🌺 - Bab 22

400 29 2
                                    

Kaisara ingin pergi ke tandas, baru sahaja kakinya melangkah masuk setapak dia terdengar seseorang tengah memarahi, siapa taktahu lah.

Kaisara terus masuk dan memerhatikan wanita itu, wanita yang tengah marah itu dia sangat-sangat kenal iaitu Sally dan yang kena marah tu pelajar kolej tu kut. Dia tak kenal.

"Ehem.. dalam tandas pun sempat kau marah-marah orang eh" tegur Kaisara berpura-pura membasuh tangan.

"Suka hati i lah! Dia yang cari pasal dengan i dulu. Junior yang tak sedar diri! Ingat baju i ni baju murah ke?" Marah Sally tegas.

"Kau tu bagus sangat ke? Sibuk je nak tegur i kenapa? Kau mampu bayar balik ke baju mahal i ni?" Sambung Sally kepada Kaisara.

"Beli baju bandle je lah. Apa susah, rosak takdak lah kau bising kan sebab apa? Sebab baju tu murah" balas Kaisara selamba.

"Arghhhh.. you ni memang bodoh lah!"

"Hey.. hey.. hey! Aku bodoh? Excuse me! Mulut simen sikit boleh. Tak payah nak celupar sangat boleh tak?"

"Ewah kau! Mulut kau mengata aku tak pa pula? Simen lah mulut sendiri!" Balas Sally bengang.

"Malaslah i nak cakap dengan you. Blah lah!" Sally terus pergi dari situ, dia sempat melanggar bahu Kaisara dengan sengaja.

"Gila! Sat aku, kau lepastu i dengan you. Orang yang tak ada otak yang lengkap macam tu lah. Ish ish ish" bebel Kaisara sendiri.

Kaisara memandang budak itu, kesian kena marah. Tapi dia kisah apa? Bukan hal dia, Kaisara pandang budak tu, budak tu turut pandang Kaisara. Terus Kaisara senyum.

"Nice to meet you" Kata Kaisara lalu terus keluar dari tandas itu dengan senyuman.

Kaisara terus menuju pergi ke kantin untuk pergi arah kawannya yang menunggu dia masuk tandas tadi. Bila mereka dah menegur, mereka terus pergi dari situ.

Mereka keluar dari kolej itu, maklum lah. Mereka kena jalan jauh sikit untuk pergi arah kereta mereka, laluan mereka kena lalu kena parking kereta pensyarah.

Tanpa tidak sengaja, mereka terpandang Daniel yang tengah keluar dan menutup pintu kereta. Eleh dia ni.. Daniel mengunci kereta dan terus melangkah masuk ke dalam kolej.

"Sempoi eh dia ni.. blah macam tu je" kata Emylia.

"Aku still bengang ni, dia simbah air durian dekat kita!" Emysha bersuara juga akhirnya, dia tengah fikir nak buat apa.

"Aku pun.. tapi apa nak buat?" Mereka berfikir.

"Aku nak pancitkan tayar kereta dia! Aku tak kira" kata Emysha tegas, sakit hati dengan Daniel masih belum terpadam.

"Pancitkan tayar kereta? Seriusly? Idea yang bagus! Jom!" Ajak Danisya dan dia berjalan perlahan-lahan untuk ke arah kereta Daniel, takut ada orabg nampak.

Apabila sudah sampai di tayar kereta, Emysha meletakkan file di tangannya dia atas jalan, dia mula membuka penutup tayar itu. Jari mula menekan benda alah tu.

"Korang buatlah yang belah tu!" Kata Emysha kepada mereka.

"Sebelah jelah beb.. kesian dekat dia.." kata Kaisara dengan nada yang kesian, main pancit-pancitkan tayar pula, jenuh nak kena tukar.

Emysha diam.. dia teruskan menekan tayar itu. Agak ketat nak tekan dan masih tiada perubahan pada tayar.

5 minit kemudian..

"Wey.. penat nak mampus! Tak jadi apa-apa pun. Gila ke apa tayar ni? Sakit tangan aku!" Bebeb Emysha kepada rakannya.

"Kau bagi aku buat pula" kata Danisya ingin mengambil alih tempat Emysha.

Danisya membuat benda yang sama selama beberapa minit. Dengar angin keluar tetapi kenapa tayar still nampak bentuk yang sama? Tak ada perubahan.

Mereka give up. Emysha menutup semua tayar itu dan mereka berambus dari situ cepat-cepat, agak lama mereka dekat situ sebab nak pancitkan tayar sahaja tapi apa pun tak jadi ke mereka yang lembik.





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now