Bab 31

2.3K 50 8
                                    

Selepas selesai solat maghrib, Mikayla segera turun ke bawah untuk makan malam bersama keluarga nya.

Mikayla menyediakan pinggan serta dia menghidangkan lauk pauk ke atas meja sementara menunggu ibu bapanya turun. Afeef pula sudah menunggu di meja makan.

Semasa mereka makan, Tuan Medy membuka topik mengenai perancangan Mikayla selepas ini.

"Ehem... Lepas ni, Mikayla ada rancang apa apa selain uruskan syarikat papa?" Tanya Tuan Medy serius.

Mikayla menyisip air jus tembikainya sedikit sebelum menjawab soalan papanya.

"Ermm... Mikayla rasa nak pindah rumah. Nak duduk rumah sewa buat sementara waktu."

"Kenapa pulak? Mikayla dah tak suka tinggal sini?" Pantas Afeef menyampuk.

"Ish abang ni, bukan macam tu. Mikayla cuma nak hidup berdikari. Nanti Mikayla dah ambil alih syarikat papa tu takdelah susah sangat nak buat kerja kat rumah ke apa ke." Afeef membuat muka tak puas hati atas penerangan Mikayla sebentar tadi.

"Bila nak pindah?" Tanya Tuan Medy lagi.

"Ermm.... Tak pasti lah pa. Kalau dapat rumah tu cepat, cepat lah Mikayla pindah kalau lambat lambat lah." Tuan Medy mengangguk mendengar kata kata Mikayla.

"Ha ada satu lagi papa nak tanya. Harap Mikayla tak kisah sebab benda ni penting, sampai bila Mikayla nak elak topik ni." Mikayla mengerutkan dahinya. Apa pulak ni? Macam serious je.

"Apa pa?"

"Mikayla dengan Armin macam mana? Kamu berdua masih pasangan suami isteri yang sah. Kamu tinggal sini, dia tinggal sana. Tak boleh lah macam tu. Berdosa tahu?" Tuan Medy memberi nasihat kepada anaknya itu. Dia tidak senang melihat hubungan anaknya tergantung begitu saja.

Mikayla automatik meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Seperti tidak selera mahu makan.

"Pasal tu nanti nanti lah Mikayla bincang dengan dia. Mikayla naik atas dulu. Oh by the way kalau Mikayla larat, esok Mikayla datang office uruskan apa yang patut nanti papa dah boleh rehat." Mikayla segera menuju ke atas sebaik sahaja habis berkata kata.

__________💎__________

KEESOKAN HARI

Mikayla berjalan ke kaunter pertanyaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikayla berjalan ke kaunter pertanyaan. Pertama kali menjejakkan kaki ke MIKAYLA'S HOLDING selepas tiga tahun.

"Ye cik, boleh saya bantu?" Mikayla tergelak kecil. Baru tiga tahun tak jumpa dah tak kenal.

"Ni saya lah Mikayla. Tak payahlah formal sangat." Muka penyambut tetamu itu kelihatan sedikit terkejut. Dia meneliti penampilan Mikayla dari atas hingga bawah.

"Cik Mikayla? Lama tak jumpa! Cantiknya cik Mikayla sekarang!" Penyambut tetamu itu kelihatan teruja melihat Mikayla.

"Hahahaha... Macam macam lah awak ni. Kenapa dulu tak cantik ke?" Usik Mikayla.

"Dulu cantik sekarang cantik sangat sangat." Penyambut tetamu itu memberikan senyuman manis.

Mikayla membalas senyuman itu.

Belum sempat Mikayla mahu berbual lebih lanjut, matanya menangkap susuk tubuh yang dikenali sedang menuju ke tingkat atas.

"Anis.. tu siapa?" Tanya Mikayla sambil menuding jarinya kepada lelaki yang sedang menuju ke atas.

"Tu Encik Armin lah... Aish takkan suami sendiri pun tak kenal." Jawapan Anis mengejutkan Mikayla. Mikayla tanpa mengucapkan selamat tinggal segera mengejar langkah Armin yang sudah pun menaiki lif.

Mikayla menekan lif dengan terburu buru. Mikayla menekan nombor 28 di lif. Tingkat di mana biliknya di tempatkan sebagai CEO.

Sebaik sahaja lif terbuka Mikayla berjalan menuju ke bilik kerja CEO miliknya. Mikayla memulas tombol pintu dengan berdebar debar. Tak mungkinlah itu...

"Armin Mikail!" Mikayla berlari anak kepada Armin yang sedang duduk di kerusi berhadapan kerusi CEO.

"Hye.. Miss Mikayla? Nice to meet you.  My name is Armin Mikail, your new PA." Jawab Armin dengan tenang.

"New PA??"

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now