Bab 4

1.4K 49 2
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

Majlis perkahwinan Armin Mikail dan Nur Ranea Syasya

Majlis perkahwinan Armin dan Ranea hanya dihadiri oleh saudara mara, jiran tetangga dan juga rakan terdekat. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan majlis mereka gilang gemilang dengan bertemakan biru air laut.

Armin mengintai dari balkoni biliknya. Kelihatan berderet kereta kereta diparkir berdekatan rumahnya namun matanya hanya tertumpu kepada kereta Honda Civic kepunyaan Mikayla.

Armin memperbetulkan kolar baju melayunya juga sampinnya.

"Armin! Tok kadi dah sampai!" Kata seorang tetamu kepada Armin yang sedang memperbetulkan pakaian nya.

Armin hanya mengangguk lalu melangkah turun ke bawah untuk melafazkan akad. Sesungguhnya dia tidak merasakan sesuatu yang istimewa hanya rasa gelisah dan tak sedap hati.

Afeef menepuk bahu Armin memberi semangat. Armin juga menepuk bahu Afeef perlahan. Dia sangat terharu dengan Afeef, dia baru sahaja sampai ke Malaysia terus pergi ke perkahwinan Armin semata mata untuk menyokong kawan baiknya itu.

"Mama Dina dengan papa Medy tak datang ke?" Bisik Armin kepada Afeef di sebelahnya.

Afeef menggelengkan kepalanya.

"Ada kerja katanya, diorang hantar aku dengan Mikayla je wakil." Balas Afeef juga berbisik.

Armin hanya mengangguk.

Setelah semua berkumpul juga pengantin perempuan pun sudah turun. Tok kadi menggengam erat tangan Armin. Armin berasa gelisah. Macam nak lari pun ada. Ada ke patut kahwin dengan orang yang kita tak suka. Ranea pula sudah tersenyum senyum di atas pelamin. Mikayla mencebik bibirnya apabila melihat Ranea. Tergedik gedik minah ni.

Selepas akad nikah, tiba lah waktu makan.

Ranea tak habis habis dari tadi menjeling Mikayla sambil merangkul lengan Armin. Dia ingat Mikayla heran agaknya.

Sedang Mikayla berlawan mata dengan Ranea, pandangannya teralih pada Armin. Mikayla terpaku. Handsome jugak kawan aku ni. Cair aku dibuatnya. Mikayla tersenyum sumbing.

"Suami orang tu dik." Tegur Afeef apabila melihat Mikayla leka merenung Armin yang segak memakai baju melayu.

Mikayla tersedar.

"Ish abang ni! Orang pandang je pun. Takkan itu pun tak boleh." Mikayla menyiku abangnya lalu berlalu ke meja makan.

"Akak suka abang Armin ke?" Tegur Nayra pula.

Mikayla menepuk dahinya. Apasal dengan dua ekor ni. Aku nak pandang pengantin pun salah ke.

"Tak adalah Nayra. Akak tengok pengantin, salah ke?" Tanya Mikayla.

"Tak salah pun, tapi..."

"Tapi apa?" Potong Mikayla.

"Tak ada apa lah." Nayra tersenyum senyum.

__________💎__________

SEBULAN KEMUDIAN

"Armin dah gila ke?!" Tengking Puan Mina sebaik sahaja diberitahu tentang hasrat Armin.

"Bu... Armin tak tahanlah dengan perangai dia tu." Armin merungut tentang perangai Ranea.

"Sekrang baru kamu meluat? Kenapa dulu kamu tak tolak? Sekarang ni kamu senang je nak ceraikan dia? Kalau dia mengandung macam mana?" Tanya Puan Mina bertalu talu.

"Ranea takkan mengandung, Armin yakin." jawab Armin. Dia sangat yakin kerana setahunya dia tidak pernah meniduri Ranea.

"Ibu tak tahu nak cakap apa dengan perangai kamu ni Armin. Kamu ingat dia tu anak patung ke? Senang senang je nak buang." Ujar Puan Mina geram.

"Bu.. Armin bukan buang Ranea. Armin lepaskan dia dengan cara yang baik." Bantah Armin.

"Ok, kalau kamu nak bercerai boleh dengan syarat kamu kena kahwin lain." Armin termenung seketika lalu terdetik di hatinya nama 'Mikayla'.

"Boleh! Armin dah ada calonnya." Puan Mina terkejut.

"Siapa? Ibu kenal ke dia?" Tanya Puan Mina.

"Mikayla." Jawab Armin sepatah.

__________💎__________

Sudah sebulan Armin mengahwini Ranea. Perangai Ranea semakin menjadi jadi. Cemburu buta, Armin langsung tidak diberikan peluang untuk berjumpa Mikayla disebabkan cemburu butanya. Keluar malam balik pagi esok. Langsung tidak mengerjakan solat lima waktu membuatkan Armin sudah tidak tahan dengan perangai Ranea.

"Sayang!!" Jerit Ranea dari tingkat bawah mematikan lamunan Armin.

Armin meraup wajahnya lalu segera menuju ke dapur.

"Awak nak apa terjerit jerit?" Tanya Armin dengan nada bosan.

"Mana lunch kita?" Tanya Ranea selamba.

"Takkan saya nak masak lagi? Awak lah pulak masak. Dah sebulan kita kahwin awak langsung tak ada tanda tanda nak belajar masak." Armin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening kepala!

"Memang lah awak yang kena masak sebab saya tak reti masak!" Ranea memasamkan wajahnya.

"Suka hati awaklah. Saya nak keluar. Jangan halang saya." Armin terus mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah tanpa sempat Ranea menghalang.

Ranea menghentakkan kakinya. Jumpa Mikayla lah tu!

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now