Bab 10

1.5K 42 2
                                    

Selepas selesai majlis persandingan Armin dan Mikayla, keluarga Mikayla juga keluarga Armin mencadangkan supaya tidur sahaja di hotel itu kerana sudah lewat malam. Armin dan Mikayla hanya bersetuju memandang mereka pun sudah penat.

"Mikayla." Tegur Armin kepada Mikayla yang baru keluar dari bilik persalinan dengan tuala di kepalanya. Mikayla menuju ke meja solek.

"Ye, kenapa?" Jawab Mikayla sambil tangannya mencapai sikat di meja solek. Rambutnya disikat perlahan lahan.

"Aku ada dua benda nak bincang dengan kau." Ujar Armin.

Mikayla selesai menyikat rambut dan menyidai tuala di ampaian.

"Apa dia?" Mikayla berjalan kembali ke meja solek dan meletakkan losyen di tapak tangannya lalu disapu ke kulit tangan nya yang putih tanpa sebarang parut.

"Satu, esok kau pack barang siap siap eh? Tolong pack barang aku sekali." Mikayla mengerutkan keningnya.

"Pack barang untuk apa?"

"Kita nak masuk rumah kita lah. Takkan selama lamanya nak duduk rumah mama kau." Balas Armin.

"Awalnya... Bila kita nak pindah?" Tanya Mikayla.

"Minggu depan."

"Minggu depan nak pindah kau suruh packing esok? Barang kita bukan banyak pun." Rungut Mikayla. Malas betul dia.

"Kena lah packing esok sebab minggu depan aku dah start kerja. Tak boleh cuti lama lama. Lainlah kau tu. Goyang kaki je kat rumah." Mikayla menjeling Armin.

"Kedua?" Tanya Mikayla ingin tahu.

"Kedua... Aku tak tahu lah keputusan aku betul ke tak. Aku nak tanya pendapat kau." Ujar Armin ragu ragu.

"Insyaallah aku tolong kau." Setelah selesai mencantikkan dirinya sebelum tidur, Mikayla berjalan ke arah katil lalu naik ke atas katil. Dia menyandarkan kepalanya di kepala katil bersebelahan Armin.

"Apa pendapat kau kalau papa ajak aku kerja dengan dia? Papa cakap kalau aku bagus papa nak serahkan syarikat pada aku sebab kau malas." Seusai sahaja bercakap, Mikayla memukul dada Armin.

"Aduh! Kau ni kenapa?" Armin mengusap ngusap tempat yang dipukul.

"Kau tu lah! Pandai pandai cakap aku pemalas. Aku bukan pemalas, tapi aku ni baru 21 tahun. Tak layak lagi aku pegang syarikat tu. Lagipun, aku nak sambung belajar. Aku rasa baik kau kerja je dengan papa tapi kalau papa nak bagi kau syarikat tu kau jangan terima pulak. Kalau tak nanti, aku terikat dengan kau. Ingat sikit, perkahwinan kita ni setahun je." Balas Mikayla panjang lebar.

Muka Armin berubah kelat apabila Mikayla mengingatkan dia tentang tempoh perkahwinan mereka.

"Mikayla... Kau tahu tak merancang perpisahan tu berdosa." Ujar Armin. Dia tak tahu perasaan nya pada Mikayla. Nak kata cinta, tak ada pula nak layan sampai bersayang sayang bagai. Nak kata kawan, dia tak rasa macam kawan dah sekarang. Macam terlampau selesa.

"Kau jangan macam macam eh? Kita dah janji." Balas Mikayla.

"Yelah.. by the way, kenapa kau nak sangat berpisah dengan aku? Kau memang tak suka hidup dengan aku ke?" Tanya Armin ingin tahu.

"Biar aku bagitahu kau biar jelas. First, aku bukan tak suka kau tapi aku ada matlamat aku sendiri. Aku nak sambung belajar sebab aku masih muda. Two, aku tak suka hidup bersama lelaki. Aku rasa aku masih mentah nak hadap semua tu and aku masih belum puas enjoy. Third, aku memang tak boleh hidup dengan kau. Kau sedar yang kau dah kahwin dengan BFF kau? Aku tak nak hubungan kita sebagai BFF hancur sebab aku tak pernah dapat BFF macam kau. Dah jelas? Aku mengantuk dah ni." Mikayla menutup mulutnya yang menguap besar.

"Ermmm takpelah... Kau tidurlah." Balas Armin sedikit terasa hati.

Mikayla mengangguk sebelum membaringkan dirinya ke atas katil bersedia untuk berlayar ke alam mimpi.

"Tutup lampu tau. Goodnight." Pesan Mikayla sebelum tidur menghadap Armin.

Armin terus menutup lampu bilik dan berbaring juga menghadap Mikayla. Armin mengeluh kecil sebelum turut terlena di sisi Mikayla.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now