Aku Malas

57 2 0
                                    

Aku tidak akan merinduimu jika dari dulu kau tidak hadiahkan sekuntum senyum buatku

Tidak akan aku kenal dirimu andai seandainya manis mustika mu tidak aku sapa  dari mimpiku

Sejauh mana aku berlari,namun aku tidak dapat mengelak dari tidak melangkah bayangmu

Sedalam mana lautan aku menyelam aku tidak boleh menarik nafas jika tidak melalui hati dan jiwamu

Aku selalu mentafsir melalui jalan mimpiku namun aku tewas takkala takbir mula bergema menjelang subuh

Aku bukan dan tidak kesal tetapi ada juga kekadang aku terkilan pabila angan ku tidak menjadi nyata

Hidup umpama bayang dari daun gugur di tiup angin dan entah di mana akan jatuhnya

Hanyut mengharung umpama air entah bila tiba penyudah di kuala atau di muara lautan tamatnya

Sering mencari walau tidak pernah berlari namun lelahnya separuh mati

Janji ada tapi tiada .mahu di beri tapi mungkir janji

Kalau di balaspun sekadar di ganti dari bibir manis yang nampak berseri namun hakikat tiada apa apa

Aku malas lagi menuntut apa apa

Hasil nukilan Pena Alam
Hari selasa 30/05/2016
Jam  08;15/08;50 mlm
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisig

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now