Senja dihujung mentari

30 3 0
                                    

Senja di hujung mentari
Tenggelam di hujung kaki
Alam mengalih mata wajah redup nan berkabut
Tebarkan pintu kelambu bertaup sebelum magrib
Elak agas menyipit cuping telinga
Senja di hujung mentari
Merah cahayanya berdarah
Mengalir ketika malam tidak mahu berkelip
Gelap samar mudir dalam kabus resah
Menoleh pun tidak pasti
Mencubit sebelah paha sebatang gigi turut ngilu
Jalan tidak mahu
Gelap semakin larut
Semakin jauh ketengah
Bila akan sampai lagi
Senja di hujung magrib
Bila akan sampai lagi
Akan sampai terdampar di pasir menadah haluan malam
Berdayung ke kangit subuh

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 12/05/2017
Jam 07;05/07;48 pg
Hakcipta terpelihara
Lokasiondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now