"Bapak aa..ku?" habis sahaja Aminah menjawab, Emylia terus bersuara dengan pantas.

"Yes! Aku tak puas hati dengan bapak kau!" Botol air mineral yang dipegang oleh Emylia dibaling dengan kasar sehinga terperecik air tersebut.

Aminah dan Saleha amat terkejut dengan tindakan itu bukan mereka berdua sahaja yang terkejut tetapi Danisya, Kaisara dan Emysha juga.

"Hey bapak kau pernah masuk penjara tak sebelum ni?" Soal Emylia kasar "Atas kes apa?"

"Apa masalah korang ni? Kalau korang membuli pun, korang tak pernah berkasar macam ni dengan mangsa korang, selalunya buat lawak bodoh je tapi kenapa dengan kitorang.. korang nak mengamuk? Apa yang bapak kitorang dah buat dengan korang?" Tanya Aminah bertubi-tubi. Memang Amymas kalau membuli pun akan buat lawak bodoh tetapi kali ini tiada langsung lawak bodoh mereka.

Baru sahaja Emylia nak bersuara semula, mereka terdengar suara yang menegur mereka dari tepi bangunan itu. Semua mata memandang ke arah gadis-gadis tersebut.

Sebaik sahaja memandang mereka, Amymas kembali memandang Aminah bersama Saleha dengan geluhan. Kaisara dan Emylia mengundurkan langkah sebanyak dua angkah ke belakang, nak berikan mereka laluan lah kononnyee..

"Apa korang buat ni?" Soal Lucy pelik

Lucky Girls mendekati mereka dengan lebih dekat lagi. Muka Amymas, Aminah dan Saleha dipandang saling berganti apabila mereka masing-masing diamkan diri.

Sally memandang kawasan tersebut, depan, belakang, bawah atas dipandang. Apa diorang buat dekat sini? Bisik hati Sally. Kemudian dia ternampak air yang seperti tumpah diatas lantai simen itu terus memandang Aminah dan Saleha saling berganti.

"Kencing korang ke?" Soal Sally ingin tahu sambil menunjuk air tersebut dengan jari telunjuknya.

"Ayok.. korang ni.. kalau dekan nampak mesti dia akan marah.. masyaAllah. Korangkan perempuan kenapa nak kena kencing berdiri ah?" Sally bertanya kepada Aminah dan Saleha dengan dahi dikerut.

"Aminah, Saleha! Ingat bagus sangat ke korang buat macam ni ha? Entah-entah kencing korang kena dekat keluar korang tu. Jijik,. najis tahu tak?!" Tak pasal-pasal Aminah dengan Saleha yang kena.

"Teringin nak jadi lelaki ke? Lepastu botol air mineral tu.." Zatty menunjuk botol tersebut "Kau basuh pakai air tu ke atau kau tak basuh?" Sambung Zatty sambil menunjuk botol tersebut

"Ya allah.. kenapa korang buat macam ni? Nasib baik tak ada orang dekat belakang ni. Kalau orang nampak korang korang kencing dekat sini mesti diorang akan tangkap gambar lepastu send dekat Facebook, Instagram, Twitter, apa lagi? Aku ingat aku je teruk, rupa-rupanya kau pun teruk juga" Sally bukan berceramah dekat Amymas tetapi dekat Aminah dan Saleha

"Lelaki kencing berdiri pun belum tentu bersih dia basuh kencing dia.. and the kau nak tiru jejak langkah diorang kenapa?" Soal Zatty kata-katanya seperti mengejek golongan lelaki.

Soalan Zatty dan Sally tidak dijawab oleh mereka. Mereka hanya dengan muka ketakutan sahaja.

"Kau ikut kitorang ke?" Soal Danisya

"Eh.. kau elok sikit mulut tu. Aku datang dekat sini sebab kereta aku parking dekat sini" jawab Sally tenang.

"Kau parking kereta dekat belakang kolej? Kau datang lambat je? Mana kereta kau? Jangan nak menipu je boleh?" Danisya tidak percaya.

Danisya dipandang kecil besar..

"Hey! Kau sedar tak kau sandar dekat kereta cantik aku? Lepastu kau kata aku menipu? Jaga mulut sikit, kawan!" Balas Sally lagi.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now