Bab 29

2.1K 53 17
                                    

"Baguslah Armin buat keputusan macam tu. Biar dia terseksa pulak." Ujar Puan Mina setelah mengetahui apa yang terjadi antara Armin dan Mikayla.

Ranea di sisi tersenyum kecil. Nayra membuat muka tak puas hati.

"Sampai hati abang buat kak Mikayla macam tu. Abang main tuduh je. Berdosa tahu tak?" Sampuk Nayra dengan geram. Dia masih tak percaya abangnya sanggup buat macam tu.

"Nayra... Nayra tahu tak apa yang keluarga dia tu buat dekat keluarga Nayra?" Tanya Ranea.

"Tahu, tapi tu bukan salah papa Medy. Tu semua takdir. Kita tak boleh salahkan takdir." Nayra menjeling Ranea yang sudah masam mukanya.

"Adik, kau tak tahu apa apa, tak payah pandai pandai menyampuk cakap orang." Jawab Armin. Ranea tersenyum apabila Armin menyebelahinya.

Nayra menghentakkan kakinya sambil berjalan ke biliknya.

"Armin awak teman saya pergi hospital boleh tak? Saya pening lah." Ujar Ranea. Entah kenapa sejak dua menjak ni dia asyik pening kepala saja.

Armin hanya menganggukkan kepalanya.

HOSPITAL

Armin gelisah di luar menunggu Ranea. Sebaik sahaja mereka sampai di hospital tadi, Ranea tiba tiba pengsan. Ranea terus dibawa masuk ke ruang pemeriksaan. Armin pula sedang menunggu di luar.

Tidak lama kemudian, doktor keluar dari bilik pemeriksaan Ranea.

"Encik ni suami pesakit ke?" Tanya doktor.

"Err.. ya saya." Armin hanya mengakuinya. Lagi pun dia dah Ranea akan berkahwin juga nanti.

"Ouh Tahniah Encik. Pesakit mengandung 2 minggu." Doktor itu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Armin yang terpinga pinga.

"Mengandung doktor?" Tanya Armin lagi buat kepastian.

Doktor itu mengangguk dengan senyuman.

"Pening pening kepala, muntah muntah semua tu normal lah untuk orang mengandung." Ujar doktor itu lagi.

Armin terpempan. Ranea mengandungkan anak siapa? Sudah tentu bukan anak dia. Satu sebab dia sudah lama bercerai dengan Ranea dan kedua dia tidak pernah meniduri Ranea walaupun sekali.

Selepas itu Armin dibenarkan masuk ke dalam untuk memeriksa keadaan Ranea.

"Saya tak sangka perangai awak macam ni." Ujar Armin perlahan sebaik sahaja memasuki bilik wad Ranea.

Ranea yang sedang berada di atas katil hanya menundukkan wajahnya. Malu betul dia dengan Armin. Tak sempat dia nak kahwin dengan Armin jadi begini pula.

"Armin maafkan saya. Tolong jangan cancel perkahwinan kita. Please... Kita boleh jaga anak ni sama sama." Ujar Ranea merayu kepada Armin.

"Apa yang awak cakap ni Ranea? Awak nak saya bertanggungjawab atas anak tu? Semata mata nak tutup kesalahan awak, saya kena kahwin dengan awak? Sorry Ranea, saya tak boleh buat macam tu. Awak pandai buat perangai kan? Awak tanggung sendiri padahnya. Saya akan bagitahu mama kita tak jadi kahwin." Ujar Armin panjang lebar lalu terus berlalu meninggalkan Ranea.

"Armin!!" Jerit Ranea namun Armin tidak berpaling kebelakang lagi.

__________💎__________

SEBULAN KEMUDIAN

Mikayla berlari dengan pantas ke arah kelasnya yang bakal bermula sebentar lagi.

Disebabkan mamat tu dia terlambat lagi. Mamat mana? Mamat Rafiq tu lah. Tak sangka pula boleh jumpa dekat sini. Mengacau betul. Macam psiko pun ada.

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now