Bab 23

1.3K 43 10
                                    

Kata kata ibunya terngiang ngiang di telinga. Perasaannya di kala ini bercelaru. Hadiah yang dibeli sempena anniversary mereka lagi seminggu dipandang. Dia sengaja membelinya awal awal kerana takut tak ada masa namun tak sangka semuanya jadi begini.

"Kenapa Mikayla? Kenapa? Kenapa kau kena sorokkan benda ni dari aku. Kau sendiri nampak betapa sengsaranya aku bila ayah aku meninggal. Sanggup kau Mikayla. Kejamnya kau." Armin menghentak stereng keretanya dengan kuat.

Dia terus sahaja menuju ke rumah. Tak ada mood nak sambung kerja.

"Tok! Tok! Tok!" Ketukan pintu yang kuat mengejutkan Mikayla yang sedang membelek fail sambung belajarnya. Dia mahu memujuk Armin supaya membenarkan dia sambung belajar.

Mikayla membuka pintu rumah. Sebaik sahaja dibuka Armin terus meluru masuk tanpa senyuman. Dia mencampak briefcase nya ke sofa dan berlalu ke atas tanpa menyapa Mikayla seperti selalu.

Mikayla pelik. Kenapa dengan laki aku tu? Takkan datang bulan? Mikayla cuba berfikiran positif. Mungkin stress kerja.

__________💎__________

MALAM

Seperti biasa selepas memasak makan malam mereka berdua, Mikayla menuju ke atas untuk memanggil suaminya untuk makan. Selalunya Armin akan teman dia di dapur sehingga dia selesai memasak. Hari ini Armin langsung tidak turun ke bawah setelah balik dari kerja.

Mikayla membuka pintu bilik tidur mereka. Kosong. Mungkin Armin di bilik kerjanya. Mikayla menuju pula ke bilik kerja Armin. Dibuka pintu bilik itu, Mikayla tersenyum nipis. Armin sedang tidur dengan berlapikkan lengannya di atas meja kerja.

Mikayla duduk di atas kerusi yang berada disisi Armin. Mikayla mengusap rambut Armin dengan lembut.

Armin yang merasakan tidurnya diganggu membuka matanya.

"Abang dah bangun? Jom.. Kita makan malam dulu." Kata Mikayla lembut sambil memegang lengan Armin.

Armin menolak tangan Mikayla yang memegang lengannya.

"Mikayla pergi dulu, nanti abang turun." Jawab Armin dingin.

Mikayla mengangguk. Dia sedikit berkecil hati namun dia hanya mengangap Armin stress bekerja.

__________💎__________

"Abang.. Mikayla nak tanya sikit boleh?" Armin menyahut tanpa memandang ke arah Mikayla. Matanya masih tepat memanah ke skrin komputernya.

"Abang ada masalah ke?" Tanya Mikayla prihatin dengan sikap Armin yang berubah secara tiba tiba.

"Nothing." Jawab Armin sepatah.

"Abang... Kalau ada apa apa cakaplah dengan Mikayla. Mana tahu Mikayla boleh tolong abang?" Mikayla memegang kedua belah pipi Armin supaya menghadapnya.

"Mikayla! Stop it! Abang busy lah!" Mikayla tersentak mendengar nada suara Armin yang tinggi.

Mikayla menjauhkan dirinya dari Armin. Dia bangun dari katil mereka dan keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja Mikayla keluar dari bilik, Armin meraup wajahnya.

"Apa yang kau dah buat ni Armin.." Keluh Armin. Dia tidak boleh mengawal kemarahannya di depan Mikayla.

Armin bangun dari katilnya dan menuju ke bilik tetamu. Dia pasti Mikayla berada di sana.

"Mikayla?" Armin menuju ke arah Mikayla yang sedang nyenyak tidur di atas katil di bilik tetamu.

Armin duduk di sebelah isterinya. Wajah Mikayla dipandang. Pelbagai perasaan datang bercelaru di dalam fikirannya, kesian, marah, sayang, dendam dan cinta semua bercampur menjadi satu.

Armin terkejut melihat kesan air mata yang mengalir di pipi Mikayla. Mikayla menangiskah?

"Abang minta maaf." Bisik Armin perlahan sebelum berbaring dan memeluk isterinya erat.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum