Bab 11

1.3K 41 2
                                    

Mikayla turun ke lobi hotel berseorangan. Armin macam biasa selalu lambat mengalahkan perempuan. Setelah beberapa minit menunggu, kedua dua keluarga dari pihak Armin dan Mikayla turun ke lobi iaitu Puan Mina, Nayra, Tuan Medy, Puan Dina dan Afeef.

Mikayla terus menyalam tangan ibu mertuanya yang seperti acuh tak acuh saja dengannya. Mikayla sudah biasa situasi seperti itu daripada dia menjadi kawan Armin lagi.

"Mana abang Armin kak?" Tanya Nayra sambil menjenguk ke belakang Mikayla sedikit.

"Kat atas lagi, kemas apa entah. Ha tu dia... Panjang umur." Jari runcing Mikayla dituding pada Armin yang berjalan santai ke arah mereka.

"Kita pergi makan dulu lah ye?" Cadang Tuan Medy.

"Kenapa tak makan dekat sini je papa?" Tanya Mikayla pelik, dah alang alang ada kat hotel, makan sini je lah.

"Abang kamu ni lah, mengada ngada nak makan dekat restaurant kegemaran dia. Mina okay ke kalau kita makan luar?" Tanya Puan Dina kepada Puan Mina yang sedari tadi hanya diam memerhati Mikayla dengan muka masam mencuka.

Puan Mina cepat cepat memaniskan mukanya lalu mengangguk kan kepalanya. Mereka semua bergerak ke restaurant yang dikatakan.

__________💎__________

Mikayla memulas tombol pintu biliknya lalu meluru ke arah katil. Dia segera melentangkan dirinya di atas katil. Huh! Penat!

"Kut ye pun penat letak lah beg tu dulu." Ujar Armin sambil mengambil beg tangan Mikayla lalu meletakkan di tempatnya.

"Thanks." Mikayla membetulkan kedudukannya di atas katil. Rasa macam tak larat semacam. Nak demam mungkin.

"Kau okay tak ni?" Tanya Armin apabila melihat Mikayla meletakkan tangannya di bahagian tengkuk dan juga dahi.

"Aku okay, kau ambilkan panadol kat dapur boleh tak?" Tanya Mikayla perlahan.

Armin mengangguk dan segera keluar dari bilik mereka.

Setelah beberapa minit Mikayla menunggu, Armin masih tidak muncul. Mikayla semakin lemah. Dahinya dirasakan semakin panas dari sebelumnya. Dia memicit perlahan kepalanya yang agak pening.

Mikayla mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan melihat Armin. Mikayla berjalan perlahan keluar dari biliknya lalu menuju ke arah tangga.

Mikayla memegang palang besi di tepi tangga untuk menampung dirinya. Namun dirasakan dia tidak berdaya lagi untuk berjalan.

Mikayla memanggil nama Armin perlahan. Berharap Armin datang untuk menolongnya. Nak patah balik pun dah tak larat.

Mata Mikayla semakin hendak tutup. Dalam matanya sudah kabur dia terlihat Armin yang berlari menuju ke arahnya. Mikayla tersenyum tawar. Dia berusaha melangkahkan kaki ke arah Armin namun dia rasakan dirinya melayang seketika lalu sudah tidak sedarkan diri.

"Mikayla!" Armin memangku kepala Mikayla yang berdarah apabila terkena bucu tangga.

"Ya Allah! Armin cepat bawa Mikayla ke hospital." Arah Tuan Medy yang juga datang dari arah dapur bersama Armin.

Armin mengangguk dan segera mencempung Mikayla lalu dibawanya ke hospital.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now