amymas memandang tidak suka dengan Sufiah.

Bajet alim, pakai tudung bagai tapi mak dia mengutuk, mengumpat, membawang bergosip. Oleh sebab itu, Amymas rasa Sufiah hanyalah berlakon baik di depan mama mereka.

Sufiah hanya senyum kepada Emysha dan Emylia dan dia mengundurkan diri selangkah kerana tidak mahu ganggu bualan anak beranak itu.

"Korang buat apa dekat sini?" Soal Ellyna pelik

"Balik kampunglah" jawab Emysha selamba.

"Cuti ke?" Soal Ellyna lagi.

"Tak pun. Selagi mama taknak cakap dengan kitorang, selagi tulah kitorang tak akan balik bandar semata-mata nak pergi kolej" jawab Emylia sambil menjeling ke arah Sufiah.

"Kak Sha dengan Kak Lia apa khabar. Sihat?" Soal Sufiah dengan sopan dan senyum kepada mereka.

"Kau ada nampak aku berbalut satu badan ke?" Soal Emylia sombong, tak habis-habis jeling.

"Tak ada lah. Dulu saya dengar cerita Kak Kaisara accident, tulah saya tanya akak okey ke tak? Dia okey ke? Kak Nisya dengan Kak Kai tak balik sekali?" - Sufiah sopan.

"Kau kenapa suka sebuk hal aku ah? Dulu sampai sekarang sama je kau ni" bebel Emylia sendiri.

"Lia, kan Piah tanya elok-elok tu. Kenapa nak kena jawab macam tu? Jawab elok-elok tak boleh?" Soal Ellyna tegas.

Emylia tidak menjawab malah mama dia sendiri pun dia jeling kerana rimas dengan Sufiah. Tiba-tiba Danisya dan Kaisara muncul dibelakang si kembar itu. Semua memandang Danisya dan Kaisara.

Danisya dan Kaisara agak terkejut apabila ternampak wajah yang mereka tidak suka. Bukan benci tapi tak suka, mak kau mulut main lepas je tapi kau tak? Kau berlakon depan kitorang ke? Dari dulu sampai sekarang sama ja kau. Danisya memandang Darwina

"Mama! I miss you!" Jerit Danisya tiba-tiba sahaja, Danisya ingin pergi ke arah mamanya tetapi dihalang oleh tangan Emylia, senak perut dow!

"Kau apahal?" Soal Danisya bengang.

"Kau nampak tak betina tu?" Soal Emylia sambil memandang Sufiah, Danisya memandang Sufiah juga.

"Nampaklah. Aku tak buta lagi" - Danisya

Semua dengar bualan mereka berdua.

"Dia ni bajet alimlah. Mak dia bukan main lagikan guys.. tapi dia ni.. masyaAllah. Baik betul, kau berlakon depan kitorang ke?" Soal Emylia.

"Betul juga. Apa motif kau berbaik dengan mama kitorang ah? Kau nak ambil kesempatan ke? Kau ada niat jahat macam mak kau juga ke? Ewahh kau.. langkah mayat aku dulu lah!" Kata Danisya tegas kepada Sufiah.

"Nisya! Apa kata macam tu dekat Piah ni? Kamu ingat kamu tu baik sangat ke? Piah tak pernah ambil kesempatan dekat mama! Sufiah ni seribu kali ganda lebih dari korang!" Balas Darwina tegas kepada Amymas.

"Kak, saya minta maaf"

"Sapa kakak kau?! Kau ingat kau muda 2 tahun kau boleh panggil aku kakak ke?" - Danisya

"Piah! Tak perlu nak minta maaf dengan diorang ni. Melampau, mama still tak puas hati dengan korang tahu tak?!"

Sufiah berasa serba salah, dia meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Amymas berasa meluat, bajet alim konon. Kau pergi mampuslah, sial!

Mereka melihat Sufiah pergi dari situ, Amymas memandang mama mereka yang kelihatan marah, Amymas kisah apa? Suka memangkan si Sufiah tu.. dia tak ada mak sendiri ke? Tak habis-habis nak datang dekat mak kitorang!

"Kenapa korang ni? Tak pernah-pernah nak berbaik dengan Sufiah tu kenapa?" Soal Karina memang pelik dengan anak mereka.

"Sebab Mak dia lah!" - Kaisara

"Kenapa dengan mak dia? Mak dia dengan dia lain kan? Perangai berbeza, Sufiah tu ikhlas nak berkawan dengan korang!" - Karina

"Mama! Mama tak nampak lagi ke? Kalau mak dia macam tu, mestilah anak dia pun macam tuh. Mak Tom tu? Pernah ke tak bergosip setiap hari? Mestilah anak dia pun dua kali lima dengan mak dia. Nampak baik tapi dekat belakang bergosip!" Balas Danisya kasar.

"Mama dengan korang pun perangai berbeza, mama tak pernah biadab macam mana korang buat. Mak Tom biarlah dekat dia, Sufiah tu taknak jadi macam mak dia. Lepastu dia tak ada kawan dekat kampung ni, dia buatlah mama ni jadi kawan"

"Mama dah tua tau.. dia tu jauh beza dari mama! Muda dari kitorang pula tu. Kenapa nak kena kawan dengan mama yang tua pula? Orang lain tak ada?" Emylia sedikit pelik dengan kata-kata mamanya.

"Mama nak korang berubah je. Jadi baik macam Sufiah tu, sopan santun, hormat orang tapi? Korang buat taktahu je dengan kata-kata mama!" Suara Darwina sedikit perlahan, dia terus beredar dari situ.

"Mama sangat-sangat kecewa tau!" Kali ini Karina pula yang pergi, mereka seperti tidak mahu lihat wajah anak sendiri sahaja.

Amymas memerhatikan Karina dan Darwina pergi dari situ. Hanya tinggal Amymas dan Ellyna sahaja, mereka memandang satu sama lain.

"Bagi mama, korang ni jahat. Terlalu melampau tahu tak? Kalau biadab biasa macam jeling orang macam tu, mama boleh terima lagi tapi ni..? Korang ingatlah balik apa benda yang jahat korang buat selama ni! Kalau Daniel tak cerita, mesti korang akan tipu mama buat selamanya kan?" Ellyna mengemas sedikit diatas meja itu, dia turut sama beredar dari situ.

Amymas menahan perasaan, rasa geram sahaja apabila mama langsung taknak cakap dengan Amymas seperti sediakala. Dulu berpeluk sakan, tapi selepas Daniel beritahu perkara sebenar, mereka anak beranak ini seperti kucing dan anjing.

Danisya menendang kerusi dihadapannya dengan kuat. Benci apabila mama mereka menangkan si Sufiah tu, anak sendiri ni bukan nak sokong, kata baik-baik ke, ni pergi puji anak orang! Benci!

Amymas memandang satu sama lain. Taktahu apa yang ingin buat selepas ini, jangan buat masalah dekat kampung sudah lah! Amymas turut beredar dari situ, Kaisara dan Danisya pulang ke rumah mereka.









___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now