🌺 - Bab 100

215 17 0
                                    

Lucky Girls mencari kelibat Amymas dari pagi lagi. Mereka pergi merata-rata tempat untuk mencari Amymas. Di library dah cari, di kantin, di dalam kelas semua mereka sudah cari Amymas tetapi masih tidak jumpa. Mereka berbincang untuk mencari Amymas di cafe yang berada bersebelahan kolej mereka.

Beberapa langkah kemudian , pintu cafe itu dibuka. Mereka masih ingat lagi, di situlah tempat mereka mencabar Amymas pelbagai cara supaya mereka maafkan Amymas. Mata sibuk mencari mereka, apabila biji mata tiba di meja yang paling hujung baru mereka nampak Amymas yang berborak sakan itu. Lucky Girls dan Amymas memang suka duduk di meja yang paling tersembunyi.

Kaki laju melangkah ke arah Amymas yang berborak itu. Kali ini, Amymas berbual tidaklah kuat mana kerana bagi Lucky Girls, mungkin Amymas dah berubah. Amymas yang sedar kehadiran Lucky Girls terus berhenti bersembang, mereka memandang satu sama lain dengan pandangan yang tajam.

Hampir seminit mereka memandang satu sama lain tanpa bersuara langsung. Pandangan yang tajam dihadiahkan oleh diri masing-masing. Akhirnya, Lucy bersuara juga.

"Weyyy! Beb, thank you!" Jerit Lucy dengan suara yang gembira sampai tidak disangka. Kaisara dipeluk erat, membuatkan Kaisara terkejut.

Amymas sangat terkejut dengan tindakan Lucy itu. Apa yang Lucy buat ni? Nak kenakan kami ke apa? Bukan boleh percaya Lucky Girls ni bisik hati Emylia sambil memandang Danisya. Mungkin Danisya fikir benda yang sama juga.

"Kau ni apahal ah?" Tegas suara Kaisara sambil menolak Lucy sedikit, geli lah kena peluk macam tu dengan musuh yang diminta untuk berkawan pula tu.

"Thank you bebb! Ni lah yang buat aku sayang dekat kau. Kau tahu tak?" Balas Lucy dengan suara yang sangat-sangat gembira sehingga tidak terbayang oleh Amymas.

"Aku tak tahu! Bagitahu lah sekarang, kau ni apahal? Bab.." ayat Kaisara terhenti, dia memandang kawannya "Baik.. kenapa awak ni? Saya tak sanggup dipeluk begitu. Lesbian" sambung Kaisara dengan sengihan dan berpura-pura minum air.

"Kau jangan nak cari pasal Lucy.. sebab apa aku kata jangan cari pasal? Sebab kau tu tak pernah nak berubah macam mana kitorang dah berubah. Kau.. ja..hat.. kau tengok aku. Aku baik, dah berubah, tak pernah buat jahat macam kau" kata Danisya dengan penuh berlagak.

"Hey! Orang kalau berubah tak menunjuk macam kau tahu tak? Nampak sangat kau berubah sebab terpaksa bukan sebab ikhlas dari hati kau sendiri!" Balas Sally sambil mengipas diri sendiri.

"Aku terpaksa kenapa pula?"

"Kau ingat aku taktahu ke mama korang paksa korang supaya berubah ah?" Balas Sally dengan jelingan yang sangat tajam.

"Aku tahulah korang tu dengki, tak tahu apa itu maksud BERUBAH. Eh eleh.. kau bukannya baik mana pun. Jahat lagu tu juga, eh? Aku dah berubah. Kau tanyalah semua orang dekat dunia ni. Diorang akan bagitahu yang aku dah berr..ru..bahh!" Danisya senyum sinis sambil meniru gaya Sally mengipas diri sendiri itu.

"Kau ni mulut boleh tahan tau. Kata nak berkawan dengan kitorang sebab kau dah berubah tapi ni apa benda bro?" Sengaja Zatty menguatkan perkatan 'bro' itu, biar padan dengan perangai Danisya.

"Entah kau ni. Berubah apo macam ni?" - Sally.

"Arghh! Diam ah, korang nak apa datang diri? Sayerr minterr nak berkawan bukan nak bergaduhrr!" Danisya menjeling Lucky Girls dengan pandangan yang sangat tajam.

Lucky Girl memperbetulkan pakaian sebelum bersuara. Menyampah Amymas melihat mereka, kalau pakaian dah buruk macam hati, kau perbetulkan macam mana sekali pun, tetap buruk juga bisik hati Emysha dengan suara hati yang sombong.

"Okey.. bahawasanya saya, Nur Alice Lucy ingin memberitahu bahawa.. saya dah rakan-rakan saya ingin menyampaikan sesuatu yang menakjubkan untuk kalian iaitu saya dan rakan-rakan akan menyampaikan sesuatu perkataan yang akan buat kalian terharu buat selamanya, perkataan itu adalah untuk membuat korang faham apa yang ingin kitorang beritahu kali dan benda yang terharu itu dipanggil..." Lucy bersuara seperti peguam ingin menyelesaikan kes yang di hadapi sahaja.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now