Bab 22

1.3K 40 2
                                    

"Assalamualaikum ibu?" Armin memberi salam setelah keluar dari kereta. Dia ni pun curi curi datang je sebab katanya Puan Mina ada benda penting nak diberitahu.

"Waalaikumussalam abang? Bila sampai? Bukan abang kerja ke?" Sambut Nayra dari dalam rumah lalu membukakan pintu untuk abangnya itu.

"Memanglah abang kerja, ni abang lari kejap je nak jumpa ibu. Ibu ada benda nak bagitahu." Nayra mengangguk kan kepalanya.

"Haa... Armin masuklah. Nayra pergi buat air dekat abang kamu ni." Nayra menurut perintah ibunya lalu segera berlalu ke dapur.

Armin melangkah masuk ke dalam rumah lalu menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan duduk di sofa. Puan Mina juga duduk di depan Armin.

"Ermmm... Kamu apa khabar? Lama tak nampak." Puan Mina memulakan bicara.

"Alhamdulillah baik.. Mikayla pun baik. Ibu sihat?" Armin berbasa basi.

"Sihat. Ibu panggil datang sini ada sebab." Armin mengangguk tanda mengetahuinya.

"Apa sebabnya ibu?"

Puan Mina mengeluh.

"Ibu tak nak lah kamu tuduh ibu sengaja nak runtuhkan rumah tangga kamu tapi...." Armin mengerutkan dahinya.

"Tapi apa ibu?"

"Kamu ingat tak kejadian 10 tahun lepas?" Armin mengangguk.

Flashback

Armin berusia 17 tahun manakala Mikayla berusia 11 tahun. Nayra berusia 10 tahun. Afeef juga berusia 17 tahun.

Sedang Armin, Nayra, Mikayla berkejaran di taman di dalam rumah Armin, kedengaran suara Puan Mina memanggil Armin, Nayra dan juga Mikayla

"Ye ibu kenapa?" Tanya Armin.

"Ikut ibu pergi hospital cepat." Armin, Nayra dan Mikayla hanya menurut.

Di hospital

Armin masih tidak mengetahui apa yang terjadi.

"Mikayla"

"Ye"

"Kau tahu apa yang jadi?"

Mikayla menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

"Mama papa abang!" Mikayla berlari ke arah Tuan Medy, Puan Dina dan Afeef.

Puan Mina pula sedang berbual bersama doktor yang merawat suaminya. Mukanya keruh. Air mata mula menitis. Dia mengangguk kemudian berjalan ke arah Armin dan Nayra.

"Ibu... Kenapa ibu nangis?" Armin bertanya. Nayra pula mengusap pipi Puan Mina.

"Ayah... Ayah kamu dah tak ada." Armin terpempan setelah mendengar pernyataan itu. Kepalanya tiba tiba berpusing. Ayat terakhir yang dia dengar adalah jeritan Puan Mina.

3 tahun kemudian...

"Assalamualaikum..." Tuan Medy dan Puan Dina datang ke rumah Armin setelah 3 tahun menghilangkan diri bersama keluarganya.

"Waalaikumussa... Kau orang buat apa dekat sini?!" Tengking Puan Mina kepada Tuan Medy dan Puan Dina.

"Kami datang nak minta maaf. Sebenarnya, kematian arwah secara kebetulan bukannya sengaja." Terang Tuan Medy mewakili ahli keluarganya.

"Kau penipu! Kau sengaja putuskan break kereta kau kan? Supaya suami aku accident. Kau dengki dengan kejayaan suami aku kan?!" Tuan Medy menggelengkan kepalanya tanda menidakkan kata kata kata Puan Mina.

"Mikayla.... Mari kita balik." Ajak Puan Dina kepada Mikayla yang sedang bermain bersama Armin.

"Armin masuk sekarang!" Arah Puan Mina. Armin dan Mikayla hanya menurut kata kata keluarga mereka.

Sejak dari itu Armin dan Mikayla sering kali berjumpa secara senyap senyap sehingga diketahui oleh keluarga mereka. Keluarga mereka terpaksa merestui walaupun tidak bersetuju. Hingga ke hari ini, Mikayla mahupun Armin masih tidak mengetahui punca keluarga mereka bergaduh.

End flashback

Mata Armin mula berair apabila mengingati arwah ayahnya. Dia berjanji akan membalas dendam jikalau dia tahu siapa pembunuh ayahnya.

"Dari dulu lagi Armin tanya kan siapa pembunuh arwah ayah?" Tanya Puan Mina. Armin mengangguk.

"Bapa mertua kamu." Jawab Puan Mina sepatah.

"Ibu! Apa yang ibu cakap ni?!" Sampuk Nayra dari dapur.

Dia sudah mengetahui segalanya dan mahu memberitahu kepada Mikayla namun Armin datang menghalang tindakannya.

"Kenapa? Ibu bagitahu perkara yang betul." Nayra menggelengkan kepalanya.

"Ibu nak abang bencikan kak Mikayla ke?" Nayra kesal.

"Memang patut pun abang kau benci Mikayla tu, kalau ayah dia pembunuh anak pun mesti lebih kurang je. Hati busuk." Puan Mina tersenyum puas. Rancangannya bersama Ranea berjalan lancar. Dia bangkitkan cerita dulu supaya Armin bencikan Mikayla.

Armin menarik nafas dalam. Seperti tidak percaya apa yang ibunya katakan.

"Betul ke ibu?" Tanya Armin untuk kepastian.

"Armin tak percayakan ibu ke?" Armin meraup wajahnya. Sedikit demi sedikit perasaan marah dan dendam mula menular dalam hatinya apabila teringat kejadian sewaktu ayahnya meninggal dunia.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Место, где живут истории. Откройте их для себя