Bab 17

1.3K 36 2
                                    

Pagi itu, Mikayla bangun awal dari sebelumnya. Dia segera menuju ke dapur dan menyiapkan sarapan seperti biasa.

Sedang dia mencuci segala pinggan mangkuk, sepasang tangan melingkari pinggangnya. Mikayla terkejut lalu terus berpaling dan air di tangannya tepercik pada muka Armin.

"Ya Allah! Kau ni! Saja buat aku terkejut. Kau ni tak pergi kerja ke?" Tanya Mikayla apabila memerhati baju Armin yang casual saja.

"Tak, nak spend time dengan isteri tercinta. Tolong lap kan." Armin menyuakan mukanya pada Mikayla.

Mikayla menolak sedikit Armin yang menghalang laluan lalu segera mendapatkan kain bersih.

"Nah lap sendiri." Mikayla menyuakan kain bersih itu kepada Armin. Armin tidak menyambut, dia hanya menyuakan mukanya menyuruh Mikayla mengelap mukanya.

"Haish yelah... Tulah kau lain kali jangan terkejut kan aku. Kau tahu aku mudah terkejut. Lepastu, yang kau tak pergi kerja ni kenapa? Nanti papa marah macam mana? Kerja kau tu bukan sikit bertimbun timbun. Alasan tak logik pulak tu. Ada ke patut ka....." Bebelan Mikayla terhenti apabila Armin meletakkan jari telunjuknya di bibir Mikayla.

Armin merenung Mikayla yang terdiam. Armin menyisir rambut Mikayla yang menutupi separuh mukanya. Armin mendekatkan bibirnya ke bibir Mikayla namun Mikayla menahan dengan menutup mulutnya.

"Kau jangan macam macam. Aku karate kau baru tahu." Kata Mikayla untuk menutup rasa malunya.

"Eleh.. suka cakap suka." Mikayla melempar kain ke arah Armin lalu bangun menuju ke ruang tamu.

__________💎__________

"Ish, macam macam lah dia ni." Bebel Mikayla apabila menerima kad, bunga serta gaun berwarna putih selepas beberapa minit Armin keluar dari rumah.

Isi Kad:

"Meet at Lavrin beach tonight."
I love you.

Mikayla tersenyum sendiri sambil mencium bunga rose yang diberikan berserta kad.

"I love you too." Bisik Mikayla sendirian.

Mikayla mengalihkan pandangannya pada gaun berwarna putih itu. Cantik!

__________💎__________

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

__________💎__________

Mikayla turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada driver yang menghantarnya.

Mikayla berjalan perlahan ke tempat yang di atur oleh Armin.

Sepanjang perjalanannya dia terdengar alunan piano yang merdu dan juga laluannya dipenuhi dengan kuntuman bunga rose merah.

Mikayla berjalan sehingga ke penghujung jalan dia berhenti. Dia terlihat seorang lelaki yang segak duduk di atas pentas kecil sambil memegang gitar. Mikayla tersenyum kecil. Dia tahu itu Armin. Gitar mula dipetik.

"Not sure if you know this but when we first meet i got so nervous, I couldn't speak. In that very moment I found the one and my life had found it's missing piece "

Sambil bernyanyi Armin menuju ke arah Mikayla lalu membawa ke kerusi yang telah disediakan. Mikayla hanya menurut.

"So as long as i life i love you,
Will heaven hold you
You look so beautiful in white and from now till my very last breath. This day i'll cherish. You look so beautiful in white tonight..."

Armin menghabiskan nyanyiannya lalu bangun dan menyerahkan gitar kepada seseorang.

"Kau bu..." Mikayla terdiam apabila Armin melutut di depannya dan meletakkan jari nya di bibir Mikayla.

"After this no more "Aku kau". Aku abang, kau sayang. Faham?" Mikayla mengangguk perlahan.

Armin tersenyum lalu bangun dari melutut dan duduk di kerusi yang bertentangan dengan Mikayla.

Armin tersenyum lalu bangun dari melutut dan duduk di kerusi yang bertentangan dengan Mikayla

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Abang... buat semua ni untuk Mikayla ke?" Tanya Mikayla masih janggal memanggil Armin dengan panggilan mesra sebegitu.

Armin menghadiahkan senyuman manis kepada Mikayla sebelum menjawab.

"Yela sayang.... Untuk siapa lagi kan?" Mikayla mengerutkan keningnya.

"Tapi untuk apa?" Tanya Mikayla sambil menyuap steak ke dalam mulutnya.

"Untuk melamar sayang lagi sekali." Armin mengeluarkan gelang yang terukir nama "kaymin"

Mikayla terpaku.

"Lamar? Lagi sekali?" Armin mengangguk.

Armin meletakkan gelang di atas meja lalu menggengam erat jari jemari Mikayla di atas meja.

"Yes, selama kita kahwin, kita tak macam pasangan lain. Kita dingin. Kita kawan bukan bercinta. Jadi, harini abang nak kita officially bercinta not berkawan. Boleh? Kita mula hidup baru?" Mikayla sudah mahu bersetuju namun ada sesuatu yang membuatkan dia tidak boleh menerima Armin. Entah apa dia pun tidak tahu.

"Mikayla?" Mikayla tersentak mendengar suara Armin.

"Mikayla akan terima gelang ni tapi...untuk terima abang.. maaf... Bagi Mikayla masa." Jawapan Mikayla menghampakan Armin. Armin mengukir senyum nipis.

"It's okay, take your time. Abang akan sentiasa tunggu Mikayla." Armin berjanji.

Armin memakaikan gelang itu ke pergelangan tangan Mikayla. Mikayla tersenyum.

"Kaymin? Kenapa kaymin?" Tanya Mikayla.

"Kay untuk Mikayla dan min untuk Armin." Jawab Armin ringkas.

Mikayla mengangguk perlahan.

"Thank you abang for all this. Mikayla appreciate sangat."

"Welcome my princess." Armin mengusap tangan Mikayla.

Mereka menyambung makan sambil berbual mesra.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang