Bab 21

1.3K 39 4
                                    

Seperti yang dijanjikan, Mikayla dan Nayra keluar bersiar siar di mall.

Hello' Cafe

"Akak nak makan apa?" Tanya Nayra kepada Mikayla yang ralit melihat menu.

"Spaghetti Carbonara and Ice Lemon Tea satu." Pesan Mikayla kepada waiter.

"Nayra dah order?"

"Dah."

Waiter itu terus berlalu pergi apabila Mikayla dan Nayra sudah habis memesan makanan.

"Ada apa Nayra nak jumpa akak ni?" Tanya Mikayla.

"Ermmm... Kalau Nayra bagitahu akak... Akak jangan marah tau." Mikayla hanya mengangguk. Tak sabar mahu tahu apa yang bakal dikatakan oleh Nayra.

Nayra seakan akan berat mulut mahu mengatakannya. Dia menarik nafas dalam sebelum berkata kata.

Belum sempat Nayra membuka mulut, seseorang datang ke meja mereka lalu duduk di sebelah Nayra berhadapan Mikayla.

"Abang? Abang buat apa kat sini? Bukan abang kerja ke?" Soal Mikayla pelik apabila Armin sudah melabuhkan punggung nya di kerusi berhadapan dengan Mikayla.

"Saja nak teman sayang dengan adik, dah lama tak keluar sama sama kan? Korang dah order?" Belum sempat Mikayla mahu menjawab, waiter datang menghidangkan makanan yang dipesan.

"Spaghetti Carbonara and Ice Lemon Tea satu." Kata Armin kepada waiter. Waiter itu segera berlalu pergi selepas menerima pesanan daripada Armin.

"Sebok nak tiru orang." Bisik Mikayla namun tidak didengari oleh Armin.

"Apa sayang?" Tanya Armin apabila tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

"Tak de apa apa, eh Nayra tadi nak cakap sesuatu kan? Apa dia?" Tanya Mikayla apabila teringat tentangnya.

"Err.. Tak ada apa apa lah." Mikayla pelik dengan sikap Nayra yang berubah.

"Betul ni?" Tanya Mikayla lagi.

"Ermm.. ye betul. Eh jomlah kita makan." Ajakan Nayra disambut oleh Mikayla dan Armin.

__________💎__________

"Sayang? Kenapa termenung ni?" Soal Armin kepada isterinya yang dari tadi termenung. Nayra pula sudah meminta diri untuk balik dahulu.

"Hah?" Mikayla tersentak lalu memandang Armin di sebelahnya.

"Abang dah beli ke barang abang tu?" Armin hanya mengangguk.

"Sayang termenung apa tadi?" Mikayla menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa." Armin hanya mengangguk, dia tidak mahu memaksa Mikayla memberitahu jikalau dia tidak sedia. Armin memegang tangan Mikayla untuk keluar dari mall selepas membeli belah.

Sedang mereka berjalan untuk keluar dari mall, Mikayla dilanggar oleh seseorang. Mikayla terjatuh ke lantai beserta barang barang orang yang melanggarnya.

"Hey! Kau buta ke?! Tak nampak aku yang gojes ni?!" Jerit orang tersebut.

Armin segera menolong Mikayla bangun. Armin dengan marah terus menuju ke arah Ranea iaitu orang yang melanggar Mikayla.

"Armin? Mikayla? Err..." Ranea tergagap.

"Mikayla yang buta ke awak yang buta Ranea? Saya nampak awak yang langgar Mikayla." Armin merengus sambil memeluk pinggang Mikayla.

Ranea panas hati apabila dimarahi oleh Armin. Dia menghentakkan kaki lalu meninggalkan pasangan itu.

"Sayang okay?" Tanya Armin

"Mikayla okay, jomlah balik. Jangan layan orang macam tu." Mikayla merangkul lengan Armin lalu mereka berjalan beriringan keluar dari mall.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now