Tiang seri

16 3 0
                                    

Semalam ditiang itu
Aku bersandar
Walau gelap samar tidak berlampu
Menunggu kalu ada sesiapa yang berlalu
Untuk aku menumpang cahayanya
Untuk aku berlalu pergi
Walau bertongkat dengan lutut luka

Semalam di tiang itu aku lihat
Ada rerama menari tarian gelenggang bunga
Mencarik carik kelopak menusuk jarum lidah
Menikam kalau ada madu
Kekadang tidak tersadar juga bunga sudah tercemar racun
Sehingga yang tertidur mati kebuluran

Semalam di tiang itu ada gadis tersenyum
Membelek diari hati
Ketika diberi tahu cincin hantaran sepadan dengan jari
Sedangkan si pengemis di sebelah sudah berlinang air mata
Kerana akan kehilangan putrinya di situ
Tidak akan terlihat lagi selepas ini gadis itu
Ditiang itu aku sering mencari
Bayang yang aku tinggalkan adakah lagi menunggu
Bila aku berkunjung esok
Aku bimbang ia akan tidak kemari lagi
Sebelum aku pergi

Hasil nukilan Pena Alam
Selasa 03/07/2018
Jam 0250/0326 ptg
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara.

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now