Bab 25

1.6K 39 4
                                    

Selepas makan malam, Armin duduk berehat di sofa ruang tamu. Kertas kerjanya berselerakan di atas meja kecil depan tv.

Mikayla memerhati Armin dari jauh. Suaminya itu masih dingin dengannya. Mikayla mengambil keputusan untuk memujuk Armin membenarkannya sambung belajar pada malam itu. Mikayla membuatkan secawan air nescafe kepada Armin sebelum membawa ke depan. Mikayla melabuhkan duduk di sebelah Armin yang sedang menghadap handphonenya.

"Abang, Mikayla nak cakap sikit." Armin hanya menyahut tanpa memandang wajah Mikayla. Wajahnya beku sahaja.

Mikayla menelan air liur takut.

"Mi.. Mikayla nak sa.. sam..sambung belajar boleh?" Mikayla tergagap gagap meminta kebenaran dari Armin.

Armin meletakkan handphonenya di tepi sebelum memandang Mikayla tepat. Mikayla terus menundukkan wajahnya. Takut dengan renungan Armin.

"Tak boleh." Jawab Armin keras.

"Tapi kenapa?" Tanya Mikayla ingin tahu.

Armin menjeling.

"Abang kata tak boleh, tak bolehlah! Apa yang susah sangat nak faham?!"

Mikayla tersentak. Ini kali kedua dia ditengking Armin. Apa masalah Armin sebenarnya?

"Apa kena dengan abang ni? Sejak kebelakangan ni abang selalu marah marah Mikayla. Mikayla ada buat salah ke?" Suara Mikayla bergetar menahan amarahnya.

Armin hanya tersenyum sinis.

"Mikayla tahu sendiri apa salah Mikayla dengan abang." Ujar Armin lalu meninggalkan Mikayla sendirian.

Mikayla meraup wajahnya. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan untuk kembalikan Armin seperti dulu?

__________💎__________

Armin bermundar mandir di balkoni bilik. Mikayla masih belum masuk ke dalam bilik.

Sekarang ini dalam fikiran Armin hanyalah sama ada call Ranea dan meminta pertolongannya ataupun tidak. Dia ragu ragu dengan keputusan yang dibuat.

"Hello Ranea?" Akhirnya Armin mengambil keputusan untuk mengubungi Ranea.

"Hello Armin, kenapa call saya?" Tanya Ranea di hujung talian.

Armin menghela nafas berat sebelum diam beberapa saat.

"Armin?" Ranea sudah merasakan sesuatu yang baik.

"Ermm... Haritu awak ada cakap yang awak nak tolong saya jauhkan diri dari Mikayla kan?" Tanya Armin untuk mendapat kepastian.

"Yes, why? Awak perlukan pertolongan saya? Saya free bila bila masa je untuk awak." Armin menghela nafas.

"Apa yang saya perlu buat?" Ranea tersenyum sinis walaupun Armin tidak dapat melihatnya.

"Esok saya pergi pejabat awak. Kita bincang." Selepas Ranea habis berkata kata, Armin terus meletakkan telefon apabila Mikayla membuka pintu bilik.

"Abang bercakap dengan siapa?" Tanya Mikayla, dia dapat mendengar suara seorang perempuan.

"Ranea." Jawap Armin sepatah.

Mikayla memandang wajah armin yang bersahaja.

"Kenapa?" Tanya Mikayla.

"Saja, borak borak."

Mikayla mendengus. Mikayla terus menuju ke bilik mandi tanpa mengambil bajunya.

Selepas beberapa minit, Mikayla keluar dari bilik air dengan hanya memakai bathrobe.

Mikayla melangkah dengan laju ke arah almari. Sebaik sahaja selesai mengambil baju tidurnya Mikayla memusingkan tubuhnya ingin kembali ke bilik air. Namun Armin sudah berada di belakangnya.

Mikayla menelan air liur.

"Tepilah!" Mikayla menolak badan sasa Armin ke tepi lalu menyambung langkahnya namun baru beberapa langkah lengannya ditarik oleh Armin.

Sekarang Mikayla berada di dalam pelukan erat Armin. Armin memerhati segenap wajah Mikayla dengan perasaan yang bercelaru.

Mikayla mencuba menolak Armin sekali lagi namun sedikit pun tidak bergerak.

"Abang nak tanya satu soalan." Mikayla membalas pandangan mata Armin.

"Apa?"

"Betul Mikayla tak tahu apa salah Mikayla pada abang?" Tanya Armin menduga Mikayla.

Mikayla menggelengkan kepalanya. Sebaik sahaja Mikayla menggelengkan kepalanya, Armin terus mengucup bibir Mikayla dengan kasar.

"Auch! Sakitlah!!" Mikayla menolak Armin sekuat hati sambil memegang bibirnya yang sudah terluka.

Mikayla terus mengambil bajunya yang terjatuh di lantai dan keluar dari bilik itu.

Armin tersenyum puas dengan hukuman yang diberikan pada Mikayla.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Donde viven las historias. Descúbrelo ahora