Bab 49

2.1K 44 5
                                    

Setelah video call dihentikan, Rafiq mengheret Mikayla yang sudah basah lencun lalu dicampak ke atas katil.

Rafiq tersenyum melihat Mikayla yang mengesot untuk turun dari katil. Lantas ditolaknya Mikayla supaya kembali ke atas katil. Dengan pantas dia menindih Mikayla.

"Korang keluar." Arah Rafiq kepada bodyguard yang menunggu.

"Boss, takkan kami tak dapat rasa sikit?" Pinta salah seorang bodyguard dipersetujui yang lain.

"Korang keluar je lah dulu!" Mereka semua segera mengikut arahan lalu melangkah keluar.

Rafiq menolak kedua belah tangan Mikayla ke atas. Mikayla dengan sisa kudrat yang ada menolak badan Rafiq yang diatasnya namun tidak bergerak walau seinci.

"Rafiq.. Saya merayu pada awak.... Tolong jangan buat saya macam ni. Saya isteri Armin. Tolong sedar!" Mikayla cuba menyedarkan Rafiq namun kata katanya hanya menambah api kemarahan Rafiq.

"Apa kau cakap?! Kau isteri Armin?! No! Kau milik aku!! Kau faham?!" Rafiq lantas mengoyakkan baju Mikayla dengan ganas.

Matanya bersinar sinar memandang Mikayla yang kini tidak berbaju.

"Rafiq!!" Berjurai jurai air mata Mikayla apabila diperlakukan sebegitu. Dia menyilangkan tangannya ke dada untuk menutup kulitnya yang terdedah.

Rafiq mula membuka baju miliknya lalu dicampak ke tepi.

"Ya allah... Tolong selamatkan aku..." Mikayla tidak terdaya lagi hendak berbuat apa apa. Energi nya telah habis seratus peratus.

"Bang!!" Mata Mikayla dan Rafiq tertancap pada pintu yang sudah dipecahkan.

Semua bodyguard sudah pun tumbang di depan pintu bilik.

Rafiq terkejut melihat Armin dan juga Afeef sudah berada di tempat itu. Dia segera bangun dari kedudukannya. Mikayla mengucap syukur di dalam hati.

"Mikayla!!" Afeef segera menuju ke arah adiknya yang tampak lemah. Sedih sungguh dia lihat adiknya keadaan begitu. Baju nya yang berlapis dibuka sehelai lalu di pakaikan ke Mikayla.

Dia membawa Mikayla ke belakangnya. Armin pula masih tidak mengalihkan pandangannya selain daripada menatap Rafiq dengan pandangan tajam.

"Kenapa kau datang cepat sangat huh?! Aku belum sempat rasa pun bini kau." Kata kata yang keluar dari mulut Rafiq membuatkan Armin naik angin lalu dia berlari menuju ke arah Rafiq. Satu tumbukan dihadiahkan kepada Rafiq sehingga dia tersungkur di lantai.

Belum sempat Rafiq bangun, Armin menyepaknya dengan kuat sehingga dia kembali tersungkur. Rafiq bengang.

Rafiq bangun lalu memberikan penumbuknya kepada Armin namun Armin hanya bergerak sedikit dan mengesat darah yang mengalir.

"Setan!" Armin mencarut lalu menggengam kolar baju Rafiq dan menumbuknya beberapa kali tak cukup dengan itu di tendang pula di perut sehingga memancut darah dari mulut Rafiq. Dia sudah tidak berdaya.

Dia tersenyum sinis lalu mengeluarkan pistol di poket seluar. Armin terkejut tidak menyangka Rafiq mempunyai pistol.

Armin segera berlari ke arah Mikayla dan memeluknya untuk melindunginya dari Rafiq.

Rafiq bangun perlahan lahan.

"Kenapa? Kau takut aku bunuh bini kau?" Rafiq menghalakan pistol nya ke arah kepala Mikayla.

"Rafiq jangan..." Larang Afeef.

"Kau diamlah!" Tengking Rafiq.

Sedang Rafiq hilang fokus, Armin menyepak tangan Rafiq sehingga pistolnya terjatuh ke lantai. Armin pula mengambil pistol itu lalu mengacukan ke arah Rafiq. Mikayla terkejut. Dia segera menuju ke arah Armin.

"Abang... Lepaskan pistol tu. Jangan buat apa apa please." Armin masih diam.

"Manusia macam ni patut diajar!! Afeef pegang Mikayla!!" Kata kata Armin merisaukan Mikayla.

Afeef segera menjauhkan Mikayla dari Armin. Armin pula sudah bersedia untuk menarik pucu pistol.

Rafiq pula sudah tidak berdaya mahu berbuat apa apa. Dia redha apa yang akan terjadi padanya.

"Abang! Kalau abang sayangkan Mikayla dan baby jangan please!" Armin tersentak. Baby?
Mikayla mengandung?

Armin perlahan berpusing menghadap Mikayla. Mikayla mengangguk tanda mengiakan. Armin perlahan lahan menurunkan tangannya dari mengacukan pistol.

Rafiq dengan pantas merampas pistol di tangan Armin lalu

"Bang!"

"Mikayla!!"

Mikayla melorot jatuh ke lantai akibat terkena tembakan Rafiq.

Armin terus berlari ke arah Mikayla lalu dicempung isterinya lalu di bawa keluar dari situ diikuti Afeef.

"Mikayla... Tolong sedar... Jangan buat abang macam ni..." Rayu Armin sambil mengusap rambut isterinya.

Tidak lama selepas itu, polis menyerbu rumah Rafiq lalu Rafiq dibawa ke lokap.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Où les histoires vivent. Découvrez maintenant