Bab 38

1.7K 44 4
                                    

Mikayla mengeluh. Nampaknya hari ni dia kena balik dengan Armin lagi. Keretanya masih di workshop, esok baru boleh ambik. Entah apa yang teruk sangat.

"Termenung apa tu? Jom lah, hujan ni." Teguran Armin mematikan lamunan Mikayla.

"Tak ada apalah. Jom lah!" Armin mengangguk. Mikayla dan Armin bergerak ke kereta lalu kereta Armin meluncur laju menuju ke rumah Mikayla.

Hujan semakin lebat dengan guruh dan kilat saling sabung menyabung.

Kira kira dua minit mahu sampai ke rumah Mikayla, kereta Armin tiba tiba semakin perlahan lalu tersemput semput lalu akhirnya Armin memberhentikan di tepi jalan. Mereka sudah berada di kawasan rumah Mikayla.

"Kenapa ni Abang?" Mikayla terjaga dari tidurnya kerana merasakan kereta terhenti.

Muka Armin berkerut.

"Entahlah, abang dah check dua hari lepas ok je. Tiba tiba je terhenti." Armin memandang luar tingkap. Hujan masih lebat, nak keluar tak ada payung. Aish!

"Mmm... Rumah Mikayla hujung lorong ni je. Kita jalan kaki je lah. Payung ada?" Armin menggeleng.

"Habistu? Takkan nak duduk sini je. Lemas kita nanti." Armin menunduk. Memikirkan idea.

"Kita redah je lah." Kata Armin. Mikayla cuma mengangguk. Tak ada jalan lain lagi.

Armin dan Mikayla membuka pintu kereta lalu berlari bersama sama ke hujung lorong.

Sampai sahaja Mikayla terus membuka pagar dan mereka terus masuk ke halaman.

Baju mereka berdua basah lencun akibat terkena hujan.

Mikayla membuka pintu rumahnya lalu memandang ke arah Armin yang sudah berdiri di penjuru.

Nak ajak masuk ke? Takkan tak nak ajak. Mati sejuk pulak nanti. Lalu Mikayla dengan berat hati menegur Armin.

"Masuklah dulu. Hujan ni. Nanti hujan dah reda call lah siapa siapa datang ambik." Ujar Mikayla. Armin tersenyum gembira.

Selepas Armin masuk Mikayla menutup pintu.

Mikayla menuju ke tingkat atas untuk mengambil tuala buat Armin. Mikayla kembali turun ke bawah lalu menyerahkan tuala kepada Armin. Armin menggigil kesejukan.

"Duduklah dulu. Kejap ye." Armin mengangguk.

Mikayla berlari ke atas dan masuk ke biliknya. Mikayla segera membersihkan dirinya. Selepas membersihkan dirinya, Mikayla membuka almari yang menempatkan baju baju yang dibawa ke rumah sewanya. Selebihnya ditinggalkan di rumah Tuan Medy.

Mikayla menepuk dahinya apabila melihat pakaiannya yang agak terdedah semuanya.

Semuanya short pants dan juga sweatshirt.

Ya, dia akui dia memang menyukai baju oversized ketika tidur sejak kebelakangan ini namun tak sangka pula perkara ini akan jadi.

Apa lagi pilihannya, Mikayla mengambil short pants bewarna hitam dan juga sweatshirt bewarna putih.

Mikayla turun ke bawah. Dia cuba buat selamba mungkin.

"Ehem ehem... Pergilah naik atas. Bilik dekat rumah ni ada dua je. Satu lagi bilik stor. Abang guna lah bilik Mikayla tu. Pergi mandi. Lepastu pakai ni. Sorrylah Mikayla tak ada baju lain." Mikayla menghulurkan baju yang seperti dirinya.

Armin menyambut perlahan lalu memandang Mikayla atas bawah. Terkejut juga dia tadi apabila melihat Mikayla berpakaian begitu. Dengan seluar pendeknya. Saja nak goda dia ke apa?

"Apa tengok tengok? Pergilah cepat." Muka Mikayla memerah menahan malu.

Armin tergelak.

"Sayangku.... Abang mana tahu selok belok rumah ni. Tolong tunjukkan." Mikayla merengus.

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now