Bab 9

1.3K 40 4
                                    

Armin memulas tombol pintu perlahan lahan. Dilihatnya Mikayla sedang menyandar di kepala katil sambil leka dengan handphone nya. Armin menutup pintu dan mendekati Mikayla.

"Nak apa?" Belum pun sempat Armin bertanya Mikayla terlebih dahulu bersuara.

"Kenapa kau marah abang Afeef tadi?" Tanya Armin lembut namun tidak dijawab oleh Mikayla.

"Mikayla... Kenapa dengan kau ni?" Tanya Armin masih lagi berlembut dengan Mikayla.

"Tak ada apa apa." Jawab Mikayla tanpa memandang wajah Armin.

"Tak baik tau tak layan suami. Syurga ada di bawah tapak kaki suami." Armin menggunakan kaedah lain untuk menarik perhatian Mikayla.

Mikayla menarik nafas dalam lalu menghembuskannya. Dia meletakkan handphone nya di tepi lalu menatap wajah Armin.

"Yes? Kau nak apa dari aku?" Tanya Mikayla acuh tak acuh.

"Aku nak kau senyum and jangan moody moody lagi. Boleh? Malam kejap lagi kan kita nak bersanding. Jangan masam masam nanti hilang seri kat muka kau tu." Armin mencuit pipi Mikayla namun Mikayla segera menepis.

"Yelah yelah. Sorry... " Ujar Mikayla. Rasa bersalah juga sebenarnya.

"Bukan minta maaf dekat aku. Pergi minta maaf dekat abang Afeef." Arah Armin.

"Ye, kejap lagi aku pergi." Armin mendekatkan wajahnya dengan Mikayla dan merenungnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.

"Kau kenapa tenung aku macam tu?" Mikayla menolak wajah Armin yang dekat dengan wajahnya.

"Tak adelah. Sebelum ni aku mana pernah tengok muka kau dekat dekat. Asal aku dekat kau tampar aku." Mikayla tergelak kecil.

"Padan lah muka kau." Mikayla gelak lebih kuat.

"Ooo... Gelakkan aku. Kau nak aku geletek kau ke?" Armin mengugut.

"Eh jangan jangan! Sorry lah. Alaa gurau sikit pun tak boleh." Mikayla memuncung.

Armin tersenyum melihat gelagat Mikayla.

__________💎__________

Persandingan Armin Mikail & Nur Mikayla Medina

Dress Mikayla👇

Sebaik sahaja pintu dewan dibuka, Armin dan Mikayla berjalan berpimpinan tangan ke arah pelamin mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja pintu dewan dibuka, Armin dan Mikayla berjalan berpimpinan tangan ke arah pelamin mereka. Semua orang mula mengeluarkan telefon mereka dan menangkap gambar sepasang mempelai itu.

Armin dapat merasakan tangan Mikayla menggengam erat tangannya. Mesti Mikayla nervous. Armin berbisik perlahan ke telinga Mikayla

"Jangan nervous, aku ada disisi kau." Bisik Armin.

Mikayla tersenyum nipis.

Armin dan Mikayla duduk di atas pelamin. Armin mengerling Mikayla yang nampak lebih yakin selepas kata katanya.

"Cantik kau harini." Mikayla tersentak lalu memandang Armin di sebelahnya.

"Kau pun apa kurangnya, hensem.. hahaha." Balas Mikayla sambil tergelak kecil.

Selepas majlis makan, mereka mengadakan majlis tari menari pula.

Semua orang dalam dewan itu mula menari bersama pasangan masing masing.

Manakala Ayra pula menari bersama Afeef. Nampak sungguh sesuai mereka berdua. Armin menyiku Mikayla yang ralit memerhati mereka semua.

"Jom." Mikayla memandang Armin meminta kepastian. Gila ke nak menari dengan dia.

"Aku tak reti menari." Balas Mikayla.

"Jom aku ajar kau." Armin menarik tangan Mikayla turun dari pelamin lalu menyertai mereka semua.

Armin mengambil tangan Mikayla lalu meletakkan ke atas bahunya manakala Armin meletakkan tangannya ke atas pinggang Mikayla. Jantung Mikayla berdegup kencang.

Armin memandang ke dalam mata Mikayla, begitu juga Mikayla. Matanya seakan akan terpaku pada wajah tampan Armin. Armin tersenyum segaris lalu mula mengikut rentak tarian.

Armin mengikut rentak ke kanan dan ke Kiri kemudian memusingkan Mikayla lalu menyambutnya. Armin merenung wajah Mikayla dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Armin tidak tahu apa yang dirasakannya yang penting dia terasa berada di dunia dia dan Mikayla sahaja. Mikayla perlahan lahan menaikkan sebelah lagi tangannya ke bahu Armin. Kini kedua dua tanggannya merangkul bahu Armin.

Armin pelahan lahan mendekatkan wajahnya kepada Mikayla. Matanya tertumpu pada bibir mungil Mikayla. Mikayla juga sudah menutup matanya.

Bunyi orang ramai bertepuk tangan mematikan lamunan Armin dan Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi orang ramai bertepuk tangan mematikan lamunan Armin dan Mikayla. Armin segera menjauhkan wajahnya dari Mikayla.

Muka Mikayla mula kemerah merahan, malu dengan kejadian tadi.

Armin hanya tersenyum.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now