Bab 19

1.2K 33 2
                                    

"Assalamualaikum mama papa.." Mikayla membuka sneakers nya lalu diletakkan di rak kasut.

"Waalaikumussalam.... Mikayla!!!" Puan Dina terus menarik Mikayla ke dalam pelukan. Rindu sungguh dia dengan anaknya yang satu itu.

"Meh masuk dalam... Mana Armin? Tak datang sekali?" Wajah gembira Mikayla bertukar mendung apabila ditanya tentang Armin.

"Ermmm... Dia busy" Puan Dina hanya mengangguk. Dia tahu ada sesuatu yang disorokkan oleh Mikayla namun dia tidak mahu menanyakan tentangnya sekarang.

"Mana abang Afeef? Lama tak nampak." Mikayla segera menukar topik.

"Afeef! Adik kamu datang ni!" Jerit Puan Dina kepada anak lelakinya yang hanya terperuk di dalam bilik.

Beberapa minit kemudian, Afeef turun ke bawah lalu terus duduk di sisi Mikayla.

"Hye adikku." Afeef memeluk Mikayla erat. Mikayla membalas pelukan abangnya yang kuat mengusik tapi sangat caring.

"Korang boraklah dulu. Mama nak sambung buat kek. Kejap lagi bolehlah makan sama sama." Ujar Puan Dina dan disambut dengan sorakan dari Afeef dan Mikayla.

"Hye! Abangku... Eh jap! Kenapa abang nampak gemuk?" Mikayla memandang Afeef atas hingga bawah.

"Mana ada! Ini sado namanya. Yang Mikayla tu kenapa balik sini tak bagitahu? Tiba tiba je." Afeef terus bertanya tentang kedatangan Mikayla.

"Nak datang rumah keluarga sendiri pun salah ke?"

"Tak salah. Mana Armin?" Mikayla terdiam mendengar soalan Afeef.

"Mikayla gaduh dengan dia ke? Dia buat apa dekat adik abang ni? Huh?" Mikayla menggelengkan kepalanya.

"Biasa lah abang. Salah faham sikit je. Rumah tangga mana yang tak pernah gaduh kan." Afeef memuncung.

"Memang lah, tapi kalau tak gaduh teruk takkanlah sampai datang sini. Boleh settle kat rumah baik baik kan?"

"Mikayla memang nak datang sini. Rindu dengan papa and mama. Oh ya, cakap pasal papa. Mana papa?" Afeef menekan remote tv di tangannya untuk menonton televisyen.

"Papa apa lagi, dekat office lah."

"Abang? Tak kerja ke harini?"

"Ambik cuti, malas pulak terasa. Eh dahlah, Mikayla naik atas pergi mandi and then rehat. Penat kan? Jap lagi turun bawah makan kek." Mikayla mengangguk mengiakan lalu segera bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke tingkat atas.

__________💎__________

MALAM

Mikayla turun ke bawah untuk makan malam.

"Ha, Mikayla. Bila balik?" Mikayla menyalam tangan Tuan Medy.

"Petang tadi papa. Lepastu, ingat lepas solat asar nak turun bawah makan kek dengan mama abang. Tapi, tertidur pulak." Tuan Medy hanya mengangguk.

"Mana Armin?" Tanya Tuan Medy sambil berjalan ke meja makan diikuti Mikayla.

Mikayla mengeluh perlahan. Apasal semua orang nak tanya pasal Armin ni?

"Dia busy sikit papa." Mikayla memberikan alasan yang sama.

"Busy? Papa bagi banyak kerja sangat ke?" Mikayla menelan liurnya. Lupa pulak papa CEO.

Belum sempat Mikayla membalas, Puan Dina datang menyampuk perbualan mereka.

"Banyak kerja lah tu bang." Jawab Puan Dina memihak kepada Mikayla.

Tuan Medy mengangguk tanpa banyak bertanya. Mikayla menghela nafas lega. Lalu mereka sekeluarga makan malam sambil berbual bual.

__________💎__________

"Abang, saya nak cakap sikit ni." Tuan Medy hanya mengangguk perlahan.

"Penting. Pasal Mikayla." Tuan Medy terus mengangkat kepala dari membaca buku lalu menumpukan perhatian kepada isteri nya itu.

"Kenapa? Dari tadi abang perasan awak macam sorokkan sesuatu dari abang." Puan Dina duduk di sisi katil.

"Abang rasa kan Mikayla balik sini sorang sebab gaduh dengan Armin ke? Saya risaulah." Tuan Medy mengerutkan keningnya.

"Awak nak risau apa?" Tanya Tuan Medy.

"Yelah... Abang tak ingat kejadian 15 tahun lepas?" Berubah terus air muka Tuan Medy.

"Kejadian tu secara tak sengaja Dina, bukan abang sengaja. Semua tu takdir." Puan Dina mengangguk setuju.

"Mmm... Saya tak boleh bayangkan kalau Armin tahu. Armin pun mesti pelik kenapa Mina tu tak sukakan Mikayla. Saya takut kalau dia tahu pasal hal ni dia akan bencikan Mikayla juga." Tuan Medy mengeluh.

"Dah lah, tidur. Dah malam." Tuan Medy menukar topik.

Puan Dina mengangguk lalu mengambil tempat di atas katil

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now