🌺 - Bab 112

Beginne am Anfang
                                    

"Jangan serius sangat beb.. takutlah diorang dengan kau. Kau ni bodohlah pergi takutlah dia" marah Zatty tegas, sengaja nak bela Aminah dan Saleha.

Zatty duduk disebelah mereka dan dia senyum melihat mereka berdua dengan senyuman yang jahat.

"Ala.. janganlah diam macam ni bro.."

Zatty nampak ada seorang pelayan datang ke arah mereka dan itu adalah makanan yang diorder oleh mereka sebentar tadi. Sebaik sahaja pelayan itu meletakkan makanan tersebut dan pergi dari situ, Zatty terus bersuara.

"Nak makan ke?" Zatty bertanya dan dia menghalang mereka mengambil makanan dan minuman tersebut.

"Tak payahlah kacau kitorang"

"Aku tak kacau.. aku cuma nak perbaiki makanan kau ni. Ada yang tak kenalah" Zatty melihat makanan tersebut dan dia membelek air itu.

Amymas yang dengar itu dah tak sedap hati. Mesti Lucky Girls nak rosakkan makanan mereka seperti mana Amymas buat dulu. Jangan kau cari pasal dengan diorang sudah, wahai Zatty bisik hati Amymas.

"Janganlah kacau kitorang makan. Korang dari dulu sampai sekarang suka sangat kacau kitorang kenapa? Apa masalah korang?"

"Aku tak kacau kau. Kan aku cakap aku nak baik makanan kau ni. Ada yang tak kena je aku tengok"

"Jangan kau buat apa-apa dekat makanan aku" larang Aminah dengan suara yang agak tegas didengari.

"Kau ni bodoh juga eh? Bukan bodoh tapi pekak. Kan aku kata aku just nak baik makanan kau. Kenapa tukang masak tu masak macam ni makanan ni? Teruk betul rupa dia.." Zatty membuat muka geli.

Lucy dan Sally hanya senyum melihatnya. Jika ada bantuan ingin Zatty minta.. mintalah dekta Lucy dan Sally.

Tanpa berkata banyak terus Zatty mengambil dua air yang ada dekat atas meja tersebut menggunakan kedua-dua belah tangannya dan kedua-dua belah tangan itu tuang air tersebut dekat makanan tu tanpa rasa bersalah.

Terkejut Aminah dan Saleha melihatnya. Bukan mereka sahaja yang terkejut tetapi turut juga dengan Amymas yang menjadi penonton rancangan percuma itu.

"Confirm! Confirm sedap ni wey. Berkuah lebih menarik selera korang.. kan.., dipersilakan makan.." Zatty senyum sambil menolak makanan itu kepada Aminah dan Salehah.

Aminah dan Saleha memandang makanan itu sayu. Kenapalah kau suka sangat libatkan makanan? Kau dengan Amymas sama ja! Suka buat makan ni jadi satu pembaziran, kaya sangatkan.. macam ni lah jadinya bisik hati Aminah geram.

Kelihatan Aminah dan Salehah menahan marah sambil mengenggam tangan masih masing-masing. Sabar, sabar, mereka tak boleh melawan kerana Lucky Girls berduit dan mereka boleh buat lebih.

Amymas bangun dan barang semua ni kemas oleh mereka. Mereka datang dekat kepada Lucky Girls yang ada di meja itu.

"Laaa.. marah ke?" Soal Sally apabila nampak mereka mengenggam tangan sendiri.

"Janganlah marah. Nanti cepat tua" Lucy senyum "Kau tua tak ada sesiapa nak dekat kau" perli Lucy.

"Ye kan.. kau beruntunglah Lucy. Ada lelaki handsome nakkan kau macam Faizal tu kan.. bukan macam diorang ni. Boyfriend semua macam lelaki tua je.." puji Zatty kepada Lucy dan perli kepada Aminah dan Saleha.

"Kenapa kau suka libatkan makanan ha? Kalau kau tak rosakkan makanan kitorang pun mesti kau akan makan? Apa masalah kau sebenarnya? Bukan kau je, Amymas pun sama ja!" Marah Saleha bengang.

"Eh.. aku tak makan kau punya okey. Takut nanti HARAM. So, baik aku rosakkan makanan kau.. eh silap memperbaikikan makanan kau menjadi lebih cantik.." kata Zatty dengan senyuman.

"Kau tahu tak ni dah membazir?"

Baru sahaja Lucy nak membalas kata-kata mereka. Tangan mereka di tarik oleh Amymas supaya berambus dari situ. Emysha sempat meletakkan duit 50 sebanyak 3 keping untuk mengantikan makanan tersebut walaupun dia tahu ada balance banyak. Sedekah!

"Apasal kau bagi dia duit?" Soal Lucy pelik dengan wajah yang kalut apabila Danisya menarik tangannya.

"Kau ambiklah duit ni, aku ganti balik makanan kau yang terlalu cantik tu" kata Emysha dan sempat memerli makanan tersebut, dia memandang Lucky Girls.

Mereka ditarik keluar dari situ oleh Amymas. Amymas taknak Lucky Girls cari pasal dengan orang yang dah mereka balas balik. Sekali diorang cari pasal takkan lah berpuluh kali kau nak balas balik, Lucky Girls. Tak jemu ke menghadap diorang untuk balas balik apa yang diorang dah buat?

Lagi pun benda yang diorang buat dekat Amymas dan Lucky Girls bukan masalah besar pun tetapi Lucky Girls tak boleh terima bila ada orang buat mereka seperti kuli.














__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWo Geschichten leben. Entdecke jetzt