Tiada respon dari mereka berdua.

"Aku tanya lagi lah sebab sabar aku masih ada. Kenapa korang nak buli kitorang dengan cara buka dan pasang stapler kertas exam mak kau? Tak mencabar langsung. Kenapa?" - Danisya

"Jawablah soalan mudah tu" Emysha berkata seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Kesian korang kena buli" Perkataan kesian hanya keluar dari mulut Kaisara tetapi tidak di dalam hatinya.

Masih lagi tiada respon.

"Ke..na..pa.. tak.. jawab?" Danisya menyebut satu persatu nak buat suara kejam lah kononnye!

"Dia tanya kan.. jawablah. Bukan susah mana pun soalan tu. Nampak sangat korang memang sengaja kan nak kenakan kitorang? Tak mencabar langsunglah buka ubat stapler lepastu pasang balik" perli Sally

"Budak baru lari pun boleh buat tahu tak" sokong Zatty sambil senyum jahat.

"Kenapa tak jawab soalan aku? Ni last aku tanya kau hanat, kenapa kau nak suruh aku dengan kawan aku buat kerja mak kau, sengal?" Suara Danisya sedikit kuat.

Yang pelik pada kedua-dua perempuan itu, macam mana Amymas dan Lucky Girls boleh membuli mereka sekali senang kata macam mana mereka boleh sekepala membuli mereka dalam masa yang sama. Itu lah namanya bengang yang teramat sampai lupa diorang bermusuhan

"Jawablah barua!" Tengking Danisya kuat apabila mereka membisu. Senang kata termenung.

Tengkingan Danisya mengejutkan mereka semua yang berada disitu. Nasib baik tiada orang ramai dekat kawasan yang mereka duduk itu. Kalau ada orang, mesti mereka malu kena tengking.

"Sebab aku sengaja!" Balas perempuan itu dengan kuat, marah nampaknya.

Mereka terkejut apabila perempuan itu berani memarahi mereka. Ye lah nama ada sapa-sapa yang umur sebaya dan junior yang berani meninggikan suara. Senang kata ramai jugalah yang takut akan Amymas dan Lucky Girls.

Berani marah Amymas dah Lucky Girls tetapi riak wajah mereka kelihatan takut dengan tindakan sendiri.

Mereka terkejut dengan kata kata minah penakut tu, sengaja? Kau memang cari nahas dengan Amymas dan Lucky Girls betul lah. Pandai cari pasal pandai tanggung!

"Sengaja? Waw! But why?" Soal Zatty pula.

"Sebab aku rasa korang adalah punca kami semua kena denda dan korang adalah punca kami semua akan kena tolak markah!"

"Why you berkata begituww..?" Soal Kaisara pelik.

"Kau jangan menuduh!" - Emysha tegas.

"Aku tak menuduh! Kitorang syak korang yang kena kan Tuan Malik sebab korang kitorang kena denda!" Tegas suara perempuan.

"Kau ada bukti ke?" - Soal Emysha tegas.

"Tak payah bukti pun tak pa! Tau tak sebab apa? Sebab korang je yang jahat, biadab, suka membuli dekat kolej ni dan aku dapat rasakan korang je yang berani kena kan pensyarah!"

"Kau sedar tak kau fitnah!" Emylia masih taknak mengaku, kalau mengaku pun, diorang tak menyesal langsung.

"Kau jangan sedap mulut nak fitnah-fitnah kitorang. Macam kau taktahu berdosa!" - Danisya.

"Kau tuduh kitorang, macam kau tak pernah buat dosa" Kaisara

"Hello bebeh, bahasa kau.. ingat kitorang ni jahat sangat ke?!" Sally mula bersuara, memang korang jahat pun. Jahat nak mampus.

"Kitorang memang syak korang! Tak ada sesiapa yang berani selain korang!"

Mereka terdengar bunyi suara tapak kasut orang berjalan dengan ramai. Apabila mereka menoleh belakang, kelihatan kesemua murid nak masuk ke dalam kelas masing-masing dah.

Apabila kedua-dua perempuan itu ingin bangun untuk pergi ke dalam kelas, mereka di tahan oleh Amymas dan Lucky Girls.

"Kau nak pergi mana beb?" Soal Lucy sambil menahan mereka dari bangun.

"Masuk kelas lah" balasnya kasar.

"Masuklah kelas dengan kitorang, kita jalan sama sama baru orang ingat kita berkawan" perkataan kawan sengaja Lucy kuatkan.

"Masalah korang tu masuk lambat!" Perempuan itu memberi alasan.

Mereka sengaja memberi alasan sebab tidak mahu berjalan sekali Lucky Girls kerana siapa sahaja yang berjalan dengan Lucky Girls bukan dianggap kawan baru di mata pelajar lain. Malah mereka tahu itu adalah mangsa buli atau mangsa gaduh Lucky Girls.

"Tak lambat.. kitorang pun nak masuk kelas dah ni"

Mereka tidak mahu lama-lama dengan Amymas dan Lucky Girls, mereka bangun dengan kasar dari duduk tetapi di tahan lagi!

"Kau duduk!" Tegas suara Lucy menegur.

"Disebakan kau membuli kitorang kan.. aku nak kau basuh kertas aku dengan kereta Lucky Girls. Basuh bersih-bersih, kalau tidak aku akan kacau kau depan orang ramai" - Danisya sudah start membuli.

"What? Basuh kereta? Kereta aku boleh bawak pergi kedai lah, ingat aku tak mampu ke? Aku nak diorang cuci rumah kami" kata Sally kepada Danisya.

"Kau gila ke? Rumah korang tu besar nak mampus!"

"Nasib dioranglah!"

"Kau jangan nak buli diorang melebih pula!"

"Kau ingat aku kesian ke dekat diorang? Aku kisah apa jumlah diorang dua orang je. Siapa berani kacau Lucky Girls berani lah tanggung!"

"Arghh! Basuh kereta ke basuh rumah ke? Kitorang taknak buat sebab kitorang bukan hamba abdi korang!" Balas perempuan itu dengan sungguh berani.

Amymas dan Lucky Girls memandang mereka sekilas. Perempuan tu terkejut apabila Amymas dan Lucky Girls memandang mereka secara mengejut.






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now