Bab 36

2K 47 2
                                    

Mikayla mengemas kertas kertas yang berselerak di atas meja kerjanya lalu menyimpan fail itu di tempat penyimpanan fail. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12 malam. Rasanya hanya dia saja yang tertinggal di office ni.

Aduh! Grab ada lagi ke malam malam ni. Desis Mikayla sendirian. Ya, dia datang office menaiki grab dek kerana keretanya yang rosak dan sekarang berada di bengkel jadi terpaksa dia naik grab harini. Nak balik pulak masalah.

Mikayla keluar dari banggunan gah itu lalu mengintai di tepi jalan raya.

Lengang. Hanya ada satu dua buah kereta yang lalu.

Mikayla mengeluarkan telefonnya. Niatnya mahu menelefon Afeef supaya datang mengambilnya. Niatnya terbantut apabila sebuah kereta Mercedes berwarna hitam berhenti di depannya. Ya, dia cukup kenal pemilik kereta itu. Siapa lagi kalau bukan Armin.

Armin keluar dari kereta dengan bergaya menuju ke arah Mikayla. Mikayla pula pura pura tidak nampak Armin.

"Jom tuan puteri. Saya hantarkan ke rumah." Armin menghulurkan tangan untuk disambut Mikayla.

"Takpelah, Saya nak call abang Afeef datang ambik. Tak payah susah susah." Mikayla masih menjual nahal.

Armin tersenyum nipis. Tanpa banyak kata dia merangkul bahu isterinya itu.

"Bahaya tau tunggu malam malam macam ni. Kalau orang culik macam mana?" Armin mencuba menakut nakutkan Mikayla.

"Tu ada security." Mikayla menunjukkan pada pondok security yang berdekatan.

"Security pon tak boleh percaya. Awak tu perempuan. Nanti dia buat apa apa kang, siapa susah? Abang jugak... Dah jom." Armin menarik Mikayla ke kereta.

Mikayla hanya menurut tanpa membantah. Dia sengaja mahu lihat sejauh mana Armin mampu memikat hatinya.

Suasana di dalam kereta senyap sahaja selepas Mikayla memberitahu alamat rumah sewanya.

"Ehem.... Dah lama ke Mikayla sewa rumah banglo tu." Tanya Armin memecahkan kesunyian.

Mikayla yang leka melihat pemandangan di luar beralih ke arah Armin.

"Tak lama tak baru." Jawab Mikayla sepatah.

Armin mengangguk.

"Rumah kita tu sunyi je semenjak Mikayla tak ada." Mikayla tersentak.

"Ermm... Ajaklah Nayra ke mak ke duduk sana. Taklah sorang sorang abang dekat sana kan?"

"Tak sama... Hurmm... Ada isteri macam tak ada je." Kereta diberhentikan tepat di depan rumah banglo Mikayla.

"Err.. Dah sampai. Oh by the way, esok Mikayla cuti tau. Bye, Mikayla pergi dulu." Sebaik sahaja Mikayla mahu membuka pintu kereta. Pintu dikunci.

"Aish.. Apa pulak abang ni..." Mikayla berpaling ke arah Armin.

Armin sedang menghulurkan tangan nya untuk disalam.

Mikayla teragak agak mahu menyambutnya lalu perlahan lahan tangan Armin dicium sekilas lalu terus keluar dari kereta.

"Terima kasih, Assalamualaikum." Mikayla menutup pagar rumahnya dan tanpa menunggu lebih lama dia segera masuk ke dalam rumah.

__________💎__________

Ting! Ting! Ting!

Mikayla bangun dari tidurnya dengan terpisat pisat. Dia menjenguk ke bawah melalui jendela di biliknya sebaik sahaja mendengar loceng bertalu talu.

"Siapa pulak ni! Kacau betullah." Mikayla mendengus sendirian kerana ada orang yang mengacau hari cutinya.

"Armin?! Nayra?! Buat apa diaorang datang sini?" Mikayla segera bangun dari katilnya dan terus turun ke bawah dan menuju ke pintu utama.

Sebaik sahaja Mikayla membuka pintu, wajah Nayra dan Armin yang ceria menyapanya.

"Assalamualaikum akak!" Nayra segera memeluk Mikayla yang masih bingung.

"Waalaikumussalam... Masuklah. Nayra sihat? Lama tak jumpa. Ermm.... Ni kenapa tiba tiba je datang. Tak bagitahu pun." Mikayla membetulkan rambutnya yang serabut sambil menanyakan soalan kepada Nayra.

Nayra dan Armin berjalan masuk setelah dijemput. Mereka bertiga duduk di sofa ruang tamu.

"Nayra sihat. Nayra datang ni sebab nak ajak akak jalan jalan dengan abang! Dah lama tak jalan jalan dengan akak!" Mikayla menguap menandakan dia masih mengantuk dan letih.

Ya, kebelakangan ini jadualnya sangat padat sehingga tiada masa untuk berehat. Kadang kadang dia tidak tidur dalam masa sehari. Mana tak letih. Tu pun dia ambil cuti sehari ni untuk berehat secukupnya. Tup tup ada tetamu pula.

"Akak letih ke? Sorry.... Ni semua sebab abang lah. Sibuk nak ajak akak jalan jalan." Armin hanya tersengih kambing.

"Tak ada lah. Nak keluar ke? Akak ok je. Nak pergi mana?" Armin terus tersenyum lebar.

"Oh kalau macam tu kita pergi lunch dulu lah. Lepastu pergi tengok wayang and then ice skating and then kita pergi swimming and then dinner terus.  Ok?" Mikayla dan Nayra terlopong mendengar cadangan Armin.

"Apa? Banyak sangat ke? Kalau macam tu tak apalah..." Muram muka Armin apabila cadangannya seakan akan ditolak.

"Nayra ok je, tak tahulah kak Mikayla ok ke tak?" Mikayla panggung kepala menghadap dua beradik itu.

"Okay lah, akak pergi bersiap kejap." Armin dan Nayra bersorak gembira.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now