Bab 33

2.1K 55 6
                                    

Sejak beberapa hari lepas Mikayla menerima Armin bekerja di MIKAYLA'S HOLDING, Armin tidak henti henti cuba memujuk nya namun Mikayla keraskan hati. Hatinya masih tidak boleh menerima maaf Armin. Dia juga sudah berpindah ke rumah sewanya. Senang sikit rasanya.

Mikayla berjalan ke arah lif lalu menekan butang di tepi lif.

"Mikayla!" Mikayla menoleh ke belakang.

"Aduh! Dia ni lagi......"

"Jom breakfast." Armin menyandar di tepi lif.

"Dah breakfast kat rumah tadi." Jawap Mikayla tanpa memandang wajah Armin.

"Tapi abang tak breakfast lagi... Nanti sakit perut..." Mikayla menggulingkan matanya ke atas.

Sebaik sahaja lif terbuka, Mikayla segera masuk ke dalam lif tanpa menghiraukan Armin.

Armin merengus. Tak berjaya.

__________💎__________

"Saya ada apa apa tak harini?" Tanya Mikayla kepada Armin.

Armin membelek tablet yang ada ditangannya.

"Ermm... Harini ada meeting dengan Dato' Jazzle and ....... oh itu je." Armin menyimpan tablet ke dalam coat nya.

"Ok thanks. Nanti teman saya jumpa Dato' Jazzle and bawak sekali fail yang dia nak." Arah Mikayla. Armin hanya mengangguk.

"Awak boleh keluar." Kata Mikayla tanpa memandang Armin. Dia fokus pada computer dan juga kertas kertas yang tersusun di atas mejanya.

"Mikayla..."

Mikayla menoleh kepada Armin.

"Kenapa?"

"Mikayla pindah rumah ke?" Tanya Armin dengan berhati hati.

"Macam mana kau tahu?" Nada Mikayla sudah berubah begitu juga kata ganti nama.

"Abang nampak haritu. Kenapa tak bagitahu abang?"

"Kenapa aku nak kena bagitahu kau? Kau ni memang tak tahu malu eh? Kau dah buat salah lepastu kau pura pura kau baik ye." Armin menunduk.

"Mikayla... Please abang menyesal tinggal Mikayla malam tu. Abang tak tahu yang Mikayla tak tahu langsung apa yang terjadi pada ayah."

"Apa yang jadi dekat ayah sampai abang bencikan Mikayla?"

Armin mengeluh.

"Sebenarnya ayah meninggal dulu sebab break kereta papa putus and mak cakap papa sengaja putuskan break kereta sebab cemburukan syarikat ayah yang maju. Abang ingatkan Mikayla pun bersubahat and tahu pasal benda ni jadi abang rasa Mikayla pun salah. Mikayla patut beritahu abang pasal benda ni tapi abang tak tahu Mikayla pun baru tahu pasal benda ni." Setitis air mata Mikayla jatuh di pipinya namun cepat cepat dikesatnya.

"Sebab tu je kau nak buang aku dari hidup kau? Kau memang kejam Armin. Kalau bukan sebab kau, anak kita tak mati." Air mata Mikayla jatuh lagi bagaikan air hujan.

Armin terkedu.

"Anak? Anak kita? Kita ada anak?" Armin meluru ke arah Mikayla lalu menggoncang bahunya.

"Mikayla bagitahu abang sekarang. Kita ada anak? Bila?! Kenapa Mikayla tak cakap pada abang!" Armin melurut rambutnya ke belakang dengan rasa bersalah yang menebal bagaikan salji di dalam hatinya.

"Yes! Kita ada anak and aku gugur sebab kau! Sebab kau tolak aku!" Segera ingatan Armin mengimbas saat saat dia menolak Mikayla lalu Mikayla jatuh di tangga. Dia langsung tak berpaling sedikit pun.

"Ya Allah! Berdosanyaa aku ya allah."

"Mikayla maafkan abang. Abang betul betul tak tahu Mikayla mengandung waktu tu. Maafkan abang." Mikayla menggelengkan kepalanya tanda tidak boleh menerima Armin lagi.

Mikayla segera bangun dari kerusi dan mengambil beg tangannya lalu keluar dari bilik itu tanpa memandang Armin.

__________💎__________

Armin melangkah masuk ke dalam rumah lalu tanpa menyapa seperti selalu dia terus berlalu ke biliknya.

Nayra membuat muka pelik. Haritu dah happy dapat kerja dengan kak Mikayla harini tiba tiba sedih.

Armin memandang jam di dinding. Sudah pukul 7 malam. Dia belum lagi menunaikan solat maghrib. Dia cepat cepat masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai menunaikan solat maghrib, Armin turun ke bawah dan berjalan ke luar rumah. Dia melabuhkan duduk di bangku batu yang tersedia di depan air terjun mini di rumahnya.

Memorinya mengimbas satu persatu kejadian dari mula dia berkahwin sehingga kini. Adakah bukan jodoh dia dan Mikayla untuk bersama? Kerana ada saja masalah yang datang sebaik sahaja dia berbaik dengan Mikayla. Dia sudah buntu. Atau adakah dia yang bersalah dalam semua pergaduhan? Ergh! Dia tak ada jawapannya. Patutkah dia melepaskan Mikayla dan biarkan Mikayla mencari kebahagian baru? Oh tidak! Dia masih cintakan Mikayla. Dia tidak akan sesekali melepaskan Mikayla pada orang lain.

"Termenung apa tu?" Teguran Nayra mematikan lamunan Armin.

"Duduklah." Armin menggamit Nayra untuk duduk di sebelahnya.

"Teringat kak Mikayla?"

"Hmm.. macam tu lah. Abang rasa bersalah atas apa yang abang buat dekat kak Mikayla. Tapi abang tak tahu apa yang abang perlu buat untuk pujuk kak Mikayla."

"Abang kena minta maaf dengan seikhlas hati. Jangan mengalah kalau kak Mikayla tolak sebab kalau betul jodoh abang dengan kak Mikayla dia akan lembut hati untuk terima abang balik."

"Abang tak tahu Nayra. Abang... Abang dah... Abang dah bunuh anak abang sendiri. Abang berdosa. Abang tak tahu kalau abang ni layak dipanggil manusia atau tidak." Armin mula menangis teresak esak.

Nayra terkejut. Dia tidak jadi mahu memarahi abangnya itu kerana melihat Armin menangis teresak esak.

"Nayra tak tahu pulak sampai macam tu tapi... Macam yang Nayra cakap tadi. Kalau betul jodoh abang dengan kak Mikayla, abang akan bersama dengan kak Mikayla juga." Ayat Nayra membuatkan Armin ada sedikit harapan untuk kembali memujuk Mikayla sehingga Mikayla memaafkan dirinya.

Ya, dia akan terus berusaha memenangi hati Mikayla kembali.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now