Bab 37

1.9K 41 4
                                    

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam shopping mall. Yang Armin pula dari tadi sibuk mahu mendekatinya.

Mereka duduk di salah satunya restoran di dalam mall tersebut dan mula memesan makanan.

"Pergi toilet kejap." Kata Mikayla lalu bangun meninggalkan Armin dan Nayra.

"Nayra, mana Afeef? Kenapa tak sampai sampai lagi?" Bisik Armin kepada Nayra sambil menjenguk jenguk ke tandas. Takut kalau kalau Mikayla muncul.

Memang rancangan dia bersama adiknya itu supaya dia boleh meluangkan masa bersama isterinya itu.

"Jap, abang Afeef kata dah sampai. Hah tu dia!" Nayra menggamit Afeef kepadanya.

Afeef berlari ke arah mereka dan sampai dengan termengah mengah.

"Hah Nayra! Kepada call abang Afeef? Ada apa urgent sangat?" Tanya Afeef.

"Kita lunch dulu and then kita balik ok?" Kata kata Nayra mengejutkannya.

"Lunch lepastu balik? Nayra tahu tak abang Afeef berlari datang sini. Tup tup makan balik." Nayra tersenyum kecil.

"Sorry abang Afeef, alah bagilah kak Mikayla dengan abang luang masa sama sama." Afeef hanya mengangguk lalu melabuhkan duduk di sebelah Nayra.

Tak lama selepas itu Mikayla datang ke arah mereka.

"Eh abang? Bila sampai? Tak bagitahu pun." Sapa Mikayla dengan senyuman.

"Oh baru je sampai." Mikayla mengangguk lalu mereka mula makan setelah makanan sampai.

Selesai makan mereka bergerak ke lokasi seterusnya iaitu wayang.

"Ermm akak!" Mikayla menoleh ke belakang.

"Ye?"

"Nayra rasa tak sihatlah, abang Afeef hantarkan Nayra balik boleh?" Nayra memulakan lakonannya.

"Tak sihat. Kita pergi klinik lah. Jom!" Mikayla sudah merangkul lengan Nayra.

"Eh eh takpe takpe. Akak jalan jalan lah dengan abang dulu. Abang Afeef yang tolong hantar Nayra kan?" Afeef cepat cepat mengangguk.

"Ermm... Yelah. Hati hati bye." Mikayla melambaikan tangannya kearah Nayra. Dia sebenarnya sudah tahu apa rancangan Armin jadi dia hanya ikutkan sahaja memandangkan dia sudah bersetuju memberi Armin peluang kedua.

Sebaik sahaja bayangan Nayra dan Afeef hilang, Armin tersenyum lebar.

"Jom sayang!" Armin merangkul lengan Mikayla lalu menariknya ke panggung wayang.

Selepas habis tengok wayang mereka bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ice skating.

"Eyy dah lah dalam wayang tadi peluk peluk orang." Armin masih tidak berhenti mengejek Mikayla.

"Diamlah! Siapa suruh pilih cerita hantu." Mikayla memeluk tubuh.

"Hahahah sorry. Jom ice skating." Armin menarik tangan Mikayla ke tempat ice skating pula.

"Abang je lah main, Mikayla tak reti. Nanti jatuh macam haritu macam mana?" Mikayla memuncungkan bibirnya.

"Kalau jatuh abang sambut. Dah jom!" Mikayla akhirnya mengalah lalu melangkah ke dalam gelanggang itu.

Kelihatan ramai sekali orang yang bermain ice skating. Budak budak pun lagi terer dari dia. Malu pula rasanya.

Armin menarik tangan Mikayla yang sudah berjalan ke tengah sedikit.

Apabila Mikayla hendak tergelincir Armin memaut pinggang Mikayla membuatkan Mikayla terus tegakkan badannya.

Mikayla memandang wajah Armin untuk memberitahu bahawa dia tidak selesa namun Armin hanya buat tidak endah.

©TAKKAN TERLERAI Where stories live. Discover now