Bab 2

1.9K 59 1
                                    

"Kami datang ni ada hajat, rasanya keluarga Ranea pun dah tahu kan?" Puan Mina memulakan bicara dengan sopan santun.

Nayra yang duduk di sebelah Puan Mina hanya membuat muka bosan. Dia sungguh tidak setuju apabila abangnya dijodohkan dengan Ranea.

Puan Nia hanya mengangguk.

"Ranea, mari turun!" Jerit Puan Nia kepada anak daranya, dara ke? yang berada di atas.

Ranea turun penuh sopan. Armin pula berada di luar. Tak kuasa nak menghadap wajah Ranea tu.

"Ranea, kalau setuju ibu nak sarungkan cincin." Puan Mina membahasakan dirinya sebagai ibu.

Ranea tersenyum lebar lalu mengangguk kepalanya sedikit.

__________💎__________

"Hello Mikayla!" Armin menjerit betul betul dekat dengan telefon bimbitnya.

"Woi! Apa kau ni?! Hello elok elok tak boleh ke? Nak bagi aku pekak?" Marah nada suara Mikayla membuatkan Armin tertawa.

"Sorry lah Mikay! Kau ni itupun nak marah."

"Kau panggil aku Mikayla, jangan pandai pandai tukar nama aku. Mama aku bagi nama sedap sedap suka hati kau je." Mikayla masih tidak reda dari marahnya.

"Kau period eh? Asyik marah je." Teka Armin.

"Kepala hangguk kau! Aku busy lah. Kau nak apa call aku ni?"

"Aku nak ajak kau keluar pergi taman tasik petang ni, ada sesuatu nak mengadu dengan kau" Suara Armin berubah manja.

"Aduh kau ni... dari dulu lagi. Kalau kau ada bini mesti bini kau jeles dengan aku." Mikayla tertawa.

"Bini lain, kau lain. Kau BFF aku." Kata Armin.

"Ermm... Yelah tu."

"So, pukul berapa?"

"Jap." Mikayla mengerling jam di pergelangan tangannya.

"Pukul 5:30 petang lah." Mikayla membuat keputusan.

"Beres bos Mikayla Medina!" Jerit Armin umpama seorang polis atau askar.

Mikayla tertawa kecil.

"Okay lah, aku banyak kerja ni japgi jumpa." Mikayla terus menamatkan panggilan telefon.

Armin menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar apabila Ranea menuju ke arahnya. Dia harap Ranea menolak pinangannya itu.

Ranea melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Armin.

"Kalau awak tak nak saya faham." Kata Armin sedikit gembira. Pasti Ranea menolak pinangannya.

Ranea tersenyum kecil.

"Saya terima awak seadanya, Saya pun dah lama sukakan awak tak tahu pula awak ada perasaan yang sama." Ranea mengusap cincin di jarinya.

Armin terlopong.

"Awak setuju?"

"Yes, why?"

"Nothing. Saya happy." Nada suara Armin tidak menandakan dia sedang bahagia.

Bukan dia tidak tahu perangai Ranea yang hanya nampak baik di depan orang tuanya. Di luar, keluar masuk club. Tidur dengan berapa banyak lelaki dah tu.

__________💎__________

5:30 PETANG

"Mana si Armin ni?" Mikayla merungut sambil berlari setempat. Alang alang mahu berjumpa Armin dia mahu terus berjoging di sekitar taman tasik itu.

Mikayla hanya mengenakan crop top berwarna kelabu dan sweatpants juga berwarna kelabu. Rambutnya diikat "ponytail."

"Hah?!" Armin menepuk bahu Mikayla dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hah?!" Armin menepuk bahu Mikayla dari belakang.

Mikayla terus memukul bahu sado Armin dengan kuat.

"Kau ni kan.... Kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?!"

"Sorry..... Jom duduk dulu." Armin melabuhkan punggung nya di kerusi batu yang disediakan.

Mikayla duduk di sebelahnya.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Tanya Mikayla sambil matanya terarah ke arah tasik di hadapan mereka.

"Aku nak kahwin." Kata Armin sepatah.

"What?! Kau nak kahwin?! Bila?" Mikayla terus mengalihkan pandangannya pada Armin dengan muka terkejut.

"Bulan depan."

"Siapa gadis malang yang dapat kau tu?" Tanya Mikayla dengan serious.

"Aduh!" Mikayla mengusap kepalanya yang diluku oleh Armin.

"Malang apanya kau ni? Si Ranea tu." Jawab Armin dengan malas.

"Aku tak tahu pulak selama ni kau syok dekat Ranea tu."

"Tak ada maknanya, aku kena kahwin paksa." Sebaik sahaja Armin habis berkata, Mikayla menghamburkan tawanya.

"Besar besar macam ni kena kahwin paksa." Perli Mikayla.

"Tak pe lah kau ni! Aku datang nak share masalah, tapi kau langsung tak membantu." Armin memalingkan wajahnya ke arah lain .

Mikayla terdiam.

"Alaa... sorrylah. Aku tak sengaja. Bagi pendapat aku lah kan, kau ikut je lah cakap ibu kau tu. Mana tahu tu yang terbaik untuk kau?"

Armin diam sebelum mengangguk sedikit.

"Mungkin." Kata Armin sepatah.

"Eh, aku nak tanya kau. Tadi waktu aku call kau, kau cakap kau busy kan? Kau busy apa? Kau bukannya kerja pun, semua mak bapak tanggung." Armin musykil.

"Wahai kawan baikku, kau lupa ke aku baru 21 tahun." Mikayla memberi clue.

"Jadi?"

"Aduh, lembablah kau ni. Aku nak sambung belajarlah. Daripada duduk saja kan?"

"Ouh..... Baguslah. Results kau yang cemerlang tu memang patut pun sambung belajar takkan nak buat pekasam." Armin menyokong keputusan Mikayla.

"Eh, jom joging!" Mikayla menepuk bahu Armin sebelum bangun dari kerusi lalu memulakan perjalanan.

Armin mengikuti langkah Mikayla.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now