Semua terkejut dengan tindakan Daniel. Bagi pelajar lain, ini adalah kali pertama Daniel hilang sama begitu cara sekali, paling teruk pun hanya menguatkan suaranya atau tegaskan suaranya. Tapi kali ini, Amymas betul-betul membuat Daniel hilang sabar. Amymas tidak kisah dengan jerkahan, tengkingan, marah Daniel.

"Laa.. jangan lah mengamuk macam tu. Nanti girlfriend pakcik lari macam mana?" Soal Emylia selamba.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Sebak suara Daniel.

"Bagus juga pakcik tanya, saya jawablah okey.. Semalam, aku ada kata aku akan balas balikkan? So, inilah balasan untuk kau" tegas suara Danisya sambil senyum sinis kepada Daniel yang marah itu.

"Saya rasa saya patut hantar awak berempat dekat hospital sakit jiwalah sebab cara awak ni terlalu melampau, dah macam orang gila, macam orang ada penyakit awak tahu tak?!"

"Hospital sakit jiwa? Waw.. i like that. Cepatlah hantar aku. By the way, apahal kau pakai blazer?" Danisya senyum.

Emysha yang siap bancuh air itu, terus diberikan kepada Kaisara yang berdekatan dengan Daniel, Kaisara ambil air tersebut.

"Awak pergi duduk tempat awak!" Tegas suara Daniel, kali ini dia sudah tidak memandang muka yang amat dibencinya.

"La.. kenapa toleh tempat lain!" - Emylia

"Awak nak berlajar ke tidak?"

"Marah ke?"

"Kalau nak belajar, pergi duduk tempat awak semua. Saya nak mula mengajar dah!"

"Kalau kitorang taknak, kau nak buat apa? Nak bunuh kitorang? Bunuhlah!" Cabar Danisya dengan selamba sambil memeluk tubuh.

Daniel menahan marah.

"Pergi duduk!" Balas Daniel dengan suara yang ditahan.

"Pakciklah duduk, nak arah kitorang konon. Diri sendiri pun tak duduk!" Kata Emysha pula, tetapi Emysha telah pun duduk dikerusi Daniel.

"Awak jangan buat sabar saya hilang!" Kali ini suara Daniel semakin kuat.

"Sabar hilang? Hilangkan lah!" Cabar Emylia pula sambil memandang Daniel yang seakan-akan mengamuk sebentar lagi. Memang kitorang nak sakitkan hati kau pun, Danisya sakit sebab kau tampar dia!

"Awak taknak belajar, awak boleh keluar!" Daniel menunjuk pintu keluar dan dia masih tidak memandang Amymas.

Daniel betul-betul sakit hati. Dia dan Rayyan kena fikirkan cara nak selesaikan rumah mereka yang banyak barang yang rosak. Macam rumah baru sewa dan baru nak beli perabut pun ada. Banyak barang yang rosak, Amymas buat.

"Pakciklah keluar!" - Emylia

"Pakcik ingat bagus dah ke kalau kejar nak arah-arah orang je? Kitorang ni tak apalah nak arah-arah orang, pakcik tu sedar diri sikit!" - Kaisara pula.

"Keluar!" - Daniel

"Kau apahal nak halau kitorang?!" - Danisya

Daniel menghentak meja dengan kuat. Semua pelajar memandang ke arah mereka, terkejut dengan tindakan Daniel itu, Daniel dah hilang sabar. Kerusi kecil yang ada disebelahnya terus dibaling, hampir-hampir terkena Kaisara yang berada disebelahnya, air yang dipegang oleh Kaisara masih tidak tumpah.

"Korang keluar sekarang! Kalau korang rasa korang nak sakitkan hati aku! Baik korang berambus awal-awal. Mak aku mengajar aku untuk bersabar tapi sabar aku ada had dia! Korang memang dah betul-betul menguji kesabaran aku!" Tengking Daniel dan dia menghentak lagi tangannya di meja.

Semua pelajar betul-betul terkejut tetapi tidak bagi Amymas, Amymas ketawa lagi adalah, bagi Amymas itu adalah persembahan yang paling menakjudkan di alam sementar.

"Waw.. pakcik? Drama eh?" Tegur Emylia sambil ketawa kuat a.k.a pontianak menawan.

"Weh guys! Kau tengok lah dia ni.. mengamuk tak berfikir. Tahu lah dia kaya, banyak duit, kalau hilang RM 100 ribu tu macam hilang 10 sen tapi tak payah lah nak paling kerusi budak tu, macam mana kau baling pen tadi, bendul!" Suara Emylia dikuatkan, satu dewan boleh dengar suara Emylia.

Pelajar dah mula berbisik.

"Hey pakcik! Kau dengar sini, selagi kau cari masalah dengan Amymas, selagi tu lah kau kena balasan dia. Yelah, kau tu lebih kurang pensyarah baru kan? Tak kenal lagi siapa Amymas. Tapi aku cadangkan kau supaya cari pasal dengan Lucky Girls, mana tahu dia buat lebih teruk lagi ke.." perli Danisya pula, dia ketawa sedikit. Dia tak terasa nak ketawa pun tetapi disebabkan ingin membuat hati Daniel mendidih, dia pura-pura ketawa.

Daniel bagaikan putera jepun yang ingin menangis sahaja apabila diketemukan dengan empat orang, orang asli yang tidak berpelajaran itu. Mereka seperti tidak kenal apa itu biadab, kurang ajar, jahat dan sebagainya.

"Saya rasakan pakcik. Baik pakcik minta maaf balik dekat Danisya atas apa yang pakcik dah buat. Pakcik dah lempang dia tahu tak. Dasar da..yusss!" Perkataan dayus sengaja Emysha panjangkan.

"Saya akan saman awak sebab awak dah rosakan satu rumah saya! Baju saya dengan Rayyan pun awak nak gunting!" Daniel masih boleh menahan, fikir yang diorang gila sahaja, tak payah fikir benda lain dah.

"Laa.. baju bahagian lengan kena gunting rupanya sebab tu lah kau pakai blazer eh? Pandai kau cover, orang kalah orang hutan!" Danisya buat-buat seperti dia tidak tahu apa-apa pasal lengan baju kemeja tersebut! Danisya bercakap sedikit kuat, biar semua orang dengar!

Padan muka kau! Kau tahukan kau bermain dengan siapa sekarang ni? Baru kau tahu siapa Amymas yang sebenarnya. Amymas boleh buat lebih teruk daripada ni. Kalau Lucky Girls, diorang akan buat lebih teruk daripada Amymas tetapi nasib baik kau tak cari pasal dengan Lucky Girls.

"Macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya? Saya boleh report atas kesalahan menceroboh rumah orang, awak tahu tak? Entah-entah kena penjara seribu tahun! Awak masuk laluan mana dekat rumah saya tu? Mana awak dapat kunci rumah saya?!!"

"Kunci? Haloo! Kitorang tak perlukan kunci untuk menyelidik masuk rumah kau! Maklumlah, kitorang ni cita-cita nak jadi perompak, penyamun, penculik, pembunuh, pembuli, penjenayah yang terkenal dekat malaysia. Kalau boleh satu dunia kitorang nak famous" jawapan Emylia menyakitkan hati Daniel tetapi kerana Daniel ni jenis menyabar. Dia masih sabar.

Amymas sengaja ke cakap menyelidik? Bukan menyelinap ke? Soal Daniel dalam hati. Ouh.. Amymas kan bangang, confirm diorang sengaja kata begitu.

"Sampai polis pun ajak bergambar. Famous kan.. kau ada? Kau takdeee" sambung Emylia lagi, kalau boleh nak sakitkan hati Daniel lebih teruk lagi.

Kaisara yang memegang air itu mula berasa lenguh tangan. Dia pun taktahu nak buat apa dekat air tersebut, ikut plan nak tuang dekat baju Daniel supaya dia buka blazer dia dan tunjuk kesan gunting baju tersebut.

Kaisara memandang Daniel dan air tersebut, kedudukan diperbetulkan dan terus air itu disimbah ke arah baju Daniel. Terkejut Daniel dibuatnya!

"Ah.. barulah ringan sikit cawan ni" kata Kaisara selamba, bukan ringan sedikit tetapi ringan terus apabila semua air itu dah mula melekat dekat baju Daniel.

Pelajar hanya memandang dan seperti biasalah, bergosip, berbisik satu sama lain.

Daniel mengeluh geram, ikutkan nak sahaja dia tampar keempat-empatnya sekali, biar padan muka dengan diorang, muka cantik jadi buruk apabila dah terima balasan dari Daniel tetapi Daniel hanya fikir pasal mak dia sahaja, mak Daniel menyuruh Daniel sabar walaupun apa sekalipun yang berlaku. Daniel mengambil beg kerjanya dan terus beredar dari situ dalam keadaan marah yang teramat marah.

Amymas ketawa tak berhenti-henti, dia menyuruh pelajar lain ketawa juga tetapi mereka taknak dan hanya diamkan diri. Pelajar lain, hanya mengatakan Amymas sangat melampau!



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now