Bab 13

1.2K 33 5
                                    

Armin menyandar di kepala katil sambil bermain handphone manakala Mikayla meniarap di atas katil sambil membelek beberapa kertas. Perut masing masing sudah kenyang.

Mikayla tiba tiba teringat sesuatu. Mikayla bangun dari meniarapnya dan menepuk bahu Armin perlahan.

"Kenapa?" Tanya Armin tanpa memandang Mikayla.

"Pandanglah sini kejap." Armin masih tidak mengendahkannya.

"Ish!" Mikayla merampas telefon Armin lalu disorokkan di belakang badannya.

Armin memandang Mikayla dengan riak wajah tak puas hati.

"Bagi balik." Ujar Armin.

"Tak boleh, kau kena jawab dulu soalan ni." Mikayla berkeras.

"Okay, apa? Cepatlah." Gesa Armin mahu mendapatkan telefonnya kembali.

"Macam mana kau beli rumah ni?" Tanya Mikayla.

"Papa bagi." Jawab Armin ringkas namun Mikayla masih tidak berpuas hati.

"Kenapa papa bagi? Mesti ada sebab. Kau baru je kerja." Mikayla musykil.

"Hadiah perkahwinan kita lah." Jawab Armin dengan malas.

Mikayla mengangguk perlahan.

"Betul ni?"

"Ya Allah... Betul lah. Buat apa nak tipu kau. Dah bagi balik phone tu." Mikayla menggelengkan kepalanya.

"Kau tengok apa kat handphone tadi? Kusyuk je aku tengok." Mikayla mengeluarkan telefon Armin lalu melihat screen yang masih bercahaya itu.

"Ooo... Kau stalk IG aku eh?" Armin menggelengkan kepalanya menidakkan.

"Eleh, usha IG aku bagitahu je lah. Tahu lah aku femes tak payah nak stalk sangat. Aku duduk sebelah kau je pun." Mikayla flip hair.

"Jangan perasan boleh tak? Kau tak nampak ke siapa yang dm aku tu?" Tanya Armin.

Mikayla melihat ke arah screen telefon Armin sekali lagi. Ranea?

"Ranea? Kau dengan dia masih berhubung ke?" Tanya Mikayla. Nada suaranya juga sudah beruba tidak selesa.

"Tak ada lah. Dia yang dm aku. Katanya nak berkawan, aku terima je lah. Buat apa nak bermusuh kan?" Jawapan Armin lagi membuatkan Mikayla tidak selesa dan terasa panas hati.

Mikayla bangun dari katil. Kertas yang dibeleknya sedari tadi terus disimpan ke dalam laci di sebelah katil disisi Armin.

Armin yang perasan riak wajah Mikayla terus menyambar lengan Mikayla sebelum dia berlalu.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Armin dengan tangannya erat menggengam lengan kecil Mikayla.

"Nak turun bawah. Ambil angin." Jawab Mikayla dingin lalu meleraikan pegangan Armin dan keluar dari bilik.

__________💎__________

Mikayla merendamkan kakinya ke dalam kolam air jernih itu. Dia menghirup udara segar untuk menenangkan hatinya.

"Tak ada lah. Dia yang dm aku. Katanya nak berkawan, aku terima je lah. Buat apa nak bermusuh kan?"

Kata kata Armin terngiang ngiang di telinganya.

"Boleh percaya ke kawan?" Desis Mikayla perlahan.

"Apa yang boleh percaya tak boleh percaya tu?" Sampuk seseorang mematikan lamunan Mikayla. Mikayla menoleh ke belakang. Armin rupanya.

Armin mengambil tempat di sebelah Mikayla.

"Kau okay ke tak ni? Sejak dari aku sebut nama Ranea kau jadi macam ni. Kau jeles eh?" Teka Armin.

Mikayla tersenyum sinis.

"Buat apa aku nak jeles? Aku ni siapa nak jeles dengan kau. Aku pun peliklah. Kalau kau masih suka dekat Ranea, kenapa kau kena pilih aku jadi isteri kau? Kenapa? Kau tahu tak keputusan kau tu menyusahkan aku tapi disebabkan aku fikir kau ni kawan aku, aku tolong kau. Aku abaikan tawaran sambung belajar yang aku dapat semata mata nak tolong kau. And sekarang kau boleh pulak berkawan macam biasa dengan dia. Lebih baik kau kahwin je dengan dia, sama je situasinya dengan sekarang." Sebaik sahaja habis berkata kata Mikayla bangun dari tempat duduknya lalu naik ke atas.

Armin terdiam mendengar kata kata Mikayla itu.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now