Bab 24

1.4K 41 2
                                    

Mikayla membuka matanya. Mikayla memandang ke tepi. Kosong. Armin langsung tak datang kepadanya ke semalam.

Mikayla memandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 10 pagi. Dia terlambat bangun!

Mikayla segera turun dari katil untuk menyediakan sarapan buat Armin namun apabila dia turun ke bawah, kereta Armin sudah kosong di garaj. Mikayla sedikit hampa. Dia kembali ke dalam bilik perlahan lahan lalu membersihkan diri sebelum menyediakan sarapan untuk dirinya.

Sedang Mikayla makan, dia terasa mual lalu segera ke singki dan memuntahkan isi di dalam perutnya namun yang keluar hanyalah air liur. Mikayla pelik namun diabaikan saja.

__________💎__________

"Bos, ada orang nak jumpa." Maklum Isya kepada Armin.

"Siapa?" Tanya Armin pelik. Sekarang waktu lunch tapi setahunya dia tiada meeting dengan sesiapa pun.

"Perempuan." Jawab Isya

"Suruh dia masuk." Arah Armin. Isya mengangguk lalu mempersilakan Ranea untuk masuk.

"Hye Armin! How are you?" Sapa Ranea dan terus duduk di sofa berhadapan dengan Armin yang sedang kusyuk menghadap makanannya.

"Ranea?" Armin terus terhenti dari menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Nak apa pulak dia ni datang sini?

"Saya tanya khabar tak jawab pun." Ranea mencebik.

"Alhamdulillah sihat. Yang awak datang sini kenapa. Ada apa apa hal ke?" Tanya Armin.

"Saja nak jumpa dengan awak. Yelah lama tak jumpa kan? Awak tak rindu saya ke?" Armin mengerutkan keningnya.

"Apa yang awak merepek ni Ranea?"

"Ok ok janganlah marah. Saya datang ni sebab nak confirmkan. Ibu awak ada cakap apa apa pasal Mikayla?" Tanya Ranea berhati hati.

Air muka Armin bertukar keruh.

"Yes." Jawab Armin sepatah.

Ranea tersenyum sinis. Dia bangun lalu duduk di sebelah Armin.

"Saya tahu awak mesti sedihkan bila dapat tahu awak dah kahwin dengan anak pembunuh ayah awak?" Tanya Ranea sambil menggengam tangan Armin. Armin hanya membiarkan sahaja.

"Mesti awak nak jauhkan diri dari Mikayla kan?" Armin hanya diam tanpa jawapan.

"Saya boleh tolong awak untuk..." Kata kata Ranea terhenti apabila Armin mengangkat tangannya tanda berhenti bercakap.

"Thank you, saya tak perlukan pertolongan awak." Armin kembali menarik tangannya dari genggaman Ranea.

Ranea masih lagi tidak lekang dengan senyuman.

"It's okay. Saya tak paksa awak. Tapi, awak sanggup ke hidup dengan anak pembunuh? Pembunuh ayah sendiri pulak tu. Ish ish ish kejam sungguh. Patut dia dapat balasan atas semua ni. Awak ni baik sangat. Oklah Saya pun dah nak balik. Tapi, fikir fikirkan lah pasal pertolongan saya tadi tu. Bila bila masa awak perlukan saya, call je ok. Bye." Ranea terus bangun lalu keluar dari bilik Armin.

Armin meraup wajahnya. Dia bingung. Runsing. Betul ke apa yang dikatakan oleh Ranea tu? Mikayla patut dapat balasannya? Apa yang perlu dia buat? Argh! Pening kepala memikirkan tentang itu.

Armin kembali fokus pada kerjanya sebelum balik ke rumah untuk berehat.

VOTE 💎
COMMENT 💎
FOLLOW 💎

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now