Bab 27

1.8K 52 8
                                    

"Mikayla! Ya allah!" Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Puan Dina, Tuan Medy dan Afeef terus meluru ke arah tangga.

Afeef memangku kepala Mikayla. Puan Dina pula sudah menangis nangis melihat anaknya yang tidak sedarkan diri.

"Afeef, angkat adik. Jom pergi hospital." Arah Tuan Medy.

Afeef mengangguk lalu mencempung Mikayla lalu dibawanya ke kereta. Mereka sekeluarga cepat cepat menuju ke hospital terdekat.

__________💎__________

"Macam mana keadaan anak saya doktor?" Tanya Tuan Medy kepada doktor yang baru keluar dari bilik wad Mikayla.

"Pesakit mengalami pertumpahan darah yang banyak. Kami minta maaf kandungan anak tuan tidak dapat diselamatkan. Sekarang pesakit dalam keadaan stabil cuma kalau tidak dibawa ke hospital dengan segera tadi mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku." Terang doktor tersebut.

"Maksud doktor? Kandungan?" Tanya Puan Dina terkejut.

"Puan tak tahu? Anak puan mengandung 5 minggu. Kandungan masih tak kuat. Akibat hentakan yang kuat, anak puan mengalami pertumpahan darah dan keguguran." Maklum doktor perempuan itu.

Puan Dina tergamam.

"Cucu kita abang.." Ujar Puan Dina perlahan.

"Sabar... Ini ujian buat kita dan juga Mikayla." Tuan Medy mengusap bahu isterinya. Afeef pula membawanya mamanya ke kerusi.

"Bila kami boleh melawat anak kami doktor?" Tanya Tuan Medy mewakili Puan Dina.

"Anak tuan akan dipindahkan ke wad biasa sebentar lagi. Tuan dan puan boleh melawat sebentar lagi." Sebaik sahaja berkata doktor itu terus berlalu meninggalkan keluarga yang sedang dilanda kesedihan itu.

__________💎__________

Mikayla membuka matanya perlahan lahan. Sekelilingnya bewarna putih.

Dia melihat ke sisi. Keluarganya sedang mengelilinginya tapi tiada Armin di situ. Mikayla mula mengingati semula kejadian sebelum dia dihantar ke hospital. Ya, Armin menolaknya dan meninggalkan dirinya tanpa berpaling lagi.

Air mata bertakung di tubir matanya.

"Mikayla... Mikayla dah sedar... Minum air sikit sayang. Basahkan tekak." Tegur Puan Dina kepada anaknya lalu menghulurkan segelas air kosong. Mikayla menyambutnya lalu menghirup sedikit. Dia meletakkan gelas di meja kecil tepi katil.

Mikayla cuba untuk bangun namun sakit di bahagian ari arinya begitu mencengkam sehingga dia kembali terbaring ke katil.

"Mama.. kenapa dengan Mikayla?" Tanya Mikayla perlahan.

Puan Dina terdiam. Tak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada Mikayla.

"Mikayla rehat dulu, kejap abang pergi beli makanan." Sampuk Afeef menyelamatkan mamanya dari terus disoal.

"Mikayla tak nak makan. Mikayla cuma nak tahu apa yang jadi." Ujar mikayla. Puan Dina menghembus nafas berat.

"Kami jumpa Mikayla berdarah dekat tangga. Macam mana boleh jadi macam tu? Mana Armin? Dia sepatutnya ada dekat sini teman Mikayla, dia pulak hilang. Call pun tak dapat." Afeef pula yang menanyakan soalan kepada Mikayla.

Mikayla terdiam. Dia rasa dia sudah tahu apa yang terjadi pada dirinya. Sungguh dia kecewa dengan Armin.

"Tak payah lah abang telefon dia lagi. Dia dah tak pedulikan Mikayla. Bila Mikayla boleh keluar wad?" Tanya Mikayla.

"Mikayla tahu tak apa yang doktor cakap pada kami? Doktor bagitahu.." Belum sempat Afeef habis berkata kata Mikayla menyampuk.

"Mikayla gugur kan? Mikayla dah tahu..." Air mata bertakung di matanya namun ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu menangis di depan keluarganya.

Puan Dina mengusap ubun ubun Mikayla lalu menciumnya sekilas.

"Anak mama kuat kan? Macam mama.." Puan Dina menggengam tangan Mikayla memberi semangat.

"Doktor ada cakap tak bila Mikayla boleh keluar?" Tanya Mikayla.

"Lagi dua minggu rasanya. Kenapa? Mikayla nak abang telefon Armin?" Tanya Afeef prihatin.

Mikayla menggelengkan kepalanya.

"Tak apa, Mikayla saja tanya." Dalam kepalanya sudah tekad mahu mengejar impiannya dan lupakan semuanya. Lupakan Armin..

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now