Air Mata Siapa

24 0 0
                                    



Itu
Air mata siapa
Menitis mengalir luncur sampai ke hujung kaki
Masa kemarau dikatakan kering
Tapi arusnya tetap keruh
Menghanyut kapar kapar tersedak di hati

Lingkungan simpati
Siapa yang mahu peduli atau kesah
Itu hal yang bukan urusan dia

Ketawa terlalu suka
Sampai mengilai ngilai
Tapi air mata tetap juga ada
Apatah lagi yang memang sudah lama kesakitan

Antara dua titis air mata ini
Apa yang terbeza
Aku konfius untuk memahami
Kerana didalam bayang air itu
Cuma ternampak bayangan muka ku sendiri

Hasil nukilan pena alam
Jumaat 17 /01 /2020
Jam 23 ;58/00;09 pg
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now