Bab 32

2.3K 49 9
                                    

"New PA??" Mikayla meletakkan handbag di atas meja lalu memeluk tubuh berhadapan Armin yang sedang duduk di kerusi dengan santai.

"Yes, papa pilih waktu interview. Why? Ada apa apa masalah?" Mikayla membuat muka tak percaya.

"Of course! I have a lot of problem with you Encik Armin! Saya tak benarkan awak kerja dekat sini." Armin bangun menghadap Mikayla yang sedikit rendah darinya.

"Apa kuasa awak? Papa dah pilih saya. You cannot do anything Miss Mikayla Medina." Mikayla merengus.

"Kenapa kau kena kerja jadi PA aku? Kau banyak duit kan, pergi lah kerja tempat lain."

"Tak nak." Jawap Armin selamba.

Mikayla terus mengeluarkan telefonnya dari handbag lalu menaip nombor papanya. Semestinya nak complain pasal Armin. Armin merampas telefon Mikayla dan menyorokannya ke dalam coatnya.

"Apa masalah kau ni? Eh bagi balik!" Mendidih darah Mikayla dibuatnya apabila Armin mengacah acah dirinya.

Armin memegang kedua belah pergelangan tangan Mikayla dengan satu tangannya. Tangan kirinya masih memegang telefon Mikayla.

"Bagi balik lah!" Jerit Mikayla disebabkan tangannya sudah terkunci.

"No, abang akan bagi kalau Mikayla benarkan abang kerja dekat sini." Mikayla tersenyum sinis lalu menarik tangannya dari gengaman Armin.

"Kalau aku tak nak?" Mikayla masih bermain tarik tali.

Armin menuju ke tingkap kaca gergasi di dalam bilik Mikayla lalu Armin mengacah untuk membuang telefon Mikayla melalui tingkap itu.

"Okay fine! Dah bagi balik and kau boleh keluar." Armin tersenyum puas hati lalu menyerahkan telefon mikayla.

Mikayla mengeluh lalu duduk di kerusinya.

"Keluar." Arah Mikayla.

"Jom."

"Pergi mana?" Mikayla pelik.

"Makan. Dah lunch hour." Ujar Armin tenang.

"Tak nak."

"Okay." Armin keluar dari bilik itu.

"Haih... Apalah malang nasib aku harini." Keluh Mikayla.

Sedang Mikayla membelek fail fail yang tersedia di atas meja. Pintu bilik dibuka mengejutkan dirinya. Lantas mata dialihkan ke pintu.

"What are you doing here?" Tanya Mikayla kepada Armin yang membawa plastik makanan lalu diletakkan di atas meja kecil.

"Jom makan. Kerja kerja jugak. Awak tu kena makan. Nanti sakit baru tau. Ni baru first day, chill chill dah lah." Armin membuka bekas makanan. Sebaik sahaja dibuka aroma bihun goreng menusuk hidungnya.

Sedapnyaaa... Terliur Mikayla dibuatnya. Armin tersenyum. Tahu Mikayla dah lapar. Armin bangun lalu menuju ke arah Mikayla yang tekun menghadap computernya.

Armin berdiri di samping Mikayla. Tangannya diletakkan di belakang kerusi Mikayla. Mikayla memandang Armin yang berdiri begitu dekat dengannya.

"Kenapa? Pergilah makan. Tadi kata nak makan."

"Jom lah makan sekali. Tak seronok makan sorang sorang." Armin mengambil alih computer Mikayla lalu menutupnya.

Armin menarik tangan Mikayla ke meja. Mikayla pula menarik tangannya dengan kasar.

"Aku boleh jalan sendirilah, ingat aku buta ke apa." Mikayla berjalan ke sofa berhadapan Armin.

Armin dan Mikayla menikmati makanan tanpa berbual namun itu hanya sebentar.

Mikayla perasan Armin sekejap sekejap mengerling nya sekejap sekejap mengerling. Rimas!

Mikayla cepat cepat menghabiskan makanannya lalu berlalu ke pantri.

Sampai ke pantri Mikayla segera mencuci tangannya dan mengambil mug untuk membuat coffee. Peneman untuk buat kerja.

Sambil dia mengacau cofee di mug, Mikayla mengomel sendirian.

"Apa nak jadi lah dengan aku. Hish! Ingatkan balik sini boleh selesaikan semua nampak macam lagi parah je. Huh! Minta mintalah dia tu berhenti kerja cepat cepat. Menyusahkan!"

"Kutuk siapa tu?"

"Allahu!" Mikayla segera menoleh ke belakang. Dilihatnya Armin sedang memeluk tubuh berhadapan Mikayla.

"Tak ada siapa siapa." Mikayla mengambil mug nya lalu keluar dari pantri sambil mengutuk diri sendiri. Nak kutuk tak tengok kiri kanan.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now