Bab 28

1.9K 45 4
                                    

TIGA MINGGU KEMUDIAN

"Mikayla sure ke ni?" Tanya Tuan Medy kepada Mikayla yang sedang mengemas barang barang masuk ke dalam beg.

"Ye lah papa, Mikayla dah rehat seminggu dah kat sini. Mikayla dah ready nak pergi sana." Jawab Mikayla dengan gembira. Ya, dia akan melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu Australia dalam bidang pengurusan perniagaan.

Armin pula menghilang begitu saja tanpa khabar berita. Mikayla malas ambil tahu, misinya sekarang hanya untuk mencapai cita citanya.

"Mikayla tak nak bagitahu Armin?" Mikayla mengeluh setelah mendengar kata kata papanya itu. Mikayla sudah menceritakan segala galanya kepada keluarganya. Afeef dan Puan Dina begitu marah setelah mendengar cerita Mikayla namun Tuan Medy masih mahu memberikan Armin peluang kedua.

"Pa... Mikayla baru je nak bahagia, please jangan cakap pasal "dia" lagi. Mikayla tak suka." Mikayla betul betul benci kepada Armin sehinggakan namanya pun tidak disebut.

"Yelah, maafkan papa. Bila kamu nak bertolak?" Tanya Tuan Medy.

"Ermm.. Esok. Petang ni Mikayla nak keluar jalan jalan kejap sebelum ke sana. Nanti mesti rindu." Tuan Medy hanya mengangguk.

__________💎__________

Mikayla berjalan perlahan lahan memasuki kedai wangian. Dia mengambil sebotol minyak wangi lalu menghidunya. Itu minyak wangi yang dijadikan hantaran kepada Armin dan minyak wangi itu jugalah yang Armin pakai. Ingatannya terimbas pada saat mereka memilih minyak wangi.

"Kau pilih satu, aku pilih satu." Kata Mikayla menentukan keputusan.

Armin hanya mengikut kehendak Mikayla.

Mikayla mengambil botol kaca minyak wangi itu dan menyerahkannya kepada pekerja kedai itu.

"Kenapa kau tak ambik apa apa lagi?" Tanya Mikayla apabila Armin hanya menyandar di dinding.

"Aku tak tahu nak pilih yang mana." Armin membuat muka bosan.

Mikayla mencapai sebotol minyak wangi lalu menghalakan ke hidung Armin.

"Hachum!"

"Eyy! Apa kau ni! Bau minyak wangi pun bersin ke." Mikayla mengusap bajunya kalau kalau terkena bersin Armin.

"Kau lah ni. Letak kan dekat dekat kenapa? Aku boleh bau dari jauh lah." Armin menolak botol minyak wangi itu.

"Ah suka hati kau lah. So, okay tak yang ni?" Armin hanya mengangguk kan kepalanya.

"Cik!" Mikayla tersentak. Bayangan dirinya dan Armin hilang serta merta.

"Cik, nak beli ke tak?" Tanya pekerja perempuan itu.

"Err.. ye ye. Nah!" Mikayla menyerahkan botol minyak wangi ditangannya. Sebaik sahaja pelerja itu berlalu pergi, Mikayla menepuk dahi. Buat apalah dia beli minyak wangi tu. Tu dah lah minyak wangi lelaki.

Selesai membeli, Mikayla berjalan jalan di sekitar mall itu tiba tiba pandangannya terarah pada orang ramai yang sedang bermain ice skating di tingkat bawah.

"Aku tak reti lah!" Mikayla menarik narik hujung baju Armin.

Armin tergelak melihat Mikayla yang terkial kial.

"Sini aku ajar." Armin memegang bahu Mikayla dari belakang dan menolaknya sedikit demi sedikit.

Melihat Mikayla sudah mengerti. Armin menolak lebih laju membuatkan Mikayla kembali terkial kial.

"Armin stop!" Jerit Mikayla namun Armin mengendahkan nya.

Mikayla tidak dapat mengimbangkan dirinya lalu tergelincir ke belakang. Armin segera menyambut tubuh Mikayla dari menghempas lantai.

Mikayla terpaku. Armin juga begitu kerana Mikayla sekrang berada di dalam pelukan Armin.

Beberapa saat kemudian Mikayla menolak badan Armin dan memperbetulkan rambutnya serta bajunya untuk menutup rasa malu.

"Aduh... Macam manalah boleh jatuh dekat dia." Kata hati Mikayla.

"Kau okay tak? Tak okay kita pergi klinik." Armin memecahkan kesunyian apabila melihat Mikayla hanya menunduk di bawah.

Nak tergelak pun ada sebab dia tidak pernah melihat Mikayla malu sebegitu rupa.

"Aku okay, jom balik." Armin mengangguk lalu memimpin Mikayla keluar dari gelanggang ice skating.

"Buk!" Minyak wangi yang dibelinya jatuh ke tanah.

"Ops! I'm sorry. Saya tak nampak awak. Sorry! Sorry!" Mikayla melihat seorang lelaki mengutip minyak wangi yang terjatuh lalu menyerahkan kepadanya kembali.

"Err.. Tak apa. Saya yang berangan tadi." Mikayla menyisir rambut yang menutupi wajahnya.

Lelaki itu nampak agak terkaku setelah Mikayla mengangkat mukanya. Mikayla melambaikan tangannya di depan muka lelaki itu.

"Oh ya, sorry. Saya tak nampak awak tadi." Jawab lelaki itu setelah tersedar dari lamunannya.

"It's okay. Saya pun salah jugak." Mikayla menghadiahkan senyum nipis.

"Err... By the way, siapa nama awak?" Tanya lelaki itu. Agak berminat nak kenal dengan Mikayla.

"Hah?" Lelaki itu tergelak kecil mendengar balasan Mikayla.

"Saya Rafiq. Awak?"  Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Mikayla." Mikayla pelik. Lelaki itu wajahnya seperti mat salleh tapi nama melayu. Cakap tu ada lah pelat pelat sikit.

"Ouh... Mikayla.. Nice name macam tuan dia jugak. Oh okaylah Mikayla. Saya rushing ni. Saya pergi dulu ye." Mikayla hanya mengangguk kan kepalanya. Rushing tapi sempat tanya nama orang bagai.

Mikayla sekali lagi menepuk dahinya. Dia harus segera pulang sebelum bermacam macam lagi bayangan yang muncul di benak fikirannya.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now