Bab 18

1.2K 39 3
                                    

Seperti biasa setelah Armin bergerak ke tempat kerja, Mikayla akan berehat setelah habis membuat kerja rumah.

Sedang Mikayla termenung sendirian, dia terpandang akan fail dan beberapa kertas di bawah meja kecil di ruang tamu.

Mikayla segera mengambil fail dan kertas kertas itu, borang sambung belajar dan juga fail pencapaiannya.

Mikayla mengeluh perlahan. Dia tidak tahu pilihan berkahwin dengan Armin betul ataupun salah. Sekarang dia memang cintakan Armin atau tidak? Ataupun salah dia kerana terlalu mahu mengejar impiannya? Argh! Mikayla runsing.

Mikayla menyimpan kembali fail dan kertas kertas tersebut lalu mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah masuk waktu lunch, baik dia pergi masak dan membawa bekal untuk Armin.

Mikayla menuju ke dapur untuk memasak.

__________💎__________

"Ranea.... Ranea... Kenapa awak datang sini lagi. Kan saya dah pesan kalau nak jumpa cakap, kita jumpa kat luar. Ni office. Apa staff kata kalau saya berdua duaan dalam bilik ni dengan awak?" Armin mengurut keningnya, pening lah dengan Ranea ni.

"Alaa... Apa masalahnya? Awak jugak cakap awak nak kawan dengan saya. Salah ke kawan datang melawat kawan?" Ranea dengan selamba duduk di atas kerusi kerja Armin.

"Awak ni betul betul tak faham bahasa lah Ranea." Ranea bangun dari tempatnya namun dia tersadung wayar yang berada di atas lantai. Armin cepat cepat menyambutnya dari
jatuh.

Ranea tersenyum lalu memaut leher Armin. Mereka bertentangan mata.

"Pak!" Ranea dan Armin mengalihkan pandangan ke arah pintu setelah bunyi sesuatu terjatuh.

"Mi.. Mikayla." Armin segera meleraikan pelukan Ranea.

"I'm sorry, wrong time." Mikayla terus berlari keluar dari office milik Tuan Medy itu.

"Thanks Armin, kalau tak tadi tak tahulah apa nak jadi dekat saya" Armin tidak mengendahkan Ranea lalu segera berlari untuk mengejar Mikayla.

__________💎__________

Sebaik sahaja sampai di rumah, Mikayla terus mengurungkan diri di dalam biliknya.

Hilang kepercayaanya kepada Armin. Mikayla terfikir tentang semua kata kata Armin kepadanya. Tentang janji, tentang lamaran. Entah ikhlas atau tidak semua itu. Fikiran Mikayla bercelaru, yang pasti dia kecewa. Ya, dia kecewa melihat adegan di depan matanya tadi.

"Tok! Tok! Tok!" Mikayla memandang ke arah pintu. Dia tahu itu pastinya Armin. Mikayla menarik nafas sedalam dalamnya sebelum membuka pintu.

Armin terus meluru masuk ke dalam sebaik sahaja Mikayla membuka pintu. Armin meraih tangan Mikayla namun ditepisnya.

"Jangan sentuh aku." Kata Mikayla dingin. Armin terkaku.

"Mikayla... Semua tu salah faham. Jangan la macam ni please." Pujuk Armin perlahan.

"It's okay. Mikayla tahu abang dah mula suka kan dia kan? Mengaku ajelah. Tak payah nak sorokkan lagi." Armin menggeleng.

"Bukan macam tu, tadi..." Mikayla menahan dari berkata kata.

"Tak guna penjelasan abang. Sekarang ni, Mikayla nak balik rumah papa buat sementara waktu." Mikayla mencapai telefon, kunci kereta serta beg sandangnya.

"No, abang tak izinkan." Armin cepat cepat menghalang pintu bilik.

Mikayla mengeluh berat.

"Abang... Please... Kalau abang nak peluang kedua, please give me some time. Mikayla nak balik rumah papa untuk tenangkan fikiran bukan untuk lari dari abang." Armin perlahan lahan melangkah ke arah Mikayla.

"Okay i'm sorry. Abang izinkan Mikayla pergi but please jangan tinggalkan abang." Rayu Armin. Mikayla hanya mengangguk sedikit lalu keluar dari bilik mereka.

Armin mengurut dahinya. Pening! Langkah Mikayla dipandang sayu.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Où les histoires vivent. Découvrez maintenant