Kaisara mengambil pasu itu dari Emysha, dia juga ingin mengetuk pintu itu kuat-kuat. Biar dengar sikit diorang ni, pekak sangat! Sah tidur mati ni, Danisya juga turut ketuk menggunakan tangannya tetapi tidak kuat.

"Pakcik pakcik sekalian! Apa korang buat dalam tu? Ahh?! Korang pekak ke?!" Jerit Emylia

"Keluarlah!" Kuat Danisya jerit.

Tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pintu dibuka dengan serentak. Daniel terus membuka pintu itu dengan luas dan kasar tetapi Rayyan buka pintu dengan perlahan-lahan sambil mengintai sedikit. Daniel macam tahu tak tahu dan Rayyan sedikit takut.

Kerana pintu itu dibuka dengan luas, Kaisara yang memegang pasu tersebut terlepas kerana terkejut, pasu itu jatuh.. semua sekali terkejut. Amymas memandang Daniel dan Rayyan saling berganti.

"Ya allah! Kenapa awak bagi pecah pasu saya?!" Tanya Daniel panik sambil memandang pasu tersebut, sayang sangat dekat pasu itu.

"Saya tak sengaja lah pakcik! Pasu pun nak kecoh apahal? Pakcik tu lelaki, sayang sangat dekat pasu tu kenapa?" Soal Kaisara semba.

"Kenapa awak tanya?! Pasu ini mama saya yang bagi!"

"Ha? Aunty Diana bagi?" Soal Kaisara bendul.

Daniel memandang mereka tajam.

"Hai Kaisara. Awak apa khabar?" Tanya Rayyan dengan lembut dan dia tersengih di permukaan pintu tersebut sambil memandang Kaisara.

"Kau tak payah nak gatal sangat lah, Rayyan! Saya nak tanya awak ni, kenapa awak masuk dalam rumah saya dan apa awak nak?" Marah Daniel, tiada mood elok selepas pasunya pecah.

"Ermm.. kitorang datang.. nak minta maaf"

Daniel dan Rayyan pandang satu sama lain. Bagi Daniel, dia sangat pelik dan susah nak percaya kenapa Amymas minta maaf, bukan diorang tak suka perkataan maaf ke? Daniel memandang mereka semula.

"Awak gila ke?" Soal Daniel.

"MashaAllah! Tak baik pakcik cakap macam tu. Saya masih normal. Saya datang nak minta maaf je, kenapa pakcik cakap saya gila pula?" Soal Danisya sambil membuat suara ala-ala ustazah.

"Minta maaf? Memang susah saya nak percaya sebab awak kata awak tak suka perkataan maaf tiba tiba awak sendiri yang minta maaf" balas Daniel sambil menolak rambut yang menutupi matanya.

"Kitorang dah berubah seratus peratus wahai Encik Daniel. Dan untuk pengetahuan Encik Daniel, mama saya dah marah saya sebab semua pengakuan Encik Daniel dekat mama saya dulu" balas Danisya dengan penuh sopan.

"Kitorang tahu kitorang banyak buat salah, biadab, kurang ajar, jahat, kenakan Encik Daniel dan macam-macam lagi lah. Tolong maafkan kitorang!" Rayu Emylia pula dengan merapatkan telapak tangannya.

"Tendang Encik Daniel, ikat Encik Rayyan sampai sehari lebih. Melawan, cari masalah dekat kolej, rosakan semua perabut rumah Encik Daniel... saya minta maaf! Saya betul-betul dah berubah demi kebahagian mama saya!" Kata Danisya lagi.

"Lepas mama marah kitorang, kitorang janji dengan dia akan berubah dan dia paksa kitorang minta maaf dekat semua orang termasuk Encik Daniel. Maafkan lah sayerrr!" Rayu Emylia lagi sambil membuat muka sedih

Daniel memandang Rayyan. Panggilan dan percakapan mereka dengan sebelum ni dah berubah, betul ke diorang nak berubah? Bagi siapa yang kenal Amymas, mereka sangat-sangat susah nak percaya.

"Ikhlas ke tak?" Soal Daniel tegas.

"Ikhlassssss dari hatiii yang tercintahhhh, wahai Encik Daniel lalalalah!" Jawab Emylia pula dengan memanjangkan perkataannya.

"Okey.. kalau awak kata awak ikhlas saya boleh maafkan awak tapi saya taknak awak cari pasal dan buat masalah dah lepas ni" kata Daniel lagi. "Saya pun nak minta maaf sebab tertampar muka awak dulu, Danisya"

"Okey.. tapi saya akan saman Encik Daniel"

Daniel hanya menangguk kerana itu adalah satu ugutan yang langsung dia tidak takut kerana mereka bukan buat pun. Tak habis-habis saman.

"Tu je ke?"

"Ha'aah lah Encik Daniel. Nak apa lagi?" - Danisya

"Awak masuk rumah saya, ketuk pintu bilik saya sampai nak tercabut. Pasu saya dipecahkan, itu je yang awak nak katakan?" Daniel susah nak percaya.

"Yelah"

"Awak berambus sekarang!" Halau Daniel kasar.

Amymas membuat muka..

"Maafkan kitorang ke tak?!"

"Saya maafkan! Pergi balik rumah awak!"

Amymas menurun tangannya sambil berbisik-bisik satu sama lain. Dia maafkan kita ke tak, kenapa dia nampak marah? Bisik hati mereka. Takkan lah sebab pasu, ye ke sebab pasu?

"Bye, korang.. bye Kaisara" Rayyan dengan senyuman

"Tunggu" panggil Daniel menahan mereka tiba-tiba

Amymas menghentikan langkah dan menoleh belakang.

"Macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya?"

"Saya masuk je lah guna pintu" jawab Kaisara jujur.

"Pintu? Saya rasa saya dah kunci dah pintu tu, macam mana pula awak boleh masuk guna pintu tu. Awak ada bagi pecah mana-mana tingkap ke masa awak rosakan barang dalam rumah saya?" Soal Daniel

"Encik Daniel yang tak kunci pintu belakang rumah ni. Jadi kitorang masuk guna pintu belakang lah selama ni. Apalah Encik Daniel ni, pandai sangat! Fikir!" Sindir Emylia selamba.

"Lain kali ingat! Kunci atau tak" - Emysha

Daniel memandang mereka dengan pelik, aku tak kunci pintu belakang? Daniel memandang Rayyan, ni mesti sebab Rayyan selalu sangat pakai pintu tu, lepastu tak kunci. Rayyan yang disebelahnya hanya sengih.

Tapi yang peliknya, cara panggil Amymas dah berubah tetapi kenpaa cara mereka bercakap tu ada sedikit kasar. Berubah betul ke atau menipu?, Daniel susah nak percaya lagi tapi diorang ada kata ikhlas dari hati. Berubah dah lah kut.









___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ