Bab 43

1.6K 40 4
                                    

Sudah seminggu berlalu, Armin pula setiap hari tidak akan pernah lupa melawat Mikayla di hospital. Ada kalanya dia tidur di sana. Hari ini Mikayla dah boleh keluar. Dialah manusia paling gembira sekali dengan berita itu. Oh, dan pasal kereta yang melanggar Mikayla itu pula, Armin sudah membuat report kerana dia tahu siapa pelakunya. Nayra juga nampak nombor plate kereta itu. Jadi, dia tidak akan melepaskan orang itu sama sekali.

"Tak sabarnya nak balik." Gumam Mikayla sendirian. Barang barang sudah dikemas cuma menunggu Armin datang menjemputnya.

"Tok! Tok! Tok!"

"Masuklah!" Kata Mikayla dari dalam lalu terjengul wajah Armin di depan pintu wad.

"Assalamualaikum Princess. Dah sihat betul betul kan?" Soal Armin masih lagi risau.

"Waalaikumussalam... Dah sihat dah. Tengok ni boleh tumbuk tumbuk orang lagi. Tak sabar nak balik rumah!" Kata Mikayla sambil menumbuk dada Armin menunjukkan dirinya sudah sembuh.

"Aduh! Kut ya pun jangan lah tumbuk tumbuk." Armin menurunkan tangan Mikayla.

"Jom kita balik." Armin memimpin tangan Mikayla lalu mereka bergerak pulang ke rumah.

__________💎__________

Mikayla melompat ke atas katil empuknya lalu berguling guling di atas katil. Armin hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Mikayla yang comel itu.

"Kruk! Kruk!" Mikayla terhenti dan memandang Armin.

"Abang lapar ke?" Armin tersengih lalu mengangguk.

"Alololo... Siannya dia... Lapar ye. Jom pergi dapur." Mikayla turun dari katil lalu memaut lengan Armin lalu mereka menuju ke dapur bersama sama.

__________💎__________

Mikayla mengerling jam di dinding. Sudah pukul 11 malam. Tak sangka dah dua jam dia duduk menonton televisyen bersama Armin.

"Urgh! Lenguhnya pinggang." Mikayla bergerak gerak ke kiri ke kanan.

Armin yang sedang tidur di atas paha Mikayla langsung tidak terganggu dengan pergerakan Mikayla.

Perlahan lahan Mikayla mengusap rambut Armin dengan penuh kasih sayang lalu memberikan ciuman di dahi.

"Abang.. abang... Bangun lah. Dah pukul 11 ni." Mikayla mengejutkan Armin perlahan lahan supaya tidak terkejut.

Armin terpisat pisat lalu bangun dari baringnya. Mikayla segera bangun dan membetulkan tulang temulangnya.

"Ya Allah! Sorry sayang... Lama sangat abang tidur. Mesti Mikayla penat kan. Jom lah masuk bilik." Armin dengan mamai menarik tangan Mikayla supaya masuk ke dalam bilik.

Di dalam bilik Armin segera baring di atas katil manakala Mikayla pula mencapai towel lalu berlalu ke bilik air. Panas pula malam ni.

Selesai membersihkan diri, mikayla menuju ke bawah dengan perlahan lahan supaya tidak mengejutkan Armin . Dia mahu memberikan Armin rehat yang secukupnya kerana dalam seminggu itu, Armin tak putus putus melawatnya.

 Dia mahu memberikan Armin rehat yang secukupnya kerana dalam seminggu itu, Armin tak putus putus melawatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Teringin hot chocolate pulak." Gumam Mikayla perlahan. Mug segera di capai namun malang tak berbau, mug yang dipegangnya jatuh ke lantai. Mug itu menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

"Ops!" Mikayla segera mencapai penyapu dan penyodok lalu menyapu dengan perlahan. Sedang dia menyapu sisa sisa kaca seseorang mengambil penyapu dari tangannya. Terperanjat Mikayla dibuatnya.

"Ya allah abang! Terkejut Mikayla. Abang buat apa dekat sini? Pergilah sambung tidur. Kejap lagi Mikayla naik." Armin menggeleng sambil menyimpan penyapu dan penyodok di tangannya.

"Dah tak mengantuk. Buat apa ni?" Tanya Armin sambil menggosok matanya.

Mikayla menggaru tengkuknya.

"Hot chocolate." Armin mengangguk lalu duduk di meja makan sambil memerhati Mikayla. Baru dia perasan yang Mikayla memakai baju tidur yang agak terdedah.

"Lagi sekali?!" Jerit Armin dalam hati.

Mikayla siap membancuh lalu duduk bersebelahan Armin lalu menghirup sedikit hot chocolate. Sedapnyaa!

"Ni kenapa pakai macam ni? Saja nak goda abang eh?" Tegur Armin. Matanya tidak lepas dari memandang segenap inci tubuh Mikayla.

Mikayla segera memandang pakaiannya.

"Eh tak ada masa nak goda abang. Mikayla selesa macam ni. Kenapa? Abang rasa tergoda ke?" Tanya Mikayla sebelum sambung menikmati hot chocolate nya.

Armin hanya diam memerhati gelagat Mikayla yang asyik dengan hot chocolate nya. Isterinya ini memang nak goda dia.

"Ada chocolate kat atas bibir tu." Tegur Armin apabila melihat kesan chocolate di bibir Mikayla.

"Mana?" Belum sempat tangan mengelap, Mikayla tergamam apabila bibir Armin singgah terlebih dahulu di bibirnya.

Terbuai Mikayla untuk beberapa saat sebelum Armin melepaskannya. Merah muka Mikayla akibat malu.

"As sweet as chocolate." Ujar Armin sambil tersenyum memandang wajah Mikayla.

"Dah hilang dah kesan chocolate tu, so jom naik bilik." Armin mengambil mug di tangan Mikayla lalu diletakkan di atas meja lalu mengendong Mikayla naik ke atas.

"Hey! Turunkan Mikayla lah! Abang!" Mikayla memukul mukul dada Armin namun tidak diendahkan Armin.

Sampai sahaja di dalam bilik, Armin segera menutup pintu bilik dan membaringkan Mikayla di atas katil dengan perlahan lahan.

"Abang! Apa abang buat ni?" Mikayla cuba menolak dada Armin yang berada di atasnya namun tidak berjaya.

"Shh...." Armin menyisir rambut Mikayla lalu memberikan ciuman di ubun ubun kepala Mikayla.

Mikayla terdiam. Dia senang dengan perbuatan Armin namun dia agak kekok. Armin meneliti wajah Mikayla dari mata, hidung dan berhenti di bibir merah Mikayla.

Tanpa banyak kata, Armin mengucup bibir Mikayla sekali lagi. Kali ini begitu lama, Mikayla terpaksa mengalihkan wajahnya dek kerana tidak cukup nafas.

"Sayang.... abang ada satu soalan nak tanya." Mikayla mengerutkan dahinya.

"Apa?" Balas Mikayla dengan perlahan masih malu berada situasi begitu dengan Armin.

"Would you like to have your first night with me again?" Tanya Armin dengan serious.

Mikayla terdiam sebentar. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu apa yang harus dijawab.

"Hmm?" Armin menggesel kan hidungnya di tengkuk Mikayla.

"Ermm...." Lama kemudian Mikayla mengangguk kan kepalanya perlahan.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now