"Mak.. tak habis-habis lagi ke?" Tegur Sufiah dengan wajah yang cemas.

"Aku tak akan habis kalau apa yang aku cakap ni depa tak percaya! Aku kata benda yang betul depa nak juga dengar kata-kata penipu mak depa tu!" Balas Mak Tom kasar.

Lucky Girls memandang Amymas dengan muka yang sayu. Perlu ke tanya pasal orang yang dah meninggal, orang yang Amymas sayang pula tu? Ni kalau tersalah cakap ke apa mesti Amymas agak marah bisik hati Lucky Girls.

"Aku tanya hang ni.."

"Saya tak tahulah Mak Tom. Saya bukannya ada dekat situ, saya kecil lagi time tu" balas Sally dengan jujur.

"Setahu saya, papa diorang meninggal sebab uncle Am kena serangan jantung time dia tengah drive sebab tulah boleh accident teruk tu, bila tengok balik uncle Am yang paling terukkan? Itu apa yang Aunty Lyna beritahulah" jawab Zatty dengan jujur pula.

"Kenapa Mak Tom tak tahu ke? Kenapa tak tanya diorang je terus?" Soal Lucy pula dengan wajah yang pelik.

Mak Tom membuat muka menyampah.

"Hampa sama ja kena bohong dekat Aunty kesayangan hampa tu. Bohong hampa hidup-hidup!" Kata Mak Tom dengan serius.

"Mak.. takpayahlah. Aunty dah merayu dekat mak kan, jangan cerita benda yang sebenar.." Sufiah berbisik ditelinga mak dia.

"Biarlah depa tau hal sebenar. Suatu hari nanti akan tahu juga!" Balas Mak Tom kasar

"Tapi kan Aunty kata dia sendiri yang nak beritahu.." Sufiah masih lagi berbisik.

"Bila dia nak bagitahu? Sejuta tahun lagi? Buka setakat aku je, sekali hang pun dan mampuih masa tu!"

"Tapi mak.."

"Hey Piah! Aku dah tak sanggup depa anggap aku ni penipu. Memang dulu aku banyak tipu tapi bila aku bagitahu benda betul pun depa kata aku tipu. Aku panaslah.."

"Dah tipu orang banyak kali sapa yang nak percaya?" Perli Zatty dengan selamba.

"Kalau panas.. Mak Tom boleh pergi mandi air yang penuh dengan ais. Saya boleh tolong siapkan.." kata Lucy bermurah hati.

"Hang diam.. aku dah taknak dengar lawak bodo hampa tu. Aku nak hampa tau ni ja.. hampa tujuh ekor dah kena tipu hidup-hidup dengan Ellyna, Darwina sekali dengan Karina tu!" Mak Tom kelihatan masih tidak berpuas hati.

"Mak Tom! Saya tahulah yang Mak Tom tu tak puas hati bila orang taknak percayakan Mak Tom tapi Mak Tom jangan nak tuduh mama kitorang pula!" Danisya sudah bersuara, terbakar hati ni, kalau kau jerus dengan air sekali pun tak berkesan apabila melibatkan orang tersayang.

"Apa yang Aunty dah tipu kitorang? Mak Tom tu yang penipu tau tak. Setahu saya.. Aunty Lyna, Aunty Rina dengan Aunty Wina mana pernah menipu. Apatah lagi hal sebesar ni" kata Zatty langsung tidak percaya.

"Hang nak tahu apa yang Aunty kesayangan hang tu tipu apa? Dia dah reka cerita hang tau tak!"

"Tak tahu lagi lah sebab Mak Tom belum cerita apa-apa dekat kitorang. Macam mana nak tahu kalau macam tu?" Soal Lucy selamba.

"Aunty hampa tu dah tipu yang papa depa ni mati sebab papa Am tu kena serangan jantung. Hang fikirlah, macam mana muda-muda boleh ada serangan jantung.."

"Dah tu kenyataan. Boleh apa muda-muda ada serangan jantung.." Lucy masih lagi menjawab.

"Aku cili mulut hang jap lagi. Baik hang diam" ugut Mak Tom sambil membuat gaya ingin pulas mulut itu.

"Hang tau tak apa punca sebenar depa meninggal dan sebab apa Aunty hampa tu tipu depa?"

"Taktahulah apa punca dia sebab Mak Tom belum start cerita lagi.." Lucy masih lagi dan lagi menjawab.

"Aku lempang hang satgi!"

"Mak.. dah-dah lah tu" Sufiah tak habis-habis memujuk mamanya.

"Depa mati sebab ada kereta yang kononnya mabuk langgar depa, bukannya papa hampa tu kena serangan jantung! Dan tahu tak kenapa mak hampa taknak cerita benda yang betul dekat hampa?"

"Mak Tom.. kitorang taktahu. Kalau nak cerita tu cerita je lah tak payahlah nak tanya kitorang tahu ke tidak.." tegur Lucy pula.

"Hang ni kan.." Mak Tom ingin memukul Lucy.

Lucy menjauhkan muka dengannya kerana terkejut apabila orang tua itu mendekatinya tetapi dia ditahan oleh anak dia, Sufiah.

"Mak Hampa taknak cerita sebab depa tahu hampa akan pergi dekat orang tu dan serang depa! Mak hampa tahu hampa tu pendendam. Bukan hampa ja, Lucky Girls ni pun sama tapi nasib baik bapak depa ada lagi" cerita Mak Tom.

"Kalau hampa pergi serang orang tu. Hampa mungkin dalam bahaya sebab hampa tak kenal siapa depa, mak hampa taknak hampa kena bunuh ke apa. Kalau kena bunuh baguslah juga, aman dunia ni, kalau hampa mati aku ada lah suruh dekat buat anak baru tapi aku yang kena membebel dengan depa. Depa larang aku cerita benda betul dekat hampa... arghh kisah apa aku!" Sambung Mak Tom.

"Kalau hampa tahu hal sebenar hampa akan serangan orang tu kan. Sebab tulah depa tipu hampa yang papa hampa tu kena serangan jantung. Biar hampa tak boleh balas dendam, gilalah kalau pergi balas dendam dekat jantung tu" sambung Mak Tom lagi.

"Dan disebabkan itulah mak hampa tu menipu hampa! Itu pun tak boleh fikir ka? Harap pandai tapi bodoh! Walaupun hampa datang nak balas dendam dengan CARA BERBUAL sekali pun, mak hampa risaukan hampa sebab tak kenal sapa orang tu" Sambung Mak Tom lagi dan lagi.

Lucky Girls yang memang tak tahu hal sebenarnya itu agak terkejut. Mereka pun taktahu nak percaya ketidak dengan kata-kata Mak Tom. Mereka keliru tetapi kalau ikutkan memang mereka tidak Percayakan Mak Tom. Amymas menahan daripada marah, mereka taknak muncul pergaduhan dengan orang tua disitu, dah minta maaf dulu kan..

Jika mereka bergaduh mungkin mereka akan kena marah dengan mama dan mama taknak bercakap dengan mereka seperti dulu. Tiba-tiba Emylia ketawa, daripada perlahan semakin kuat, semua pelik.

"Kelakarlah cerita Mak Tom ni. Mak Tom boleh buat cerita agaknya, tajuk? Kejap saya fikir" Emylia berbuat gaya seperti memikir "Err.. 'Mak Cik Jiran Membohong Anak Jiran' boleh tak macam tu?" Emylia gelak kuat

Bagi Lucky Girls ini tidak kelakar kena ini melibatkan hal kematian tetapi kalau betul apa yang Mak Tom ceritakan itu, tidak mustahil mereka akan pergi serang orang tu kan. So, Lucy pun berpura-pura ketawa dengan kata-kata Emylia.

"Tulah kan.. pandai Mak Tom ni. Hey Piah, ajak lah mak Piah ni masuk maha raja lawak mega. Kelakar lah cerita dia" Lucy pura-pura ketawa dengan kuat "Pecah perut wey!"

Zatty dan Sally berwajah pelik

"Tak kelakar pun" kata Sally perlahan dengan wajah yang pelik, nasib baik Lucy sahaja yang dengar.

Lucy membuat isyarat mata supaya gelak dengan kata-kata Mak Tom tadi. Sesaat, dua saat barulah Zatty dan Sally faham apa maksud Lucy. Terus mereka gelak dengan kuat, wanita pontianak kuasa tiga.

"Hahah! Mak Tom, rasa rasa boleh kut datang rumah Mak Tom dengar cerita Mak Tom ni. Lawaklah!" Zatty ketawa sehingga nak tersenak walaupun dia tahu tidak kelakar

Lucy sebenarnya tengah berfikir bagaimana cara ini melari daripada topik Mak Tom ni. Lucy memandang sekeliling rumah apabila dia terpandang dapur terus dia bersuara.

"Beb" Lucy panggil Amymas "Aku sebenarnya lapar ni.. ada makanan tak?" Lucy bangun lalu mendekati Amymas.

Kerana Kaisara yang paling dekat dia terus menarik tangan Kaisara pergi ke arah dapur. Zatty dan Sally juga turut menarik dan menolak yang pergi masuk dapur, takut nanti Mak Tom cerita benda yang buat muka Amymas berubah lagi.

"Mak Tom lain kali saya jumpa Mak Tom untuk dengar stroy best Mak Tom tau!" Sempat lagi Sally bersuara.

Mak Tom hanya buat tidak tahu dan menjeling sambil memandang mereka pergi ke arah dapur. Sufiah sempat lagi menegur maknya
















_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now