"Saya tak tanya pun awak nak bagi duit dekat orang ke apa. Saya tanya makanan yang tak berkhasiat yang penuh satu troli ni awak nak bagi dekat sesiapa ke? Banyak sangat tu" Soal Daniel dengan suara yang sedikit berbeza dari sebelum ini.

"Habis tu. Semua benda dalam troli ni tak pakai duit ke nak beli? Duit juga kan?" Balas Danisya sambil menjeling Daniel, tu pun tak boleh fikir.

Daniel mengeluh. Malas dia nak layan Amymas yang masih lagi melawan kata itu dan dia memandang Rayyan yang tak habis-habis tersengih kepada Kaisara yang tengah mengambil coklat dan letak di troli mereka, sempat lagi.

"Okey dah lah. Malas saya nak layan awak semua ni. Kalau tak pandai nak minta maaf tak apa lah, saya faham. Dan saya maafkan awak Kai, sebab awak dah langgar saya tanpa rasa bersalah"

Kaisara terus mamandang Daniel tajam apabila namanya disebut oleh Daniel. Makanan yang dipegang terus diletakan di dalam troli mereka yang penuh itu. Penuh dengan makanan tak berkhasiat je lah.

"Apa Encik Daniel kata? Saya yang salah? Hello! Encik Daniel yang langgar saya okey. Kenapa nak salahkan saya pula?" Marah Kaisara dengan suara yang ditekan "Tak habis-habis nak salahkan kitorang je kalau Encik Daniel dapat bala. Apahal?"

"Memang sah awak yang salah. Terang-terang awak yang salahkan? Sekarang ni kenapa awak nak salahkan saya pula ah? Awak perhatikan diri awak sendiri balik dan tanya diri awak sendiri. Adakah awak dah berubah dengan sepenuhnya?" Marah Daniel balik "Berubah macam tak berubah je!"

Kaisara berpura-pura muka sedih apabila dimarah oleh Daniel. Emysha yang berada disebelah itu mengosok belakang Kaisara yang bagaikan ingin menangis sebentar saja lagi. Rayyan yang nampak itu terus berasa marah kepada Daniel, kenapa kau marah idola aku?

"Daniel! Kau yang salah kenapa kau nak salahkan Kaisara pula, bro? Kau ni pensyarah kau sedar tak? Buatlah baik-baik sikit dekat pelajar kau. Salah kau tak? Kenapa kau nak salahkan Kaisara pula ah?" Marah Rayyan kepada rakan baiknya sendiri.

"Betul!" Sokong Danisya dan Emylia

"Salah dia, dia taknak mengaku" - Emylia

Daniel jeling Danisya dan Emylia

"Eh kau sendiri yang nampakkan? Dia yang langgar aku. Yang kau nak salahkan aku dah kenapa? Bukti dekat mata kau tahu tak?" Balas Daniel.

"Memang aku nampak dan bukti dekat mata aku tapi bukti yang ada dekat mata aku tu mengatakan bahawa kau yang salah. Kau langgar Kaisara aku, kau sedar tak?" Rayyan sengaja ingin menangkan Kaisara kerana terlalu minatkan Kaisara dan tidak sanggup melihat Kaisara nangis.

"Aku tak faham. Yang kau nak menangkan dia kenapa? Aku kawan kau dan kau sendiri yang tahu kita tak bergerak dari diri. Diorang ni yang kesana kesini kesana kesini yang langgar aku!" Daniel memandang Rayyan sambil berpeluk tubuh.

"Dah kau yang salah. Aku tahu lah kau taknak mengaku salah kau, bro. Tapi agak-agaklah nak tuduh orang sebarangan. Aku putus dengan kau baru kau tahu" kata Rayyan sambil memeluk bahu Daniel.

Kenapa Rayyan memeluk bahu Daniel, Daniel terus menepis tangan Rayyan dengan kasar. Putus? Kau ingat aku gay dengan kau ke? Kau dengan Amymas ni sepadan je.

"Aku tahu lah kau minat dekat Kaisara ni. Tapi minat-minat pun, guna kepala otak kau tu. Fikir yang mana betul yang mana salah!" Tegur Daniel dengan tegas

Amymas dipandang..

"Assalamualaikum!" Kata Daniel lalu terus pergi dari situ. "Makan makanan yang tak elok tapi badan tetap cantik. Ni mesti ada pakai susuk!" Kata Daniel perlahan tetapi boleh didengari.

Amymas membuat muka.

"Mulut jaga sikit!" Kata Emylia sedikit kuat apabila Daniel semakin jauh dari situ, Rayyan yang masih berada di situ terus dipandang.

Rayyan sengih

"Saya percaya yang awak dah berubah"

"Terima kasih. Awak beritahulah kawan awak tu, yang saya dah berubah sepenuh hati saya. Kalau awak percaya saya dah berubah, boleh tak saya minta something dari awak?"

"Boleh"

"Saya nak awak tolong pujuk kawan awak tu supaya percaya dengan sepenuh hati dia. Boleh? Kami betul-betul dan berubah. Takkan buat lagi benda tu semua"

"Janji awak dah berubah?"

Hilang senyuman Kaisara, dia memandang semua kawannya dan memandang Rayyan semula dengan pandangan yang serius membuatkan Rayyan terasa pelik. Aku ada salah cakap ke bisik hati Rayyan.

"Awak kata awak percaya saya? Kenapa nak saya janji bagai? Ke awak tipu yang awak percaya saya yang saya dah berubah? Awak terpaksa sebab awak suka saya ke?" Serius sahaja suara Kaisara bertanya.

"Tak.. tak. Saya percaya awak. Nanti saya pujuk Daniel okey, maafkan saya sebab buat awak marah. Saya akan pujuk Daniel sampai dia percaya yang awak dah berubah dan betul-betul percaya tapi.. awak jangan risau tau sebab Daniel tu memang dah percaya awak dah berubah"

"Memanglah dia percaya tapi dia percaya macam tak percaya jee..." balas Kaisara

"Saya pujuk dia demi awak" - Rayyan

"Okey baby"

Kaisara tersenyum malah yang lain macam nak bagi kaki busuk mereka sahaja, sempat lagi Kaisara membuat flykiss kepada Rayyan, kelihatan Rayyan seperti tergoda. Sebaik sahaja Rayyan tidak dipandang. Kaisara terus membuat muka meluat.




___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now