Warkah Dari Sahabat

18 4 0
                                    



Kawan,
Katanya dia berpesan kepadaku
Kita baru berkuasa
Berpegang teguhlah jangan berpecah
Kuatkanlah akidah kita
Jangan di biarkan sejarah kejatuhan kesultanan melaka terulang lagi
Jagalah dan waspadalah
Kita tumbang bukan kerana musuh kita kuat
Kita tumbang kerana musuh di bawah selimut yang terlipat
Kita bukan bodoh
Tapi di perbodohkan oleh mereka yang tamak kuasa

Kawan
Perhatilah rakan yang ada tanda benci
Dia lah yang menjadi pendendam
Dialah yang rela negeri kita tergadai
Pepatahnya ,kalau dia tak dapat yang lain juga jangan harap
Waspada lah
Inilah orang yang menjadi racun fitnah memporak perandakan negeri kita yang aman
Jagalah
Andai rebahnya negeri kita
Akan tiada lagi serandang yang akan menyokong untuk tegap kembali
Andai tumpahnya darah kita
Tiada lagi jururawat yang akan membalut luka kita
Andai kita sudah patah tiada lagi anak cucu kita
Yang mampu angkat kita untuk berdiri
Kata sahabat lagi
Selagi ada sifat iri dan dengki
Kita melayu akan tertinggal lagi
Lihat lah
Pandang lah seketika
Hak jati kita semakin dikikis
Hak jatidiri kita semakin terhakis
Kuasa ulama dan raja semakin habis

Kita yang tinggal cuma nama
Yang gah seantero dunia sudah tiada
Asal dan jasa kita yang bertuan sudah di lupa
Bangsa menumpang sudah bermaharaja lela
Kita sudah kemana
Kita semakin kemana
Kita semakin hilang kuasa
Sebelum hilang semuanya
Bangun dan bersatulah semula
Hasad dengki sombong ego takkan kemana
Nanti kita sendiri yang akan merana

Hasil nukilan Pena Alam
Rabu 06/06/2018
Jam 11;30/11;58 mlm
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now