Bab 16

1.3K 38 6
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN

"Breakfast." Kata Mikayla apabila melihat langkah tergesa gesa Armin menuruni tangga. Dia dan Armin sudah berbaik. Mikayla membuat keputusan untuk memberi Armin peluang.

"Aku dah lambat lah." Balas Armin dengan riak bersalah.

"Aku masak nasi goreng kegemaran kau tahu?" Armin akhirnya mengalah dan duduk juga di kerusi. Dia menyuap sesudu dua nasi goreng dan memuji masakan Mikayla.

"Okaylah, aku nak pergi kerja dulu." Armin mencium kepala Mikayla sebelum berlalu ke kereta.

Mikayla tersenyum sendiri lalu duduk untuk menjamu perutnya yang sudah berkeroncong.

__________💎__________

"Hye Armin!" Sapa seorang gadis yang dengan selambanya menceroboh bilik Armin.

"Awak buat apa dekat sini Ranea? Ini office ayah mertua saya tau, kalau ayah mertua saya tahu tak ke dia terasa hati nanti." Armin bangun dari kerusi kerjanya dengan wajah tidak senang hati. Nasib papa cuti harini.

"Alaa... Biarlah. Semua tu tak penting. Jom kita keluar nak?"

"Pergi mana?" Tanya Armin malas.

"Lunch. Laparlah. Awak buat kerja sampai tak sedar waktu lunch." Armin mengerling jam ditangannya. Memang betul sudah masuk waktu lunch.

"Ermm.. ok. Awak keluar dulu. Saya nak kemas sikit." Ranea mengangguk faham lalu keluar dari bilik kerja Armin.

Armin mengemas apa yang patut lalu keluar dari biliknya untuk lunch bersama dengan Ranea. Nak tolak pun, si Ranea tu degil nanti dia kacau Armin kerja pula.

__________💎__________

"Awak dengan Mikayla macam mana?" Tanya Ranea.

"Ok je. Kenapa?" Armin pelik selama ni tak pernah pulak nak tanya pasal Mikayla.

"Ermm... Yelah, saja nak tahu life awak. Kut kut awak masih rindukan life awak dengan saya ke kan?" Ranea tergelak kecil namun gelaknya langsung tidak disambut oleh Armin.

"Awak kena terima kita tak ada jodoh. Saya sayangkan isteri saya." Balas Armin menyentakkan hati Ranea yang mendengar nya.

"Saya gurau je." Ranea tersenyum nipis.

__________💎__________

"Assalamualaikum." Ucap Armin sebaik sahaja membuka pintu rumah. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kerja di office membuatkan dia leka hingga lewat malam.

Belum sempat dia memulakan langkah untuk naik ke atas, Dia terlihat Mikayla yang tertidur di atas sofa dengan tv terpasang. Armin meletakkan briefcase ke atas meja kecil di depan sofa. Armin merenung wajah Mikayla yang sedang tidur.

"Cantik." Ucap Armin sepatah. Armin perlahan lahan mengendong tubuh Mikayla lalu dibawanya masuk ke dalam bilik.

Armin meletakkan Mikayla ke atas katil dengan berhati hati sebelum dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Beberapa minit kemudian, Armin keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya. Dia menuju keluar dari bilik tidur mereka. Armin berjalan ke arah bilik yang khas untuk kerjanya. Dia melangkah ke meja kerja lalu duduk di atas kerusi sambil membelek beberapa fail. Kerjanya sejak dua menjak ini tersangatlah padat sampai tidak cukup masa untuk berehat.

DUA JAM KEMUDIAN

Armin mengerling jam di dinding bilik. Sudah pukul 2 setengah pagi. Armin menguap menandakan dia sudah betul betul mengantuk.

"Pak!" Fail di atas meja terjatuh akibat Armin tertepis. Armin mengurut dahinya lalu mengambil fail itu.

"Krek.." Bunyi pintu dibuka mengejutkan Armin. Dia memandang ke pintu, Mikayla.

"Kau? Kau buat apa kat sini? Bukan kau dah tidur ke?" Tanya Armin. Kuat sangat ke bunyi fail tadi sampai Mikayla terbangun.

Mikayla mengusap matanya.

"Aku terbangun... Kau tak tidur lagi?" Mikayla mengambil kerusi lalu duduk di disisi Armin.

"Banyak kerja lah." Armin memandang Mikayla yang bersandar ke bahunya.

"Kalau kau mengantuk, pergilah tidur. Jap lagi aku datang." Mikayla menggelengkan kepalanya.

"Tak nak.. aku tunggu kau je lah..." Rengek Mikayla. Armin tersenyum. Jarang Mikayla begini.

"Jom." Armin segera mengemas barang barangnya lalu menarik tangan Mikayla untuk keluar dari bilik itu.

Mikayla dan Armin berjalan beriringan bersama ke dalam bilik.

__________💎__________

"Kau ni kan kerja banyak sangat lah. Tak penat ke?" Mikayla mengusap dada Armin perlahan. Mikayla sedang tidur di bawah lengan Armin. Armin membelai rambut Mikayla.

"Nak hidup.. kena lah kerja lebih sikit." Mikayla mengangguk.

"Dah lah tidur. Kau dah mengantuk tu." Armin menepuk bahu Mikayla perlahan.

Selepas itu, Armin dan Mikayla tertidur akibat keletihan.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now