🌺 - Bab 82

198 19 1
                                    

Darwina, Ellyna, Karina mengangkut beg baju mereka dan dibawa ke arah kereta mereka tetapi langkah mereka dihalang oleh anak mereka yang melarang mereka pulang ke rumah mereka.

"Mama! Tak payahlah balik!" Danisya menghalang mama dia yang ingin pergi ke arah kereta.

"Mama kecewa betul lah dengan korang! Yang paling mama tak boleh terima apa yang kamu dah buat dekat Daniel dengan kawan dia!" Marah Darwina tegas.

Danisya mengambil beg mamanya. Mereka seperti berebut sebuah beg seperti mana kanak-kanak berebut mainan.

"Korang bukan buat tu je! Korang tengking Tuan Malik yang lebih tua dari mama! Korang tahu tak berdosa buat macam tu?" Darwina betul-betul kecewa dengan perangai anak mereka itu.

"Ni kalau papa korang ada lagi. Mesti diorang tak suka apa yang korang dah buat" - Ellyna

"Tak payah nak jadi Miss TroubleMakers sangat boleh tak?!" Marah Darwina lagi.

"Mama! Kitorang buat sebab diorang yang start dulu!" Emylia memberi alasan, dia sedih apabila mama dia marah dia.

Daniel! Kau tunggu Amymas datang..

"Mama! Daniel tipu mama jelah!"

"Diorang tu tak puas hati dengan kitorang sebab tulah dia reka cerita dekat mama! Apa yang dia bagitahu tu semua hanyalah bohongan semata-mata" - Danisya

"Mama janganlah balik" Emysha juga memujuk tetapi cara percakapan dia tetap kedengaran tenang.

"Daniel bohong? Mama rasa dia tak bohong! Sebab perangai korang memang macam ni pun kan? Mama ingatkan biadab biasa je tapi yang mama tak sangka korang terlebih biadab!" - Karina

"Mamaa.." - Kaisara dengan wajah sedih.

Amymas masih menghalang mama yang ingin memasukkan beg mereka ke dalam kereta. Walaupun macam mana Amymas pujuk tetapi mereka dah mengecewakan mama mereka.

"Mama jangan balik"

"Tepi lah.. mama nak balik. Kalau tak sebelum Kaisara accident mama dah balik tapi disebabkan Kai accident mama tak jadi nak balik" balas Karina kepada anaknya termasuk Emysha, Emylia dan Danisya.

"Mama! Mama memang tak sayang kitorang lah!" Emylia menghentak kakinya di atas simen tersebut

Ellyna yang menyusun barang dalam kereta itu terus memberhentikan tindakkannya.

"Apa? Mama tak sayang korang? Mama sayang korang sebab tulah mama larang korang buat benda tak baik, yang bermasalah, berhenti dengan perangai Miss TroubleMakers korang tu tapi korang tak dengar, korang buat macam mama cakap dengan tunggul kayu. Siapa yang tak sayang siapa sebenarnya? Korang ke mama?" Tegas suara Ellyna memarahi anak mereka.

"Mama.."

Mereka ingin masuk ke dalam kereta tetapi dihalang oleh Amymas. Mereka tetap masuk ke dalam kereta sambil memerahi anak mereka yang degil itu.

"Mama tak tahu lah bila korang nak berubah. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Makin menjadi-jadi adalah" - Karina

"Mama janganlah balik!"

"Kalau mama tak balik, bisnes mama dekat kampung tu macam mana?!" Soal Darwina kasar.

"You have a pekerja kan!" Danisya masih lagi menjawab walaupun rasa sedih bila mama marah.

"Takkan lah mama nak biarkan semua kerja mama pekerja yang buat!" Darwina memberi alasan untuk pergi dari situ.

"Biar jelah! Mama tu bos!"

"Korang nak pekerja mama ingat mama ni bos yang tak bertanggungjawab ke? Ada mesin tu rosak, mama buat tak tahu, ada pekerja sakit mama buat bodoh? Mama tu ke kamu nak semua orang ingat mama? Bos yang pentingkan diri! Selfish!" Balas Darwina kasar.

"Mama.. cakap salah satu cukuplah. Orang tahulah pentingkan diri tu selfish dan selfish tu pentingkan diri. Mama macam ajar budak tadika pula!" Emylia sempat menyakat mamanya yang tengah naik angin tu.

Mereka terus menutup pintu kereta dan terus kucing dengan cepat apabila anak mereka asyik buka dari luar sahaja. Tingkap dibuka sedikit untuk menyuruh mereka menjauhi kereta, takut terlanggar kaki.

Mereka menjerit memanggil mama mereka yang telah pun pergi itu, orang yang lalu lalang dihadapan rumah mereka itu diabaikan! Menjerit dan menjerit!

Apabila kereta semakin jauh, Danisya terus menendang pintu pagar rumah sendiri. Kereta mama mereka sudah pun tidak kelihatan dan terus muncul senyuman dibibir Danisya. Kelihatan, Danisya sedih tapi perangai still sama.

"So, how?!" Danisya senyum happy, berlakon lah kononnye.

"So, how kepala otak kau!" Kepala Danisya kena sekeh dengan tapak tangan Emysha.

"Kau apahal bodoh? Sakitlah!" Danisya memegang kepalanya sendiri.

"Kau ni happy-happy apahal?! Mama marah kita tahu tak? Silap-silap tak transfer duit dekat bank kita!" Balas Emysha tegas.

"Ya tak ya jugakan? Dah tu nak buat apa?" Soal Danisya

"Aku pun tak tahulah. Serabut betul!" - Emysha

Mereka seperti berfikir sesuatu.

"Kita kena cari punca siapa yang buat mama marah kita, kita serang dia. Lepastu kita kena balik kampung pujuk mama kita" Kaisara memberi idea kepada sahabatnya.

"Punca mama marah? Maksud kau serang Daniel?" Soal Emylia pula.

"Ye lah! Dia yang buat mama marah kita sampai macam tu sekali kan? Kita kata jangan balik, dia balik juga!" Balas Kaisara.

"Aku bab-bab serang orang ni aku suka! Hobi aku tu" kata Danisya dengan bangga diri.

Emysha dah serabut duduk diluar, dia nak masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh yang lain. Bila langkah Emysha dah masuk, Emysha terus menutup pintu tanpa perasan Danisya, Emylia dan Kaisara yang ikut dibelakang.

Pintu itu hampir-hampir sahaja terkena batang hidung Danisya. Terkejut Danisya dibuatnya, nasib baik tak kena serangan jantung. Kau ni kan, Emysha !!!











___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now