Kemboja sepi

7 1 0
                                    



Kembang mu tidak kelihatan lagi
Lenggok gemalai tiada lagi
Keras kaku
Dahan semakin mati wangi harum tiada lagi
Kembang seri kuntum sudah hilang
Dulu aku cuma perhati dari jauh pun sudah nampak indahnya
Sekarang tiada apa
Sekadar sepi di pinggir pusara masa

Apa silap ku
Kau membelakangkan kuntummu ke arah ku
Mentari yang mencahayakanmu pun tidak mau kau toleh
Kini kunjungan tiada lagi
Sapa guruh dari langit tiada terbalas
Sapa si hud hud tiada bersahut

Aku tiada arah
Aku hilang waktu
Menunggu kau tidak mahu berkembang lagi
Kau menjadi kemboja yang semakin sepi

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 07/09/2018
Jam 08;50/08;59 mlm
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now