Bab 50

2.4K 42 4
                                    

Armin melurut rambutnya ke belakang. Peluh dikesat perlahan. Kepala ditundukkan sementara menunggu keputusan doktor yang sedang merawat Mikayla. Setitis air matanya jatuh ke lantai hospital.

Dia tak kuat. Sumpah! Dia tak kuat bila tengok keadaan Mikayla sebentar tadi. Sekarang jam menunjukkan pukul 5 petang. Afeef pergi membeli air untuk mereka berdua.

Armin mengeluarkan telefonnya. Baru dia ingat, dia tidak lagi memberitahu keadaan Mikayla kepada ibu dan juga mama papa.

Nak bagitahu ke tak? Kalau bagitahu nanti risau. Tak bagitahu macam tak patut. Dah lah dalam tempoh tiga hari Mikayla hilang pun dia tidak mengkhabarkan kepada Puan Mina mahupun keluarga Mikayla. Tak payah lah nanti risau. Biarlah Mikayla sembuh terlebih dahulu.

Tak lama kemudian, doktor keluar dari wad Mikayla.

"Encik Armin?"

"Ye saya. Macam mana dengan isteri saya? Tak ada apa apa kan?" Doktor tersenyum tawar.

"Saya minta maaf. Isteri encik tak ada apa apa cuma...kami tak dapat selamatkan anak encik. Pasal isteri Encik dia perlukan rehat secukupnya. Itu saja. Kalau Encik nak melawat dia boleh pergi wad 305 kejap lagi ye." Armin terduduk di kerusi semula. Dia kelu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkannya kepada Mikayla.

__________💎__________

"Maafkan abang Mikayla... Abang lambat sampai Mikayla jadi macam ni." Armin mengusap pergelangan tangan mikayla yang lebam. Bukan hanya pergelangan tangan mukanya juga penuh luka dan lebam.

Tiba tiba tangan Mikayla bergerak gerak sedikit.

"Ab.. abang..." Armin terkejut dan terus menyahut.

"Ye ye ni abang Mikayla." Ujar Armin sebak lalu membawa Mikayla ke dalam pelukannya.

"Abang..." Mikayla menangis teresak esak didalam pelukan Armin. Sungguh dia rindukan pelukan ini setelah beberapa hari tidak berjumpa.

"Abang... Baby macam mana? Baby okay kan?" Armin tertunduk.

"Abang! Jawab lah!" Mikayla memberontak sedikit.

Armin panggung kepala sambil menghadiahkan senyuman nipis. Dia perlu mengumpul kekuatan untuk mengkhabarkan berita itu kepada Mikayla.

"Mikayla sabar ye... Tadi doktor cakap baby tak dapat diselamatkan. Abang minta maaf..." Armin menarik Mikayla ke dalam pelukan sebaik sahaja habis berkata kata.

Laju air mata Mikayla turun membahasi pipi. Perutnya dipegang. Dia tak bermimpi kan?

"Abang.... Mi... Mikayla nak buat suprise dekat abang tapi tak sangka jadi macam ni. Maafkan Mikayla sebab tak jaga baby betul betul." Terkejut Armin dibuatnya. Dia ingatkan Mikayla akan memarahinya malah menyalahkan diri sendiri pula.

"Shh... Jangan cakap macam tu. Abang yang salah. Abang yang lambat selamatkan sayang. Abang minta maaf sangat sangat. Sekarang ni kita redha ye sayang... Insyaallah ada rezeki lain.." Perlahan Armin memujuk isterinya yang masih bersedih.

Mikayla hanya diam di dalam pelukan Armin.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now