Bab 44

1.7K 40 4
                                    

"Hye Mikayla! Awak dah sihat?" Sapa Rafiq sebaik sahaja Mikayla masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Eh hye! Bila awak sampai? Ada apa datang sini?" Mikayla meletakkan beg nya di atas meja kecil lalu duduk berhadapan Rafiq.

Rafiq memerhati Mikayla dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada apa apa yang tak kena ke?" Tanya Mikayla sebaik sahaja perasan tatapan tajam Rafiq.

"Tak ada apa lah. Rindu... Lama tak jumpa." Mikayla tidak membalas. Dia hanya mengangguk kan kepalanya.

"So awak datang sini sebab? Takkan sebab rindu je kut." Tanya Mikayla.

"Ouh, Saya datang ni sebab... Nak ajak awak dinner." Mikayla tersentak.

"Dinner?" Rafiq mengangguk kan kepalanya.

"Ermm... Bila?"

"Bila bila masa awak free. Kalau malam ni boleh?" Mikayla terus menggeleng.

"Err... Tak boleh. Malam ni... Err... Saya sibuk. Nak siapkan project kita tu. Masa kan dah suntuk." Rafiq mengangguk.

"Ouh.. it's okay. Kalau tak boleh malam ni, malam esok or malam lusa?"

"Err.. ok macam ni lah. Nanti kalau saya free saya call awak. Kita dinner." Jawab Mikayla.

"Janji?"

"Janji."

__________💎__________

"Tok! Tok! Tok!"

"Masuk!"

"Oh abang.. Ada apa?" Sapa Mikayla mesra sebaik sahaja Armin melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Jom siap siap." Mikayla mengerutkan dahi.

"Nak pergi mana pulak?"

"Penjara." Jawab Armin sepatah.

"What?!" Terbeliak biji mata Mikayla dibuatnya.

"Penjara? But why? Kita ada buat salah apa apa ke? Abang buat apa sampai kena pergi penjara?" Tanya Mikayla dengan riak wajah risau.

Armin tergelak kecil. Dia mencubit pipi gebu isterinya perlahan. Kenapa comel sangat ni?

"Bukanlah. Kita tak buat salah apa apa pun cuma... Nak lawat Ranea." Lagi bertambah terkejut Mikayla.

"Ranea? Kenapa dia masuk penjara?" Tanya Mikayla cemas.

"Dialah orang yang langgar Mikayla hari tu and polis dah berkas dia dan saksi pun ada so dia tak boleh nafikan apa apa lagi." Mikayla terpaku.

Ranea yang melanggarnya? Oh ya, dia ingat pesanan Ranea. Tapi dia masih berdegil. Tapi hidup mati bukan ditangan Ranea. Buat apa dia nak takut kan?

__________💎__________

"Kau nak apa datang sini? Tak cukup lagi kau dah rampas Armin dari aku! Lepastu kau datang sini nak tunjuk muka sundal kau dekat aku?!" Belum sempat Mikayla berkata apa apa Ranea terlebih dahulu menyapa nya dengan cara kasar.

Hanya seorang pelawat yang dibenarkan masuk dan Armin memberi peluang kepada Mikayla.

"Ranea... Kau tak menyesal ke sia sia kan hidup kau buat perkara perkara macam ni? Kau ingat kau akan terlepas ke lepas apa yang kau dah buat. Negara kita ada undang undang Ranea. Kau tak fikir ke perasaan mak ayah kau bila dapat tahu kau lakukan jenayah?" Nasihat Mikayla namun hanya disambut gelak sinis dari Ranea.

"Apa kau cakap? Fikir perasaan mak ayah aku? Habistu kau! Kau membesar jadi perampas hak orang tak fikir perasaan mak ayah kau?! Kau lebih teruk dari aku tahu tak?! Tak payah nak acah baik lah dekat sini!"

"Aku perampas? Cinta tu tak boleh dipaksa Ranea. Ada banyak lagi lelaki lain selain dari Armin. Kenapa suami aku jugak yang kau nak?" Mikayla masih bersabar dan tidak melenting.

"Sebab tak ada lelaki lain macam Armin! Aku sayangkan dia separuh mati! Aku cuma nak hidup bahagia dengan dia! Itu pun susah ke?!" Ranea mengelap air matanya yang sudah menitis.

"Kau silap Ranea. Ada ramai lagi lelaki yang lebih baik dari Armin buat kau. Cuma kau yang tak nampak. Kau kena terima kalau bukan jodoh kau dengan Armin." Ranea kembali tersenyum. Dah macam orang gila pun ada lagaknya.

"Heh.. kau sure ke jodoh kau dengan Armin? Ataupun Armin cuma nak permainkan kau je. Kau tak layak untuk dia."

"Semua tu di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Andai kata jodoh aku bukan dengan Armin. Aku akan terima dengan reda. Mungkin Armin perlukan wanita yang lebih baik dari aku tapi kau jugak kena ingat. Kau bukan wanita itu dan takkan pernah jadi wanita itu." Mikayla segera bangun dari kerusi dan meninggalkan Ranea setelah memberi ucapan terakhir. Terbakar hati dia lama lama duduk dalam tu.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Kde žijí příběhy. Začni objevovat