Bab 47

1.8K 44 8
                                    

"Kenapa Mikayla tak bagitau abang?" Mikayla hanya menunduk menghadap amarah Armin.

Dia dan Armin sudah pun balik ke rumah selepas kejadian tadi.

"Abang tanya kenapa Mikayla tak bagitau abang Mikayla jumpa dia semalam?! Susah sangat ke nak jawab?!" Tengking Armin.

Mata Mikayla mula terasa panas. Sedih ditengking sebegitu dengan trauma nya yang masih belum hilang.

"Jawab lah! Abang tanya ni?!" Armin menumbuk dinding di sebelah Mikayla. Mikayla tersentak.

"Mi.. Mikayla mi..min..ta maaf." Akhirnya teresak esak Mikayla menangis di hadapan Armin.

Armin yang melihat mula terasa bersalah. Patutkah dia memarahi Mikayla dalam keadaan begini? Armin segera menarik Mikayla ke dalam pelukannya. Diusap perlahan kepala isterinya.

"Shh.. abang tak marah... Abang cuma kesal kalau apa apa terjadi pada Mikayla tadi. Abang akan menyesal seumur hidup kalau jadi apa apa pada Mikayla. Lain kali kalau apa apa bagitau abang ok?" Bisik Armin cuba memujuk, mungkin dia terlampau ikutkan amarahnya sebentar tadi.

Mikayla mengangguk lalu membalas pelukan Armin. Dia berasa selamat dalam pelukan Armin.

__________💎__________

SEMINGGU KEMUDIAN

Mikayla sudah pun memutuskan segala yang berkaitan bersama Rafiq. Tidak kisah lah dia rugi sekalipun, janji dia tidak perlu bertemu dengan lelaki itu lagi. Rafiq pula sudah lesap tanpa khabar berita.

"Abang... Jom kita keluar, beli barang dapur. Banyak dah habis." Mikayla memaut lengan Armin yang sedang menghadap laptop.

"Ermm.. sayang pergi sendiri tak boleh ke? Abang sibuk sangat ni." Mata Armin masih tidak lekang sekejap sekejap menghadap laptop lepastu mencapai pen pula lalu menulis sesuatu di kertas lalu kembali menghadap laptop. Nampak macam busy sangat.

Mikayla mengeluh perlahan supaya Armin tidak perasan akan keluhannya. Dia agak kecewa sebenarnya namun dia faham Armin sibuk.

"Ermm... Okaylah! Mikayla pergi dulu tau. Assalamualaikum." Mikayla ingin berlalu pergi namun lengannya ditarik hingga dia terduduk di pangkuan Armin.

"Sayang... I'm so so sorry. Abang tak boleh temankan Mikayla. Lain kali abang temankan ye." Armin mengucup pipi Mikayla.

Mikayla mengangguk perlahan. Apa lagi yang perlu dikatakan, macam mana pun dia kena faham Armin sibuk.

MALL

Mikayla selesai membeli barang lalu dia pergi ke toilet sebentar. Sebaik sahaja keluar dari toilet dilihatnya barang yang dibeli sudah hilang.

Mikayla menggaru garu kepalanya. Tadi dia letak sini. Takkan ada orang nak curi, barang dapur je pun.

Dalam pada mencari, Mikayla ternampak susuk tubuh seseorang berjalan sambil membawa beg plastik dan mikayla yakin itu barang yang dibelinya tadi. Mikayla pantas mengekori orang itu.

"Excuse me! Encik berhenti!!" Mikayla menjerit dari belakang apabila orang itu sudah keluar dari mall dan menuju ke parking kereta.

Orang itu hilang disebalik kereta kereta. Mikayla mula mencari orang tersebut. Dia mendekati salah satu van berwarna hitam.

"Aaahh!" Mikayla dicekup dari belakang lalu ditarik masuk ke dalam van hitam di belakangnya.

Mikayla menjerit meminta tolong, malangnya di parking itu tiada orang dan mulutnya dicekup jadi ia hanya mengeluarkan bunyi yang perlahan.

Van hitam itu mula bergerak meninggalkan parking mall.

Selepas beberapa saat, Mikayla sesak nafas. Mungkin ada ubat yang diletakkan pada kain yang digunakan untuk mencekupnya.

"I'm back Mikayla." Bisik seseorang lalu menyisir rambut Mikayla yang sudah pengsan di pangkuannya.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now