Bab 30

2.4K 43 6
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN

Kini Mikayla sudah pun berusia 24 tahun. Setelah 3 tahun merantau di negara orang kini tiba masanya untuk dia kembali ke tanah airnya.

"Hello papa? Papa dekat mana? Mikayla dah keluar ni." Mikayla berjalan sambil membawa bagasinya di airport.

"Ye, papa dah nak sampai kejap." Tuan Medy meletakkan telefon sebaik sahaja selesai berkata kata.

Mikayla sibuk mahu menyimpan handphone nya di dalam beg sehingga tidak memandang ke depan.

"Buk!"

Mikayla jatuh ke lantai bersama sama dengan bagasinya. Aduh!

Mikayla memandang ke atas untuk melihat siapa saja berani melanggarnya sebegitu rupa.

Terkejut beruk Mikayla sebaik sahaja matanya bertentang dengan orang yang melanggarnya.

"Mi.. Mikayla.." Sebut Armin tergagap gagap.

Dia segera memegang bahu isterinya untuk membantunya bangun namun ditepisnya Mikayla. Mikayla bangun lalu mengangkat bagasinya.

"Mi.. Mikayla.. Mana Mikayla pergi selama ni? Abang cari semua tempat Mikayla tak ada. Abang risau tahu tak?" Armin memulakan perbualan sambil menatap mata bundar Mikayla. Jujurnya Mikayla terlihat lebih cantik dan jelita dari tiga tahun lalu.

Mikayla tersenyum sinis.

"Cari aku? Kau lupa ke apa kau dah buat? Kau tinggalkan aku macam tu je, gantung tak bertali. Lepastu, kau bercakap macam tak ada apa apa yang berlaku antara kita?" Armin terkejut dengan bicara Mikayla yang agak kasar kepadanya.

Armin menunduk.

"Kenapa diam? Tak tahu nak cakap apa bila dah buat salah? Dah lah, Mulai sekarang kau jangan ganggu hidup aku lagi ataupun keluarga aku lagi. Aku dah tak nak jumpa kau." Mikayla segera berlalu ke kereta yang sudah menunggunya.

Armin menghela nafas berat.

__________💎__________

"Welcome home my dearest sister." Afeef terus memeluk Mikayla sebaik sahaja Mikayla masuk ke dalam rumah.

Mikayla tersenyum dengan gelagat abangnya itu.

"Assalamualaikum anak mama..." Puan Dina pula yang meluru memeluk Mikayla.

"Waalaikumussalam mama... Mikayla rindu sangat sangat dekat mama papa." Mikayla meleraikan pelukan lalu menarik tangan Puan Dina supaya duduk di sofa bersamanya.

"Aik! Rindu mama papa je? Abang macam mana?" Afeef duduk di sofa bersebelahan Mikayla.

"Eh lupa... Abang sekali." Ujar Mikayla.

"Mikayla mesti penat kan? Baru lepas turun flight. Pergilah rehat. Nanti lepas solat maghrib turun makan malam ye." Mikayla segera mengangguk kan kepalanya memandangkan dia pun sedang penat.

__________💎__________

Mikayla membaringkan dirinya di atas katil lalu mengambil handphone nya yang sedang di charge.

Mikayla membuka instagram sementara menunggu azan solat maghrib berkumandang.

Mikayla memuat naik beberapa gambarnya semasa di Australia.

Mikayla memuat naik beberapa gambarnya semasa di Australia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

T

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

T

idak sampai beberapa minit, beberapa comment mula muncul.

@rafiqadam_ Hi Pretty ❤️❤️

@arminmikail ❤️❤️❤️

@tisya_cute Cantik😍

@alnayracarissa luvv❤️

@afeefharis 🙄🙄🙄

Mikayla menjegilkan matanya sebaik sahaja ternampak comment Rafiq dan juga Armin. Paling awal pulak tu. Huh! Mikayla segera memadam kedua dua comment yang menyemak di ruangan commentnya.

Mikayla tidak jadi mahu menutup handphone nya apabila notification whatsapp masuk.

@Rafiq

Kenapa delete comment saya tadi?

Waalaikumussalam...

Hehehe... Assalamualaikum.

Nak apa?

Nak tanya... Kenapa delete comment saya tadi?

Suka hati sayalah, Saya punya ig.

Amboii garang... Cuba awak lembut lembut sikit dengan saya.

Tak ada masa. Dah lah orang nak solat maghrib. Assalamualaikum.

Laa.. tunggu lah sekejap...

Mikayla segera meletakkan phonenya di atas meja tanpa menghiraukan notification yang masuk. Mikayla segera menunaikan solat maghrib sebelum turun untuk makan malam.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now